BAB - 49 -

272 20 5
                                    

PENYESALAN selalu datang diakhir. Zandra memilih pergi kembali ke negara asalnya setelah dia dan Alex sah bercerai.

Huzair pula semakin kuat bekerja untuk melupakan rasa sedihnya. Namun, Zef masih dihantui rasa bersalah dan rasa bingung.

Tuan Muaz, Nain dan Naiz pula masih sama. Hidup mereka masih seperti biasa. Hanya saja mereka sedikit terkesan dengan pemergian Zero yang boleh dianggap tiba-tiba.

Zandra menyesal telah menelantarkan anak-anaknya hingga memilih pergi.

Kini Huzair duduk di rooftop hospital. Dia terkekeh kecil mengingat semula apa yang dia dan Zero pernah lalui.

"Betul tak nak dibantu? Sakit tau kalau dibiarkan berterusan," soal Huzair. Puas dia memujuk agar Zero mahu menerima bantuannya.

"Tak nak lah. Aku boleh hadap. Lagipun, kalau aku bergantung ubat nanti... Aero akan risau. Aku tak nak orang lain risaukan aku."

"Niat kau bagus, tapi cara kau tu boleh bahayakan diri sendiri. Rasa nak bunuh diri, cuba bunuh diri, semua tu takkan ada kalau kau dalam keadaan yang baik. Tak mustahil esok lusa akan jadi lagi." Zero tetap menggeleng.

"Haih... Kau ni degil!"

"Biarlah. Lagipun aku tak sakit." Huzair berdecit. Selalu saja begitu. Tak sakit? Huzair nampak dengan jelas bahawa Zero sakit. Diri Zero itu sedang bertarung dan masih dalam fasa denial.

"Suka hati kau lah." Zero ketawa.

"Huz, kalau lah suatu hari nanti aku perlu pergi, kau akan nangis tak?"

"Tolonglah! Aku takkan nangis. Apa, kau ingat aku ni cengeng macam adik kau ke?" Zero tersengih.

Suara...

Senyuman...

Canda tawa...

Serta tangisan dan raut kecewa Zero, semuanya dia rindukan. Huzair menyeka air matanya. Jujur, Zero adalah kawan pertamanya.

"Aku rindu degil kau," gumam Huzair.

"Kalau nak, nanti bawa Zero ambil ubat. Ubat tu boleh buat Aero jadi kuat macam hulk. Tak ada orang boleh buli Aero lagi. Nak?" Aero berfikir seraya menyeka air matanya.

"Tapi... Ubat tu sama macam dulu. Aero tak nak... Aero macam orang bodoh bila makan tu. Aero banyak lupa..." Huzair ketawa kecil.

"Kenalah makan. Lupa tu kejap je. Yang penting, Aero boleh lupakan sakit hati tu. Zero pun happy, boleh bawa Aero jalan-jalan, shopping, tengok wayang, main pantai, banyak lagi. Tak nak ke?"

"Nak! Aero nak! Tapi..."

"Tak apa, ubat Aero saya tukar. Aero tak telan ubat yang sama dah." Aero pandang Huzair tak percaya.

"Betul?" Huzair mengangguk.

"Tapi, Aero kena duduk wad. Tengok luka Aero... Teruk! Bagi saya rawat Aero, tengok ubat tu okay tak dengan Aero, lepastu Aero boleh balik main dengan Zero. Boleh?" Aero menghela nafas berat. Dia tak bodoh untuk faham apa yang Huzair cuba lakukan. Tapi... Dia seronok dengan ini.

"Duduk sini bosan..."

"Saya kan ada? Saya boleh teman Aero main. Saya pun boleh teman Aero makan. Nak suap pun boleh." Aero ketawa kecil.

"Dokter nak rasuah Aero ke?" soal Aero bergurau. Huzair tersengih.

"Kantoi ke?" Aero mengangguk.

"Kalau macam tu, Aero duduklah wad. Terima rasuah saya boleh?"

"Mana ada orang rasuah macam tu." komen Aero. Huzair ketawa.

"Habistu macam mana?" Aero jongket bahu. Manalah dia tahu. Lagipun dia tak pernah rasuah orang.

"Tak apalah, biar je. Aero nak duduk wad?" Aero menggeleng.

"Tak nak... Aero nak duduk rumah dengan Zero..." Huzair mengangguk faham. Mungkin itu yang terbaik. Lagipun Aero nampak sudah lebih baik daripada awal lelaki itu diheret kemari.

"Aku juga rindu dengan adik kau. Korang berdua je peneman aku... Tapi korang berdua juga yang tinggalkan aku. Lepasni... Dah tak ada pesakit macam Aero lagi dah... Dah tak ada si degil macam Luthfan lagi dah... Rindu..."

Huzair duduk membiarkan air matanya berjuraian jatuh. Tak kuat jika harus menahan rasa. Lap pun tak henti-henti dia turun.

"Kadang aku terfikir, Huz... Aku ni anak dia ke? Betul-betul anak kandung atau cuma anak kutip? Sekali pun dia tak pernah peluk aku. Kalau kata daddy, susu pun tak pernah dia bagi. Nak sentuh aku pun nampak tak ingin... Aku cuma nak disayangi, Huz... Macam mana aku sayang orang, aku nak orang juga sayang aku macam tu..."

"Fan-"

"Kali terakhir dia peluk aku, sentuh aku, sikit pun aku tak ingat. Langsung tak ada aku rasa... Bila aku betul-betul perlu pun... Dia tak ada... Aku penat, Huz... Kenapa sekarang dia muncul dan cuba rampas segalanya dari aku? Rantai tu... Aku perlukan rantai tu... Untuk terakhir kali, aku cuma nak cium lagi rantai tu. Aku nak tatap gambar keluarga aku... Itu je..." lirih Zero. Huzair mengusap lembut kepala Zero.

Dia tahu Zero sedang ketakutan dan dihantui rasa gelisah. Namun dia tak mampu melakukan apa-apa.

"Terima kasih sebab dah jadi seorang yang kuat, Fan... Aero... Terima kasih..."

- The End! -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- The End! -




Maka dengan ini, tamatlah kisah si kembar ZERO AND AERO.


Ada komen?

[C] ZERO AND AEROWhere stories live. Discover now