MIMPI 33

1.1K 63 1
                                    

                Sentuhan di bahu, membuatkan Bunga tersentak kecil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


                Sentuhan di bahu, membuatkan Bunga tersentak kecil. Dipandang Zein yang sedang mengambil tempat berhadapan dengannya di island table itu dengan senyuman.

"Tak kerja ke akak?"

"Harini tak. Boleh lah akak duduk rumah borak-borak dengan Bunga. Tak ada plan apa-apa kan dengan Han harini?"

"Tak ada. Han tak kasi keluar sangat."

"Faham. Kalau dekat sini, kuasa Puteri Mirdal kuasa veto. Memang tak dapat buat apa."

Bunga tersenyum nipis. Puteri Mirdal, dimana saja gadis itu tidak menggunakan kuasa vetonya? Malah ketika di istana Emmeria pun sudah sedikit sebanyak gadis itu memperlihatkan kuasa vetonya.

"Akak kenal juga Puteri Mirdal?"

"Of course. Dia tu dari dulu asyik nak melekat macam chewing gum dekat Han. Akak pun tak faham lah Bunga. Dah orang tak nak, kenapa mesti kita terhegeh-hegeh kan? Tapi Mirdal ni lain sikit lah, dia tak kisah pun kalau Han tak suka dia. Asalkan dia dapat Han, itu dah cukup."

Percakapan Zein tergendala sebentar. Bunyi deringan dari telefon pintar milik Bunga kian memecah di segenap ruangan itu.

"Kejap eh kak. Bunga angkat ni kejap."

Zein memberi isyarat supaya gadis itu terus mengangkat panggilan tersebut.

"Bunga. Tengah buat apa?" Suara Han kedengaran menyoal di sebalik talian.

"Harini akak ada dekat rumah. Tengah borak-borak." Ujar Bunga. Zein yang sudahpun bangun dari kerusi itu dipandang dengan kening yang terangkat. Menyoal dalam diam, kemanakah Zein mahu pergi.

"Akak pergi tengok tv dulu." Bisik Zein perlahan sebelum melangkah keluar dari ruangan itu. Tidak mahu mengganggu perbualan Bunga dan juga Putera Hanz

"Hm, aku tak dapat jumpa kau dua tiga hari ni. Aku kena balik Emmeria."

"Balik Emmeria? Tapi kenapa?" Kening Bunga bertaut hairan.

"Ayahanda panggil aku balik."

"Okaylah kalau macam tu. Hati-hati tuan putera."

"I will. Kau pun sama. Jangan keluar rumah lagi buat masa sekarang ni. Aku takut kalau nanti kau terserempak dengan Mirdal."

"Dia... Tak tahu lagi kan yang saya ada dekat sini?" Tanya Bunga dengan teragak-agak. Dia perlu berada di negara itu sehingga rancangannya selesai. Jika Puteri Mirdal sudah tahu keberadaan dia di situ, susahlah.

Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]Where stories live. Discover now