Oleh kerana pertengkaran antara Zafreel dan Adellea dua hari yang lepas, mereka dikenakan hukuman oleh Ameer. Mereka dua tidak dibenarkan sama sekali untuk keluar dari bilik selama lima hari berturut-turut.
Pintu bilik mereka jugak dikunci dari luar. Pintu bilik itu hanya dibuka apabila pembantu rumah menghantar makanan untuk mereka sahaja.
Adellea berdiri di balkoni biliknya. Dia pandang langit malam itu. Lamanya dia tak tengok langit malam dekat Pakistan.
Semasa dia sedang melihat bulan terang itu, dia mendengar satu suara dari arah balkoni di sebelahnya. Lantas dia berpaling ke arah sebelahnya.
"Aku tahu engkau sangat dipuja mereka"
"Bagai bintang yang bersinar"
Sebaik itu dia melihat Zafreel keluar dari pintu yang berhubung ke balkoni itu sambil memainkan gitar. Terus Adellea duduk supaya Zafreel tidak melihatnya.
"Aku tahu ini semua jalanmu
Tapi ku akan tetap menunggumu""Jangan tinggalkan semua
Sendiri seperti dahulu
Kar'namu, selalu kar'namu
Ku cemburu"Namun kerana keras kepala Adellea, dia menjenguk sikit melihat ke arah Zafreel.
"Teruslah melangkah melupakan dirinya
Tinggalkan dia untukku sekarang
Saatnya tunjukkan semua tentang hatimu""Bahwa akulah yang pantas untukmu
Hanya kamu di setiap helaan nafasku
Hanya kamu, hanya kamu"'ai, dia ni kena reject dengan awek Pakistan ke? Asyik nyanyi lagu bodoken je.' Getus hati Adellea. Dari semalam lagi dia mendengar Zafreel menyanyi sorang-sorang.
"Masih mungkinkah semua
Abadi seperti dahulu?
Kar'namu, selalu kar'namu
Ku cemburu, ho-oh"Makin rancak Zafreel bermain gitar. Betul-betul healing dah ni.
"Teruslah melangkah melupakan dirinya
Tinggalkan dia untukku sekarang
Saatnya tunjukkan semua tentang hatimu"
Bahwa akulah yang pantas untukmu"Teruslah melangkah melupakan dirinya
Tinggalkan dia untukku sekarang (sekarang)
Saatnya tunjukkan semua tentang hatimu
Bahwa akulah yang pantas untukmu""Hanya kamu di setiap helaan nafasku
Hanya kamu, hanya kamu""Hanya kamu, oh-oh"
Bersinar-sinar mata Adellea memandang ke arah Zafreel. Cara Zafreel menyanyi itu dapat menangkap perhatiannya. Dia pula bagaikan terpukau. Tambah lagi bila cara Zafreel petik gitar tu, pergh hot gila!
Tersedar dari lamunan cepat-cepat Adellea menggelengkan kepalanya.
"Kau ni gila ke Adellea, mamat beruk macam tu celah mananya hot." Dia berkata sendiri. Kemudian dia masuk semula ke dalam bilik sambil merangkak agar tidak kantoi. Apabila sudah masuk ke bilik, dia menutup pintu itu lalu menarik langsir.
Zafreel pandang ke arah balkoni sebelahnya. Lalu dia senyum sebaris.
"I know you noticed me when I was playing the guitar."
Kata Zafreel dalam hatinya.
Adellea mundar mandir di dalam bilik itu. Argh, bosannya duduk dalam bilik ni. Macam dalam penjara. Nak keluar pun tak boleh. Nak cuba lari pun, takkan nak lompat dari balkoni. Tingkat tiga kut bilik dia, mau arwah dia kalau dia buat begitu.Lantas Adellea menjatuhkan badannya ke atas tilam empuk dibelakangnya itu. Dia pandang syiling itu lama. Lama begitu kemudian dia bangun dan menuju ke arah balkoni. Dia duduk di kerusi yang berada di situ.
Cuaca yang mendung itu membuatkannya berasa sedikit. Kemudian dia hanya termenung melihat keindahan alam di persekitaran mansion. Tak lama lagi musim luruh akan habis, dan musim sejuk akan datang. Cepatnya masa berlalu.
Zafreel keluar sambil membawa key electronic piano kemudian diletakkan diatas meja yang ada di balkoni itu. Tak lupa juga headphone dipakainya. Kemudian dia mengambil tempat sebelum dia mula menekan pada papan piano itu.
Dia memainkan Kara Sevda instrumental music itu dengan tenang. Alunan muzik yang merdu itu mula menghayati dirinya.
Lantas Adellea menoleh ke arahnya. Tak berkelip mata Adellea memandang ke arah Zafreel. Bagaikan dia pernah melihat situasi ini.
"Bulan itu indah bukan?"
"Namun untuk memilikinya, aku harus bersaing dengan beribu bintang untuk mendapatkannya."
Zafreel berkata dalam hatinya. Selesai dia memainkan instrumental music, dia bersambung bermain dengan beberapa jenis lagi instrumental.
Sejam sudah berlalu, Zafreel pun telah selesai bermain. Tak sedar malam pun telah tiba. Sewaktu dia mahu mengangkat key board piano itu masuk ke dalam bilik, dia ternampak Adellea sedang tidur nyenyak di kerusi balkoninya.
Jelas kelihatan wajah Adellea memerah kerana sejukkan. Terpampang wajah risau Zafreel. Lekas dia membawa alat muzik itu masuk ke dalam biliknya. Telefon dicapai kemudian dia menelefon Ameer untuk meminta kebenaran untuk keluar dari bilik sebentar.
Zafreel membuka perlahan pintu bilik Adellea. Dia sudah mendapat kebenaran daripada Ameer. Pintu bilik ditutup semula perlahan-lahan kemudian dia menampak ke arah balkoni.
Lantas tubuh Adellea diangkat olehnya. Dapat dia rasakan bahawa tubuh isterinya sedikit menggigil kerana kesejukan. Macam mana la tak menggigil, muka pun dah merah piaw.
Diletakkan perlahan Adellea dia atas katil.
"Hmmp" Adellea menggeliat secara tiba-tiba. Namun selepas itu dia kembali tidur. Mamai latu
Zafreel menghembuskan nafas terakhirnya lega. Nasib bini dia sambung tidur, kalau tak mampus dia kena sepak dengan dia.
Tapi mata Zafreel tertumpu pada tangan Adellea yang ada atas tangannya itu. Terletak elok tangan kecil itu diatas tapak tangan besarnya.
Perlahan jarinya mengusap tangan lembut itu. Diangkat lalu dikucup lembut oleh Zafreel.
Lalu dia meletakkan semula tangan Adellea ke tempat asalnya kemudian dia menyelimuti isterinya hingga paras leher. Kemudian dia mencium ubun-ubun Adellea.
Dia bangun kemudian dia menyalakan elektrik heater sebelum dia berlalu keluar dari bilik itu.
~
TBCChapter ni boring, nak skip pun boleh. Nak vote lagilah boleh..
YOU ARE READING
𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬
RomanceMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas tapi baik hati. Dia mempunyai darah kacukan Melayu-Pakistan-Arab dan mempunyai warna iris mata yan...