Tiba lah masa yang ditunggu tunggu oleh para readers iaitu perkahwinan Hasya bersama pilihan hati. Hasya duduk termenung memandang ke luar tingkap. Betul kah keputusannya kali ini.
Benarkan dia akan menjadi isteri seseorang lepas ini. Kenapa hatinya sangat berat untuk meneruskan perkahwinan ini. Adakah dia belum bersedia atau dia masih tersekat dengan masa lalu.
"Woi Sya jom, dah sampai masjid ni. Takkan nak nikah dalam kereta pula" kata Aina sedikit menjerit.
"Ye ye sabar lah kau pula excited pahal" marah Hasya.
Kaki melangkah masuk ke dalam masjid dan mengambil tempat duduk di sebelah ibu Aina.
Ya mereka datang dari kampung untuk menemani Hasya, dia kan tiada keluarga."Semua dah bersedia?" tanya tok kadi.
"Lain macam si Hadi kalau pakai baju melayu putih, makin tegap" bisik Damia perlahan.
"Na... kenapa aku tak sedap hati. Boleh tak batalkan majlis ni" kata Hasya. Tangan Aina digenggam.
"Kau gila ke? Mana boleh macam tu" balas Aina.
"Eh jap kenapa-"
"Kita mulakan ya" ujar tok kadi.
Semua tetamu angguk.
"Eriq Iskandar bin Erham" ujar tok kadi.
"Saya" jawabnya.
Hasya terus memandang Aina. Mata membulat mendengar nama pengantin lelaki. Damia dibelakangnya membisikkan sesuatu.
"Bukan Hadi ke weh"
Hasya geleng. Dia masih tidak percaya.
"Aku nikahkan dikau dengan Puteri Hasya binti Ahmad Kamarul dengan mas kahwinnya sebanyak RM 7777.77 tunai"
Eriq menarik nafas dalam dalam.
"Aku terima nikahnya Puteri Hasya binti Ahmad Kamarul dengan mas kahwinnya sebanyak RM 7777.77 tunai"
"Sah?"
"Sah!"
"Sah!"
"Sah!"
"Alhamdulillah" semua ucap syukur. Mereka menadah tangan dan membaca doa.
Dengan sekali lafaz Hasya sudah menjadi isteri kepada Eriq yang sah. Maka bermula lah perang dunia yang keberapa pun tak tahu lah. Semoga bahagia selalu.
Eriq menghampiri Hasya lalu mencapai tangan yang cantik berinai itu. Hasya sedikit terkejut tetapi direlakan sahaja.
Kotak baldu berwarna biru gelap di ambil lalu mengeluarkan sebentuk cincin berlian. Hasya terkejut apabila cincin tersebut sama seperti cincin yang dipilihnya bersama Hadi tempoh hari.
"Hasya suami kamu nak sarungkan cincin tu..." lembut teguran ibunya. Hasya terus duduk tegak menghalau fikiran yang menganggu dirinya.
Eriq menyarungkan cincin tersebut dijari manis isterinya lalu mengusap tangan mulus itu. Dia mencium lama tangan itu.
Setelah itu Hasya pula mencapai tangan Eriq lalu dikucup lembut. Tangan suaminya berada di atas kepalanya. Angkat sahaja kepala terus Eriq melabuhkan ciuman di dahi Hasya lalu membisikkan sesuatu.
"You look like an angel, princess. Gorgeous and seductive. I love you Puteri Hasya" dia kembali menjarakkan wajah setelah itu.
Membahang wajahnya sekarang ini. Hasya sudah tidak senang duduk. Malam ni nak tidur bilik siapa eh?
"Tahniah anak ibu... semoga bahagia hingga ke jannah." ucap ibu Aina seraya mengusap belakang Hasya.
"Terima kasih ibu" balas Hasya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kau Aku Kita [C]
RomanceSiri Kita - 1 ERIQ ISKANDAR X PUTERI HASYA "Aku janji, kau dan aku akan menjadi kita" - Eriq Iskandar Ini kisah aku dan dia. Seorang gadis yang cantik telah membuat hati seorang jejaka tidak keruan dengan sifatnya yang sangat periang. Pada mu...