" Kau dah buat apa dengan papa aku?! "
Kelihatan seorang remaja yang kusut pakaiannya dan di pergelangan tangannya terdapat gari yang masa belum dibuka. Dia menepis tangan sasa yang memegang kemas lengannya sehingga terlerai dan berlari ke arah badan yang lemah di atas tanah merah tersebut.
" Papa! Bangun, pa! Jangan tinggalkan Qal! Qal minta maaf! "
Tanganku laju menekap dada ayahku dengan harapan darahnya berhenti mengalir akan tetapi pisau yang menusuk tepat di dadanya menghalang perbuatanku. Aku melihat pelaku dengan penuh amarah.
" Ayah kau memang patut mati, aku menyesal tak seksa dia sampai akhir nafas dia " Ketawa besar pelaku tersebut apabila melihat kedua anak beranak berada dalam kesengsaraan.
" Bos, polis dah otw datang sini! " Anak buah nya memaklumkan dan tak lama lepas itu, kedengaran siren polis mula memenuhi kawasan.
" Bodoh! Nasib kau baik haiqal, satu hari nanti aku akan pastikan kau dengan mak kau mati dalam tangan aku " Pelaku tersebut kemudian meludah ke arah kedua-dua beranak lalu berlari ke arah keretanya sebelum pergi meninggalkan kawasan.
Haiqal memangku kepala ayahnya yang nazak dan menangis teresak-esak. Haiqal enggan melepaskan tangannya dari celah-celah pisau meskipun tangannya sudah luka akibat gesekan dari bilahan pisau.
Tuan Zahrin berusaha sedaya upaya untuk bernafas dan perlahan-lahan memegang tangan anak lelakinya.
" Qal, janji dengan papa.. Jaga mama elok-elok.. Bawak mama.. Lari dari sini.. "
Haiqal menggeleng kepalanya. Air matanya sudah membanjiri muka dan menitik ke pipi Tuan Zahrin.
" Ingat Qal.. Bawak mama pergi.. "
" Papa sayang.. Haiqal.." Ucapan terakhir Tuan Zahrin sebelum menghembuskan nafas terakhirnya dipangkuan anak tunggalnya.
Haiqal menjerit sekuat-kuatnya. Polis cuba untuk mengejar si pelaku namun jejak mereka telah pun hilang dari radar. Paramedik bergegas ke arah Haiqal dan ayahnya namun takdir telah pun tertulis bahawa masa ayahnya telah tiba.
•••
Tragedi yang ditimpa Haiqal telah menjadi punca dia disahkan kemurungan yang teruk akibat trauma. Namun, sedikit sebanyak tanpa keluarganya sedari, jiwa Haiqal telah berpecah menjadi dua, insan yang baru terlahir dalam dirinya.
Insan yang memiliki perwatakan yang kejam dan obsesif.
YOU ARE READING
different than you
RomanceHaiqal Dan × Iyara Dahlia × Redza " Awak salah, Yara. Saya tak layak mencintai dan dicintai oleh seseorang. Sebab saya takkan kekal jadi diri saya setiap masa. Seorang perempuan tak mampu menyayangi dua lelaki dalam pada masa yang sama. " - Haiqal...