Bab 18

256 18 1
                                    

"NAK bawak pergi mana pulak dulang tu? Letak sini!" Suara Puan Hamidah memetir di segenap ruang tamu. Haania yang baru sahaja muncul hanya mampu berdiri statik melihat keadaan ruang tamu rumah milik Puan Hamidah sekarang. Penuh dengan dulang hantaran.

Sedar tidak sedar, sudah hampir dua bulan dia memegang status sebagai tunangan orang dan esok statusnya akan bertukar menjadi isteri orang atau lebih tepat lagi, isteri kepada lelaki bernama Khalish Rifqi.

Memikirkan kenyataan tersebut sudah cukup untuk membuatkan dia sekarang berada di dalam fantasi. Tidak pernah terlintas di dalam otaknya bahawa suatu hari nanti dia akan menjalani fasa perkahwinan.

"Nia buat apa duduk lagi dekat situ? Meh sini orang tu nak pakaikan inai. Haish, dia boleh tercegat berdiri dekat situ pulak. Esok tu dah nak nikah tau!" Puan Hamidah menggelengkan kepalanya apabila melihat Haania yang masih lagi tidak berganjak itu. Ditarik tangan gadis tersebut untuk duduk di suatu tempat.

"Berinai? Al nak jugak lah!" Alisya yang dari tadi gigih mengubah dulang hantaran itu terus berlari ke arah Haania.

"Ha, bagitahu je si Miah ni Nia nak design macam mana. Ibu nak pergi tengok kejap dekat dapur." Puan Hamidah mengunjuk kepada rakannya yang dikenali sebagai Miah itu sebelum beredar pergi. Memang sudah sedia maklum akan kepakaran Miah dalam membuat henna art.

"Oh jadi kamulah yang nama Nia tu?"

Haania hanya tersenyum tipis. "Ha'ah ya saya..."

"Selalu Hamidah tu cerita pasal kamu. Ini bila dia dengar kata kamu nak kahwin, terus dia datang balik rumah sini padahal sebelum-sebelum ni jarang dia nak balik sini. Sayang betul dia dekat kamu." Tangan kanan Haania diambil lantas dibelek sekilas.

"Um, boleh tak kalau Nia nak letak inai je dekat jari? Tak nak lukis-lukis?" pintanya. Terkebil-kebil Miah jadinya.

"Tak nak lukis? Betul ni?"

Angukkan menjadi jawapan. Sejujurnya dia tidak berapa gemar sangat untuk memakai inai. Ini bila perlu pakai bagi majlis esok, rasanya memadai sahajalah untuk dia letak di jari sahaja, tidak perlu lukis-lukis.

Beberapa puluh minit kemudian, Miah selesai memakaikan inai untuk Haania dan juga Alisya. Kini, dua gadis itu sedang duduk di tempat yang sama, langsung tidak berganjak sementara mahu menunggu inai di tangan sedikit kering.

"Tak sangka kau dah nak kahwin Nia." Alisya memulakan bicara. Haania disebelah dipandang melalui hujung mata. Wanita itu ukir senyum tipis. Jari yang dipakaikan inai itu dipandang.
Jika Alisya tidak percaya, dia dua kali ganda tidak percaya.

"Lepas ni mesti aku rasa sunyi kau tak ada dalam rumah tu," ujar Alisya lagi.

"Kenapa pulak?" soal Haania pelik.

Dahi Alisya berkerut. Dia halakan pandangan ke arah Haania. "Kenapa kau tanya? Kau dah nak kahwin Nia. Bila kau dah kahwin, of course lah kau kena ikut suami kau duduk rumah sekali. Takkan kau nak duduk rumah sewa lagi? Aku tak rasa rumah Khalish dengan sekolah kita jauh sebab dia selalu datang jugak dekat sekolah kita."

"Tak boleh ke kalau aku duduk rumah sewa?"

Tidak berkedip mata Alisya tatkala mendengar soalan Haania itu. "Nia, kau tengah buat lawak ke apa ni?"

Haania menggeleng. Riak wajah wanita itu kelihatan begitu polos sekali.

"Kau alright tak alright ni, Nia? Jarang-jarang aku dengar orang yang berkahwin nak duduk asing-asing, melainkan kalau diorang kena kahwin paksa. Kau kena paksa kahwin dengan Khalish ke apa?"

"Eh, mana ada!" Laju Haania membalas.

"Habistu, dah kenapa pula kau nak duduk rumah sewa dengan kitorang lagi?"

Anugerah Terindah [HIATUS]Where stories live. Discover now