2

65 19 4
                                        


Rais yang sedang memandu mengerling anaknya yang tidur di dalam carseatnya. Dia baru teringat akan kiriman ibunya yang tidak terbeli. Kepala tidak gatal digaru olehnya.

"Memang masaklah kau Rais. Nanti kau yang jadi lauk ibu." Hatinya merungut.

Walaupun dia sudah berumur 26 tahun, ketakutan kepada ibunya tetap ada. Kata orang, otai masih berbisa. Masih ketar ketir jika ibunya naik hantu.

Rais memarkir keretanya di halaman rumah apabila pagar automatik rumahnya dibuka. Dia mematikan enjin kereta lalu bergerak ke pintu kereta yang menempatkan Adam. Adam diangkat dengan berhati-hati supaya tidak terjaga dari tidurnya.

Puan Hanim yang mendengar bunyi kereta diluar rumah bergerak ke pintu utama rumah. Pintu itu dibuka luas untuk memberi laluan kepada anaknya masuk ke dalam rumah.

"Haa Rais, lambatnya kamu balik sampai tertidur anak kamu ni." tegur Puan Hanim. Diusap juga kepala Adam dengan lembut.

"Assalamualaikum ibu." ujar Rais dengan senyuman mengusik.

"Waalaikumsalam. Barang yang ibu kirim kat dalam kereta ya. Biar ibu saja yang ambil." kata Puan Hanim yang sudah mahu keluar dari rumah.

"Errr...I..ibu, haaa...." Rais menahan ibunya daripada keluar dari rumah. Sampai tergagap dia mahu menjawab.

"Kenapa?" tanya Puan Hanim pelik.

"Haa, ba...barang ibu, orang lu...lupa nak beli..." Rais menjawab sambil tangannya menggaru kepala yang tidak gatal.

"Rais, macam mana boleh lupa." Puan Hanim sudah bercekak pinggang.

"Sabar bu, jangan jadi lion dulu. Panjang ceritanya. Bagi orang bersihkan badan and letak Adam kat atas dulu ya." Tangannya sudah lenguh mendukung Adam yang sedang tidur.

"Bertuah punya anak. Ha pergilah letak Adam dalam bilik dulu." kata Puan Hanim sambil menutup pintu utama. Aidan terus bergerak naik ke tingkat atas.




Rais yang baru selesai menunaikan solat isyak, melipat sejadah dan diletakkan pada birai katil. Kemudiannya dia duduk bersandar di kepala katil. Telefon bimbitnya dibelek jikalau ada mesej penting yang dia terlepas.

Pintu biliknya diketuk lalu dibuka perlahan. Rais yang tersedar ketukan itu memandang kearah pintu biliknya. Terlihat anak lelakinya menjengah sedikit bilik Rais.

"Papa..." panggil Adam perlahan dengan senyuman manis yang tidak pernah lekang pada bibir kecil itu.

"Adam, mari sini." panggil Rais sambil menepuk tilam di sisinya menyuruh Adam duduk di situ.

Adam berlari anak ke arah katil. Dia cuba memanjat katil itu memandang katil itu tinggi sedikit daripada biasa. Setelah cuba berberapa kali dia berjaya juga naik. Rais hanya menahan ketawa melihat anaknya berusaha keras untuk naik. Adam di sisinya dipeluk sayang.

"Wanginya anak papa ni. Nenek mandikan ya?" Rais menyoal lembut.

"Yes! Nenek shower kan Adam!" jawab Adam sambil kedua belah tangannya diangkat tinggi.

Aidan tersenyum melihat telatah anak kesayangannya itu. Tiba-tiba dia teringat akan kejadian di supermarket tadi.

"Adam papa nak tanya, tadi dekat supermarket, siapa yang bawa Adam pergi customer service?" soal Rais sambil mengusap belakang badan anaknya.

"Aunty baik yang tolong Adam. Aunty tu pesan macam ni 'Adam kena dengar cakap papa Adam' " jawab Adam dengan gaya muka dan tangan sekali.

"Betul cakap aunty baik tu. Adam tak takut ke dengan aunty tu?" tanya Aidan lagi. Dia pelik masa anaknya dijumpai tiada langsung tanda anaknya menangis. Siap makan aiskrim lagi.

"Mestilah Adam tak takut sebab aunty baik bagi Adam aiskrim!" Adam menjawab dengan senyuman yang sangat manis seperti bapanya.

"Adam...kan papa dah pesan kalau ada orang bagi gula-gula ke aiskrim ke jangan ambil." pesan Rais dengan nada yang sedikit tegas sambil kedua belah tangan kecil itu digenggam kejap. Dia bukan marah cuma risau perkara yang sama berulang. Kes penculikan sangatlah common di Malaysia.

"Sorry papa...Adam tak buat lagi..." airmata Adam sudah bertakung dibirai mata. Rais terus memeluk erat anaknya itu.

"Papa tak marah Adam lah. I'm just worry about your safety. Jangan buat papa risau lagi ya." ubun-ubun anaknya dicium berberapa kali.

"Okay papa. Papa, boleh tak kalau Adam sleep dengan papa?" tanya Adam sambil memandang Rais. Rais mengelap pipi Adam yang bersisa air mata.

"Boleh sayang." Adam memang mempunyai bilik sendiri sejak berumur setahun. Tetapi dia tidak kisah jika anaknya mahu tidur bersamanya.

Dia membaringkan anaknya sebelum dia bangun sama. Wajah anaknya yang hanya diterangi lampu tidur itu dipandang sayang. Belakang anak kecil itu ditepuk perlahan.

"Good night papa." pipi Rais dicium oleh anaknya.

"Iya, good night too, Adam." badan itu terus ditepuk perlahan sehingga terlelap. Walaupun anaknya baru berumur 4 tahun lebih, sangat petah berkata-kata. Anaknya juga tidak pelat kerana terbiasa dengan sebutan yang betul.

Rais masih lagi celik. Memori lama singgah kembali ke dalam ingatannya. Saat dia bertemu pertama kali dengan cinta hatinya, Kayla.




6 tahun yang lalu,

Minuman yang dipesan Rais baru sahaja sampai di meja nya. Sedang dia khusyuk membelek telefon bimbitnya, mejanya dilanggar kuat oleh seseorang. Minuman diatas meja itu telah tertumpah mengenai tubuh Aidan. Uish nasib air sejuk kalau air panas memang menggelupur badan.

"I'm so sorry. I'm truly sorry, sir. I'm strumbled because of my broken heels." terlihat seorang wanita tempatan Swedish tertunduk-tunduk memohon maaf.

Rais melihat heels wanita itu memang benar-benar terpatah. Dia tidak marah cuma terkejut.

"It's okay. Are you okay, miss?" tanya Rais perihatin kepada gadis itu. Baru dia dapat melihat wajah gadis itu. Mata yang berwarna kelabu itu sangat cantik dimatanya.

"Yeah, I'm okay. But your shirt..." gadis itu menunjuk baju Rais yang terkena minuman tadi.

"Oh, I don't mind at all." kata Rais jujur. Dia memang hendak balik ke rumahnya yang tidak jauh dari cafe itu.

"Sir, I promise to make it for you. Let me buy you a meal another time to apologize." kata gadis itu ikhlas.

"No, no. It's okay." tolak Rais. Dia memang sudah memaafkan gadis itu.

"Please sir. Can I have your number? To contact you for my treat." kata gadis itu sambil menghulurkan telefon bimbitnya.

"Sure if you say so." jawab Rais dengan senyuman. Dia menyambut huluran gadis itu. Dia mengembalikan telefon bimbit kepada gadis tersebut.

"So, nice to meet you Ra-Rais. Eventhough our first meeting, hm you know..." gadis itu agak sukar menyebut nama yang ditaip pada kenalan. Gadis itu menghulurkan tangannya sebagai tanda perkenalan.

"Sorry, I am a muslim. But nice to meet you too, Miss..." Rais menolak huluran itu dengan sopan. Dia hanya meletakkan tangannya pada dada lalu menundukkan badannya sedikit.

"Oh, it is my fault and no worries. I am so sorry, I didn't know you cannot shake hand with women. By the way, my name is Kayla."

Sejak kejadian itu, Rais telah berkawan rapat dengan Kayla kerana mereka menuntut di universiti yang sama, iaitu University of Zurich. Rais menyimpan perasaan terhadap Kayla sejak awal perkenalan mereka tetapi dia sedar bahawa kepercayaan dan etika sosial mereka yang jauh berbeza telah menghalang Rais untuk meluahkan rasa hatinya.

Mencari Hati Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang