prolog

25 2 4
                                    

-prolog-

“Maafkan aunty, tapi kamu lebih perlukan ini.” Kristal unggu yang dipegang Elnora bercahaya, Sora segera cuba meleraikan namun cahaya kristal itu terus menyelimuti Sora 

“Aunty El!!!!” Sora cuba melepaskan diri dari kuasa yang diaktifkan kristal unggu.

“Kembalilah kamu ke masa silammu dan betulkan kesilapan kami. I trust you Nana.” Elnora mengangguk.

“Tapi…”

Deringan penggera Nokia 110 mengejutkan Sora dari mimpi yang panjang, hampir sahaja dia jatuh dari katil. Dengan perasaan malas dia mencapai telefonya namun dia rasakan sesuatu yang aneh. Ini bukan telefon kebiasaanya, ia hanyalah telefon butang berwarna hijau limau

 ‘Nokia 110? Inikan telefon lama aku, bagaimana ia kembali? Seingat aku telefon ni dah hangus terbakar.’ 

Sora mengerling kertas dinding pada telefon tersebut, tertera 27 julai 2013. Dia seakan berhenti bernafas. Tiba tiba bunyi pesanan kedengaran dan satu pesanan diterima dari user name Kawaii Neko. Sora lantas membukanya

Kawaii_Neko

Ahjuma tak bangun lagi ke? Malas la ahjuma ni.

Amboi sesedap rasa sahaja Rui memanggilnya ahjuma, haih mujur la sayang. Sora tersenyum lantas membalas

Lalat_Terbang

Udah bangun la, kamu je lambat. So apa cerita pagi pagi mesej akak ni?

Kawaii_Neko

Aik,dia yang buat janji dia pulak lupa kata nak lepak kat lio pit hari ni. Adik dah on the way, Aira pun sama. Cepat ahjuma 

Lalat_Terbang

Ye la, setengah jam lagi akak sampai.

Sora dengan pantas keluar bersiap dan tak sampai 15 minit dia sudah berada di atas jalan raya Speed City yang sibuk menuju ke Lio Pit

‘Aku masih tak tahu apa berlaku, tapi akan aku rungkai misteri ini, dan apa maksud aunty El perbetulkan silap kami?’ 

Dibiarkan persoalan itu berlalu tanpa jawapan.



ParadoxWhere stories live. Discover now