"CIK! Cik ada nampak tak sorang perempuan ni, rambut panjang, pakai baju tidur and mata dia warna hazel berlari keluar tadi?" soal Lucas kepada seorang pekerja yang berada di kaunter pertanyaan dengan nafasnya yang termengah-mengah kerana berlari mengejar Keira.
"Oh perempuan tu... Baru tadi saya ada nampak dia berlari keluar lepas tu redah hujan macam tu je, encik," jawab pekerja itu.
Lucas hanya menganggukkan kepalanya dan kembali melanjutkan lariannya dengan tujuan untuk mengejar Keira. Namun, langkahnya terhenti saat seseorang yang dihubunginya tadi baru sahaja sampai ke hotel ini. Tambahan pula dengan kehadiran beberapa orang pekerja Evender yang berjalan di belakang sahabatnya itu.
"Oi, Ar! Asal kau lambat ha?!" Lucas membungkukkan tubuhnya dengan kedua belah tangan yang mendarat di lututnya. Kalau boleh, seluruh oksigen yang ada di muka bumi ini mahu disedutnya kerana sangat kelelahan.
"Mana Keira?" Aaron bertanya dengan nada cemas.
"Dia lari keluar redah hujan. Aku tak tau mana dia pergi. Mampuslah aku kalau Even tahu nan... WOI, SETAN!!! AKU TAK HABIS CAKAP LAGI LAH!!!"
Malas hendak mendengar apa yang dituturkan oleh Lucas, Aaron melangkah kaki pergi sahaja dari situ dan kembali menunggang superbikenya untuk mencari gadis yang malang itu.
"Jom, kita kena cepat!" Renzo berkata kepada rakannya yang lain. Mereka harus segera menemukan keberadaan Keira! Jika tidak, pasti nyawa mereka akan jadi bayarannya nanti.
"Hufffttt! Jantan tu yang buat masalah, aku pula yang terjebak sekali! APAHALLLL???!!!" Lucas mengamuk sendirian seraya menghentakkan kakinya kerana geram akan situasi yang sangat malang baginya ini. Nasib kau la...
SEJAM, dua jam, tiga jam... Sudah tiga jam berlalu namun mereka semua masih belum dapat menjejaki keberadaan Keira. Perasaan gelisah semakin terasa di dalam diri Aaron. Jika semasa dalam perjalanan tadi tidak hujan lebat dan jalan tidak sesak, mungkin dirinya sudah tiba di hotel itu sebelum Keira melarikan diri.
"Mana kau Keira... Tolong jangan buat aku risau macam ni..." lirih Aaron sendirian. Sudah tiga jam mencari gadis itu, namun masih tidak jumpa. Lucas dan pekerja Evender juga belum dapat menjejaki keberadaan gadis itu.
YOU ARE READING
𝐎𝐆 | 𝐄𝐯𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫'𝐬 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧
Romance𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝓔𝓿𝓮𝓷𝓭𝓮𝓻'𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 ° ━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━ ° Tatkala kuasa sudah mengusai diri sesorang itu, apakah yang akan terjadi pada dirinya? Ya. Tamak! Perasaan tamak pasti akan menguasai diri. Evender Delrico...