01 | AIDEN QAIRA

839 53 6
                                    

Bunyi tapak kaki kedengaran sedang menghala ke ruang tamu.Qiara memegang lembut tangan kanak-kanak comel berambut perang gelap itu yang berusia dalam lingkungan 8 tahun itu.

Amylia mengenggam erat tangan seorang perempuan tua itu yang dikenali sebagai Qiara itu.Jantungnya berdegup kencang apabila dua orang lelaki yang bertubuh sasa dan menjulang tinggi ke atas sedang berdiri di ruang tamu.

Rumah agam ini terlalu menyeramkan buatnya kerana tidak terbiasa lagi duduk di sini.Terlalu ramai orang suruhan dan pembantu di rumah ini yang membuatkan Amylia berasa tidak selesa.Yang paling mengerikan wajah mereka semua sangat serius dan dingin.

"Perkenalkan dia adik tiri baru kamu,Amylia Qaira.Mulai hari ini,dia akan tinggal bersama kita dan menjadi sebahagian daripada keluarga kita."Tan Sri Affendi memulakan bicaranya dulu.Dapat dilihat perwatakan Affendi lebih serius dan tegas berbanding anaknya iaitu Aiden Qayyum.

Aiden memandang kanak-kanak itu dengan pandangan menyeramkan yang membuatkan Amylia menyorok belakang tubuh Qiara sambil mengenggam hujung bajunya itu.Qiara yang melihat perbuatan anak tirinya itu terus membungkuk dan membelai lembut rambut Amylia.

"It's okay,darling.Mummy and daddy are with you.Don't be afrajd,okay?"Qiara memandang kanak itu sambil tersenyum halus.Nampaknya Amylia rasa selesa apabila berdekatan dengan orang tua itu.

Aiden yang memerhatikan kelakuan mummy nya itu hanya diam sahaja sambil menayangkan wajah dinginnya itu.Affendi pula hanya mendiamkan dirinya sambil menyaksikan kelakuan dua beranak itu.Comel pula mereka berdua ni!

Amylia sibuk bermain mainan yang baru dibeli bersama mummy di ruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Amylia sibuk bermain mainan yang baru dibeli bersama mummy di ruang tamu.Dapat dilihat yang Amylia mula berasa selesa berada di rumah agam ini.

Bunyi loceng kedengaran di dalam rumah itu.Wajah Qiara terangkat menghadap ke arah pintu itu sebelum bangun daripada sofa dan berjalan untuk membuka pintu.Terpampar seorang wajah gadis jelita dengan pemakaian yang terbuka.

"Hi,aunty.How are you?"Sapa gadis itu sebelum menyalam tangan Qiara tetapi dia sempat menarik tangannya daripada disentuh oleh gadis itu.

"Kau buta ke?Aku tercegat dekat sini bermaksud aku sihat."Sindir Qiara berserta jelingan tajam.

Kedengaran nama Qiara di panggil dari tangga dan itu ialah Aiden.Dia berjalan ke arah mummy nya lalu melihat seorang gadis cantik di hadapannya.Dahlia....

"Oh my god sayang,I rindu you!"Terus Dahlia memeluk tubuh Aiden dengan erat sehingga tiada ruang untuk Aiden bernafas.

"Kau tak tahu haram halal ke,huh?Tergedik gedik dengan anak aku apahal."Kata Qiara dengan nada yang dingin dan tajam.Dia paling pantang bila anaknya dipeluk oleh orang yang bukam mahram.

"Mummyyy."Meleret suara Aiden.Dia tahu yang mummy nya dia tidak bertapis apabila menyindir tunangnya itu.

"Huh,Aiden patut bersyukur sebab mummy terima dia.Kalau tak dah lama mummy tarik rambut dia sampai botak.Tak adab dan sopan santun langsung!"Suara mummy mula kedengaran di seluruh ruang tamu.Qiara berjalan meninggalkan dua pasangan itu sebelum memberikan jelingan tajam.

AIDEN AŞKIM (OG)Where stories live. Discover now