" woi senget .. " panggil Syafiq saat melihat muka aku sudah masam mencuka , muncung jangan kata lha , kalah muncung itik .
" lahaii , tak kan merajuk kot ?? Kata hati sado , tak kan aku baru lambat 5 minit dha nak buat drama hindustan kot ? " sambung Syafiq . konon nak pujuk aku lha tu , tak tahu ker aku tengah bengang giler nie .
" 5 minit kepala hangguk kau . Dha dekat sejam dha aku tunggu kau kt sini . " Syafiq terus melirikan matanya pada jam tangannya . selepas sedari kelewatannya . Haa , mula lha nak sengih sengih . Dha macam kerang busuk dha aku tengok .
" dha , jum lha . kang lambat plak " tak nak panjangkan cerita aku terus ajak dia pergi port lepak kami untuk selesaikan kerja kerja yang telah diberi oleh cikgu . Aku dengan Syafiq dha berkawan sejak umur kami 5 tahun lagi , tu pun sebab kita orang satu tadika tapi nak diikutkan rumah dia dari rumah aku tak ada lha jauh sangat .
" bak sini kunci motor tu " Syafiq hanya menurut . Rasa bersalah lha tu .
" pegang kuat kuat , kang jatuh aku tak bertanggungjawab " ujar ak selamba lalu meletakkan tangan syafiq dipinggang aku .
" here we go !!! " aku menjerit seronok dapat menunggang motor . Tanpa menghiraukan Syafiq yang sudah menjerit jerit marahkan aku sebab buat jalan raya tu macam jalan bapak aku .
" woi , kau gila ke bawak motor macam tu ? Kalau ya pun nak mati , jangan lha ajak aku sekali . Aku nak juga merasa naik pelamin .. " Syafiq melepaskan kata-katanya sebaik sahaja aku parkir motor kesayangan miliknya itu dihadapan cafe selera .
" Hak eleh kau , jangan lha nak mengelabah sangat . Macam tak biasa pula . Aku pun nak juga tengok kawan aku yang seorang nie naik pelamin sebelum aku mati "
" Kau jangan nak bawak motor laju macam tu lagi kalau tak ada aku " pesan Syafiq .
" Yess Boss ! " terus aku menabik dihadapan Syafiq . Tergelak mamat dihadapan aku itu .
" Bengong kau tak bertempatkan senget ? "
" Ha Ha , ayat cantik sikit erh .. " suka hati dia saja kata aku bengong . Bengong bengong aku pun exam tetap top5 . Ko hado ??
YOU ARE READING
Oops ! Pakwe Aku Kuat Blushing
Teen FictionMayra dan Syafiq merupakan kawan baik . Hubungan mereka sungguh akrab sejak kecil lagi hinggalah akhirnya muncul Rayyan , lelaki kuat blushing di sekolah mereka .. Hubungan mereka mulai renggang . " Kenapa Mayra ? Kenapa ?? Kenapa kau rosakkan semua...