N A U R A M I K A E L || 13

1K 55 1
                                    

Pukul 3 pagi. Naura terjaga dari lena nya. Demam nya juga sudah kebas. Demam nya hilang di sebabkan Aryan memberi pelukan hangat padanya.

Pada mula nya, dia menolak pelukan hangat tersebut. Dia takut suami nya terkena demam pula. Tapi di sebabkan Aryan memujuk nya, akhirnya hati dia luluh jua dan menerima pelukan tersebut sehingga kedua - dua nya terlena.

Naura terjaga dari lena nya kerana perut nya berbunyi dari tadi. Maklum lah, dari tengah hari belum makan lagi.

Naura memandang suami nya. Lama dia memandang wajah suami nya. Handsome nya lah.. suami saya ni.

Kruk..

Kruk..

Kruk..

Berbunyi - bunyi perutnya. Berkerut wajah Naura. Dia memegang perutnya. Lapar nya..

Naura tanpa basa - basi. Dia terus berganjak dari katil. Dapur di tuju.

Sampai sahaja di dapur. Naura mencari - cari suis lampu. Gelap. Sampai lah di satu tempat, berdekatan dengan peralatan masak dan di depan nya terdapat dinding. Dengan samar - samar Naura melihat seperti suis lampu. Naura dengan yakin nya, dia terus menekan suis tersebut.

Terkelip - kelip mata Naura. Cahaya yang mula menyerang mata nya membuatkan dia terpejam mata nya sesaat.

"Fuh.., aku nak makan apa ni?" Soal nya pada diri nya. Dia berfikir sejenak. Perut dia pula asyik berbunyi saja.

Naura yang terfikir akan sesuatu, terus dia mencari makanan tersebut. Kabinet di buka. Bersinar - sinar mata nya.

"Ha! Jumpa pun kau maggie tomyam." Terlihat sebungkus maggie tomyam di kabinet tersebut. Naura mengambil 2 bungkus maggie tomyam. Dah lapar, bedal lah 2 bungkus. Tak cukup lah 1 bungkus ni.

Naura mula memasak maggie tomyam. Dia mengambil bahan yang mahu di masukkan oleh nya.

Api yang sederhana itu, membuatkan satu bauan tomyam. Naura yang bau maggie tomyam tersebut, sudah tidak tahan. Perut nya makin berbunyi kuat.

"Cepat lah masak.. dah tak sabar nak makan ni." Bersinar - sinar mata nya.

Selesai saja maggie tomyam nya. Dia terus tuang maggie tomyam itu ke dalam mangkuk. Selesai saja dia tuang ke dalam mangkuk. Dia terus bawak mangkuk berisi maggie tomyam itu ke atas meja makan.

Naura mengadah kedua tangan nya. Dia mula membaca doa makan. Dan terus menjamu makanan nya.

Naura dengan lahap memakan maggie tomyam tersebut. Tanpa Naura sedari, ada sepasang mata yang memerhati diri nya sedang makan.

Naura dengan dunia nya saja. Perlahan kaki panjang itu berjalan ke arah Naura, dengan bertelanjang dada dan berseluar panjang.

"Kenapa makan maggie? Abang kan ada beli stock makanan dekat dalam kabinet tu." Tajam mata Aryan memandang ke arah Naura. Tangan Naura terus terhenti. Naura memandang ke arah depan nya. Suami dia!

Perlahan Naura letak kembali garpu itu ke dalam mangkuk. Dia sudah memandang ke arah maggie. Takut dengan tatapan Aryan.

"Jangan selalu makan maggie, tak baik untuk kesihatan sweetheart." Aryan memerhati saja isteri nya yang memandang maggie tomyam itu.

"Naura baru je makan maggie hari ni.." potong mood lah macam ni. Baru nak makan maggie tomyam.

"Baru? Dekat rumah mami, setiap malam sweetheart makan maggie. Ingat abang tak tahu ke?"

"Mana ada."

"Pandang abang." Tak handsome ke, wajah dia ni, sampai isterinya tidak mahu memandang wajah nya. Naura masih lagi tidak mahu memandang wajah Aryan.

ARYAN MIKAEL || OGWhere stories live. Discover now