[WRITTEN ON 22th FEBRUARY 2023]
[UNEDITED]AKU MERENUNG SKRIN komputer sambil memikirkan kata-kata Zayan dua hari yang lalu. Zayan seorang yang sangat straightforward dan tidak menyorok mahukan sesuatu. Aku tidak tahu Zayan serius atau main-main, bukannya aku tidak tahu Zayan itu juga ada ramai perempuan keliling pinggang.
"Tell me," Aku tersentak apabila terdengar suara di depan meja, aku mengangkat wajah dari skrin komputer dan melihat gerangan yang berdiri di depan meja itu. Mataku terbuka luas memandang lelaki di depan meja aku sekarang.
Aku berdiri dari kerusi dan terkelip-kelip memandang Zayan yang sudah tersenyum sinis di depan aku itu.
"Tuan Zayan?" Aku memandang sekeliling, tiada sesiapa selain dia.
"Tell me, Talita. What are you thinking about?" Sambungnya dengan nada suara yang nakal, aku terkebil-kebil di depannya. Sejak bila dia berdiri di depan meja aku? Bila dia datang?
"Um, Tuan Zayan buat apa datang sini? Nak jumpa Tuan Qaiser?" Soal aku tanpa menjawab soalannya. Zayan hanya ketawa kecil dan menggeleng kepalanya perlahan. Dia menarik kerusi di depan meja aku dan mengambil tempat duduk di kerusi itu. Aku memandangnya dengan tanda tanya.
"No. Aku datang nak jumpa kau. Jom keluar lunch sama-sama," Ajaknya memandang tepat ke arahku. Aku tunduk memandang skrin telefon di atas meja, aku melihat jam sudah menunjukkan pukul 1 petang.
Sedar tidak sedar sudah lama aku termenung rupanya. Aku berdehem sekilas dan memandang wajah Zayan semula.
"Um, boleh. Sekejap ya, saya nak inform Tuan Qaiser incase dia cari saya nanti." Ujarku sambil menutup fail di atas mejaku. Zayan hanya mengangguk kecil. Aku bangun dari kerusi dan berlalu ke bilik Qaiser, pintu pejabat itu diketuk perlahan sebelum aku melangkah masuk ke dalam.
Aku melihat Qaiser masih fokus membuat kerjanya, matanya fokus membaca fail di atas meja itu. Di atas meja di sebelahnya pula ada bertingkat-tingkat fail lain yang sedang menunggu masa untuk diperiksa.
"What?" Qaiser menyoal tanpa mengangkat wajahnya, aku membasahkan bibirku sekilas. Mataku masih tertumpu padanya.
"Bos tak lunch?" Soalku pendek, Qaiser tidak menjawab, dia masih sibuk dengan kerjanya.
"What do you need, Talita?" Qaiser bersuara dengan nada yang tertekan, aku mengerutkan dahiku. Sejak pagi tadi Qaiser masuk pejabat, mood dia tidak nampak baik. Aku keliru, apa yang berlaku? Adakah dia sedang bergaduh dengan Amara?
Malas mahu melayan amarahnya, aku bersuara lagi.
"Saya nak keluar lunch. So, if you need anything, boss boleh call saya." Aku bersuara terus, melihat Qaiser masih tidak berkata apa-apa, aku menjeling saja dan membuat muka menyampah.
Baru saja aku mahu berpusing, pintu pejabat itu dibuka dari luar. Zayan sudah berdiri di depan pintu.
"Well, shall we?" Zayan bersuara sekaligus mencuri perhatian Qaiser yang kelihatan masih tertekan itu. Qaiser mengangkat wajahnya daripada membaca fail di atas meja itu. Riak wajahnya berubah keliru, dahinya mula berkerut.
"Zayan? Kau buat apa dekat sini?" Qaiser menyoal, Zayan senyum dan melangkah masuk ke dalam pejabat. Dia berhenti melangkah dan berdiri di sebelah aku.
YOU ARE READING
JEJAKA NERD [ONHOLD]
RomanceSiapa sangka perempuan paling degil dan popular di kolej itu boleh jatuh cinta pandangan pertama pada seorang jejaka nerd. Lelaki yang membosankan, lelaki yang selalu lindung mukanya dalam buku. Aneh tetapi itulah yang terjadi pada Talita, gadis pal...