10 tahun yang lalu,Pada 16 Januari 2014, genap 8 tahun umur seorang kanak kanak yang diberi nama Camelia Razqya Binti Rais, seorang yang sangat periang kerana selalu dimanjakan oleh ibu dan ayahnya, Tuan Rais & Puan Kaira.
"Seperti yang ayah janji kan, malam ni kita sambut ulang tahun camelia ya? Camelia nak makan apa? Bagitahu ayah, ayah tunaikan malam ni" kata Tuan Rais sambil mengusap kepala anaknya.
"Camelia nak makan western ayah, nak makan chicken chop"
Camelia menelan air liurnya tatkala membayangkan makanan yang diinginkannya.
"Ibu ada belikan hadiah untuk Camelia, nak tengok tak?" sampuk Puan Kaira sambil menyembunyikan kotak hadiah di belakangnya.
Camelia menayangkan sengihan comelnya, "Nak ibu, Camelia nak tengok" dengan segera Camelia bangun dan menuju ke arah Puan Kaira.
"Okay tutup mata dulu, ibu kira 1 2 3 baru Camelia buka mata ya?"
Camelia menurut dengan sengihan, segera dia menutup mata dengan tangan kecilnya. Camelia mengangguk laju.
"Ibu kira tau, satu...dua...tiga... buka mata sekarang" kira Puan Kaira sambil membuka kotak hadiah di tangannya.
"Tadaaa.. Camelia suka tak?"
Dan seperti yang disangka, mata Camelia membulat teruja melihat hadiah yang diberikan oleh ibu dan ayahnya.
"Wahh rantai! Cantiknya ibu, Camelia suka!" teruja Camelia dengan rantai yang dihadiahkan kepadanya. Namun, keterujaan tersebut tiba-tiba bertukar menjadi keliru. Lalu Camelia bertanya kepada ibunya,
"Tapi ibu, kenapa ada dua love?" tanya Camelia sambil berkerut dahi.
Tersenyum Puan Kaira dan Tuan Rais mendengar soalan yang diberikan oleh anak tunggal mereka tersebut.
"Nak tahu kenapa ada dua love? Satu tu tanda sayang ibu dengan ayah dekat Camelia, dan lagi satu tu tanda sayang siapa yang jaga Camelia bila ibu ayah takda nanti"
"Ibu ayah nak pergi mana? Camelia nak ikut" Camelia meletakkan kotak hadiah tersebut di atas meja lalu berlari memeluk kedua dua ibu bapanya.
"Ibu ayah takpergi mana mana, tapi kami tak janji kami akan lama dengan Camelia"
Tuan Rais mengusap kepala anaknya dengan penuh senyuman, hatinya kuat mengatakan bahawa usapan itu merupakan usapan terakhir buat Camelia, dia juga berharap Camelia akan dijaga dengan baik oleh ibu mentuanya, Puan Khadijah jika mereka sudah tiada nanti. Manakala, Puan Kaira pula merenung wajah Camelia bagaikan memberitahu bahawa renungan itu ialah renungan yang terakhir buatnya.
YOU ARE READING
1 | Aayden's Amore [ C ]
Romance[ KARYA PERTAMA 💄] Aayden Nadhif x Camelia Razqya Mengisahkan tentang seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan ayahnya ketika berusia 8 tahun akibat nahas kemalangan. Kehidupannya yang sebelumnya ceria dan periang berubah menjadi seorang yang pe...