03 - mr. styles , taylor

5 1 0
                                    

JAM menunjukkan 12

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JAM menunjukkan 12.30 malam di Kuantan , Pahang. agak-agaknya siapakah gerangan yang telah ditemui oleh Wardda sebentar tadi ?

“ terima kasih membawa pulang encik..? ”

“ Idra’ , panggil saja Idra’ ” senyum lelaki itu , polos.

Idra’. Seorang lelaki cukup boleh dikatakan kaya dan dari keluarga mewah juga , tengok kereta pun sudah tahu. pemakaiannya walaupun baru balik daripada open house tetap kemas dan rapi dipadankan bersama jam Rolex berwarna hitam emas itu. sekali pandang , rupanya boleh membawa wanita terpegun dan terus jatuh cinta. malangnya bukan untuk Wardda. ya lah tak bagus melihat anak orang lama-lama , lagipun bukan mahram.

sunyi itu diberhentikan dengan dehem daripada Idra’. terus tersentak Wardda daripada lamunannya sebentar tadi.

“ ya.. kenapa ? eh masuk lah dalam dahul—”

“ cik , kenapa pulang malam malam tanpa sesiapa ? .. kalau tidak mahu dijawab tidak apa. ”

pegun. terasa berat mahu dijawab. Wardda hanya ketawa janggal sahaja. Idra’ hanya menjongketkan kening.

“ tiadalah .. tadi pergi rumah orang lepastu line tiada mahu call adik saya. agaknya , sebabkan mahu hujan begitulah. ” Wardda mengeluh sambil memaksa senyum.

“ mengeluh itu bunyi nya seperti melarat. ada lagi masalah besar ke ? kalau ada , saya boleh dengar. ”

Idra’ memang anak yang baik. sejak kecil lagi Idra’ telah diajar untuk menghormati wanita lain seperti ibunya. maklumlah , anak ibu.

tanpa melengahkan masa , Wardda mempelawa Idra’ untuk masuk dahulu , yalah tak bagus bagi tetamu berdiri di luar lama-lama. lagipun , bunyi seperti mahu hujan lagi. Wardda pula bergegas ke dapur menyediakan air teh beserta dua cawan untuk mereka. nampaknya , ayah sudah tidur apatah lagi adik. tidak mengapa sebab bukan Wardda seorang di rumah ini jadi , dia tidaklah rasa kurang selesa dengan encik Idra’ walaupun yang lain sudah ke tempat beradu.

“ eh cik Wardda tak payah lah susah susah , saya ni hantar cik je .. ” segan pula Idra’ dengan tuan rumah itu.

“ takpelah , lagipun bukan selalu kami ada tetamu. ” dituangnya teh ke dalam cawan , masih panas dan wangi.

“ jadi..? are you willing to tell or not ? ”

Wardda terdiam sejenak sebelum mulakan perbicaraan. mungkin mukanya nampak seperti tiada seri sudah apabila memutuskan hubungannya dengan Aryan , seorang kekasih pertama yang bakal menjadi halal tapinya jatuh dan kalah saingan atas gadis yang lebih rupawan dan jutawan darinya.

“ tunang..? tunang kamu itu pilihnya perempuan lain tapi at the same time dia tidak mahu lepaskan kamu ? lucu ” jawab Idra’ secara sarkastik.

Wardda hanya tersenyum kecil sambil mengangguk , malu akan perjalanan percintaannya.

Idra’ merasakan kasihan pula terhadap Wardda. adakah lelaki itu mempunyai cara untuk menolong..?

“ beginilah.. Wardda , setiap apa yang kita dapat tak semestinya kita memiliki di akhir nanti. mungkin jodoh kamu itu , orang lain. Tuhan itu baik , perancang yang hebat , jadi tunggu ya ? ” Idra’ berhenti sebentar sebelum menyambung katanya.

“ kalau ada apa-apa yang memerlukan pertolongan , nah ” hulur card pengenalan kerjanya berserta nombor personal sendiri.

idra's candraWhere stories live. Discover now