Bab 2 🔥

10.6K 395 38
                                    

Sampai saja di kawasan rumahnya, Camelia memperlahankan langkahnya bila melihat neneknya sedang membuang semua pakaiannya ke luar rumah. Dia kembali melangkah menghampiri neneknya.

"Nek, kenapa nenek buang semua baju Camelia?" tanya dia sambil mengutip pakaiannya yang bertaburan di atas lantai luar rumah.

"Mulai harini, kau keluar dari rumah ni! Aku dah taknak jaga kau lagi, menyusahkan aku je" Puan Khadijah melempar beg pakaian ke muka Camelia. "Dengar sini, dah takda sebab untuk aku jaga kau lagi, kau ambik semua pakaian kau ni dan berambus dari sini! Jangan tunjuk lagi muka kau depan aku faham?!" tengkingnya dan tiada rasa bersalah, terus saja Puan Khadijah masuk ke dalam rumah lalu menghempas pintu tersebut.

"Nek! Jangan halau Camelia nek! Camelia tak tahu nak pergi mana nek! " laju saja Camelia bangun lalu mengetuk pintu rumah berkali kali, berharap simpati neneknya untuk membuka pintu. Terduduk dia di hadapan pintu kayu itu. "Kenapa nenek buat Camelia macam ni nek, apa salah Camelia dekat nenek? Camelia pun sayang ibu dengan ayah. Camelia pun taknak diorang tinggalkan Camelia nek hikss..." menangis Camelia sambil memasukkan pakaiannya ke dalam beg.

Dengan perasaan sedih, dia akur dengan kehendak neneknya. Dia membawa beg pakaian pergi dari situ.

♾️🦋♾️

Setelah hampir 2 jam dia berjalan tanpa arah tuju, akhirnya dia mengambil keputusan untuk berehat sebentar di taman permainan berdekatan dengan taman perumahan mewah.

"Panasnya petang ni, dah la haus ni" ujar Camelia sambil mengelap peluh di dahinya. Matanya juga memandang sekeliling taman permainan tersebut. "Cantik juga taman permainan ni, bersih ja" senyum Camelia melihat kebersihan taman itu.

Sedang leka memerhati sekeliling, datang seorang gadis menyapanya, "Camelia Razqya kan?" ujar gadis itu sambil mengenalpasti gadis yang duduk sendirian di taman tersebut pada waktu petang macam sekarang.

Camelia menoleh apabila di sapa seseorang. Membulat matanya melihat gerangan yang menyapanya, "Auliya Nadhira" bangun Camelia dari duduknya. "Kau buat apa dekat sini sesorang? Bahaya tahu perempuan duduk dekat taman macam sesorang. Ni dengan beg baju lagi, kau nak pergi mana sebenarnya?"

Lalu Nadhira menarik tangan Camelia supaya duduk bersama dengannya. Dia mengemam bibirnya mendengar soalan Nadhira, perlu ke dia cerita kepada Nadhira tentang masalahnya sedangkan mereka tidaklah begitu rapat sewaktu di sekolah dulu.

"Aku tahu kita tak rapat dekat sekolah dulu, tapi aku tetap kawan kau, sekarang aku nak dengar, kenapa kau bawa beg baju ni" pujuk Nadhira seakan tahu apa yang difikirkan Camelia saat ini.

Dia menarik nafas dalam dalam dan hembus, dengan perlahan dia menoleh memandang Nadhira, "Aku kena halau dengan nenek" sungguh perlahan suara Camelia menceritakan masalahnya. Terdiam Nadhira buat seketika sebelum dia mengusap tangan Camelia.

"Boleh aku tahu kenapa nenek kau halau kau keluar dari rumah? Itu kan rumah ibu ayah kau, bermaksud itu rumah kau juga lia"

"Aku pun taktahu ira, lepas ja kita ambik keputusan tadi, aku terus balik rumah sebab nak tunjuk dekat nenek yang aku dapat pelajar cemerlang, tapi bila aku sampai rumah, aku nampak nenek lempar semua baju aku ke luar rumah. Aku tanya kenapa, nenek cakap dia dah taknak jaga aku lagi, dia cakap jangan tunjuk muka aku depan dia dah, aku taktahu nak pergi mana ira, aku takda saudara mara yang lain dah" berair mata Camelia selepas meluah segala masalah yang dihadapinya.

1 | Aayden's Amore [ C ]Where stories live. Discover now