PART 15

115 13 0
                                    

Jam sudah menunjukkan angka 10 malam. Alisa membuat keputusan untuk naik ke bilik tidur mereka setelah selesai mengemas dapur.

Alisa menguak pintu bilik tidur utama dengan berhati hati. Dia risau menganggu tidur Tengku Aqil. Namun elok sahaja lelaki itu menyilangkan kaki di atas sofa dengan hanya mengenakan boxer sambil menyemak email di iPadnya.

Terbit satu idea nakal dalam kepalanya untuk mengenekan Tengku Aqil. Tanpa menunggu lama Alisa terus berlalu ke bilik air untuk menukar baju. Beberapa minit kemudian Alisa keluar dari bilik mandi dengan memakai lingerie dress bewarna hitam.

" Hubby tak tidur lagi "

Tegur Alisa. Dia mengerling Tengku Aqil masih fokus membalas email. Alisa melabuhkan duduk di kerusi meja solek.

" Belum. Hubby tak mengantuk lagi love. Lagipun hubby kan cuti lama. Banyak kerja yang perlu hubby semak "

"Tapi encik CEO pun kene cukup rehat jugakan"

Usik Alisa dengan nada menggoda. Alisa mengerling Tengku Aqil yang meletakkan iPadnya di atas sofa. Wajah Alisa dari pantulan cermin ditenung tajam.

Alisa mengenyitkan mata kepada Tengku Aqil sementara tangannya masih lincah menyapu lotion di badan. Tengku Aqil tersenyum nakal lalu menapak ke arah Alisa.

" Are you trying to seduce me love "

Bisik Tengku Aqil di telinga Alisa apabila dia berdiri di belakang Alisa. Tangan gatal itu mula mengusap lembut bahu Alisa yang sudah disapukan lotion.

Alisa senyum senget. 'yes. Masuk perangkap' bisik Alisa sendiri. Alisa bangun menghadap Tengku Aqil. Terbit senyum nakal pada bibir lelaki itu.

Alisa tersenyum manis lalu menyilangkan tangannya ke leher Tengku Aqil. Dia merapatkan bibirnya ke telinga Tengku Aqil.

" Why. Are you scared "

Tanya Alisa persi berbisik. Dia kembali memandang Tengku Aqil. Dalam sekelip mata badan Alisa berada di awangan apabila Tengku Aqil mencembungnya.

" We will see who wanna me to stop then "

Ujar Tengku Aqil sebelum berlalu ke arah katil. Badan Alisa diletakkan dengan begitu lembut di atas tilam sebelum dia naik menindih badan kecik Alisa.

Mereka membalas pandangan. Tengku Aqil memandang Alisa dengan tatapan redup manakala Alisa memandangnya dengan pandangan nakal.

Alisa sengaja menyilangkan tangannya ke leher Tengku Aqil sebelum mencium lembut bibir nipis itu. Namun Tengku Aqil terus mencium Alisa rakus.

Tangannya mula menjalar di seluruh badan Alisa. Alisa hanya tergelak dalam ciuman mereka sebelum Tengku Aqil melepaskan pautan bibir mereka.

" Why "

Alisa senyum misteri. Dia merapatkan bibirnya ke telinga Tengku Aqil.

" I'm sorry sayang. I uzur "

Bisik Alisa di telinga Tengku Aqil. Dia mencium lembut pipi suaminya sebelum ketawa kuat. Akhirnya dapat jugak dia kenekan lelaki itu.

Melihat wajah cemberut Tengku Aqil semakin kuat tawa Alisa. Tengku Aqil merebahkan dirinya di sebelah Alisa.

" Ha ha ha.... Sorry sayang. I pun tak tahu kenapa period I awal bulan ni. Ha ha ha "

Ujar Alisa dengan sisa tawanya. Tengku Aqil hanya senyap dan merenung Alisa dari sisi. Dia merapatkan jarak mereka dan menarik Alisa masuk dalam dakapannya sebelum bertindak menggeletek pinggang Alisa.

Dia juga turut mengambil kesempatan menggomol pipi Alisa dan sekali lagi tawa Alisa terletus kuat. Alisa memegang perutnya yang mula senak kerana terlalu banyak ketawa.

You Are Mine : Hate of Love (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now