Sedang yang lain minum petang bersama, Nadhira dan Camelia tiba di rumah. Camelia mengecilkan diri di belakang Nadhira tika mummy, daddy dan Aaydan menyedari kehadirannya. Aayden terlebih dahulu meminta diri untuk berehat di biliknya. Tanpa Cameliea sedar, dia bertindak mengcengkam hujung baju Nadhira kerana gementar.
Nadhira yang faham maksud cengkaman itu terus saja mengusap tangan Camelia bagi menenangkan kawannya itu. "Jangan risau, aku ada dengan kau" bisik Nadhira.
Nadhira memandang mummy, daddy dan abangnya, Aaydan. "Adik nak kawan adik tinggal sini boleh kan mummy daddy?" lembut saja suaranya bertanya kepada orang tuanya.
"Kenapa nak dia tinggal sini? Rumah dia dekat mana? Keluarga dia tak cari ke nanti?" bertubi tubi soalan dilemparkan oleh Tuan Nadzir sambil memandang serius anak gadis dibelakang anak bongsunya. Tetapi tidak bagi Aaydan dan mummynya, mereka tersenyum melihat wajah cantik dan polos Camelia.
"Ibu dan ayah Camelia dah meninggal 10 tahun lepas daddy, kereta diorang hilang kawalan dan kemalangan, kereta ibu ayah dia meletup, sejak dari kejadian tu dia dijaga oleh neneknya, tapi nenek dia bencikan dia, dia dihalau tanpa sebab daddy, dan dia kawan sekelas adik juga dekat sekolah" Nadhira menayang wajah simpati kepada daddynya. Terkelip kelip matanya meminta simpati kedua orang tuanya.
"Mummy setuju dia tinggal sini, sekurang kurangnya mummy dengan adik tak bosan kan ada kawan baru" senyum Puan Aydini sambil memandang Camelia dengan pandangan penuh suka. Baginya, Camelia sangat cantik kerana kulitnya yang putih, badannya yang agak kenit dan wajahnya yang lembut serta polos itu. Dia sukakan Camelia walaupun baru pertama kali melihat.
"Aaydan pun suka daddy, mana tahu boleh jadi calon isteri hihi" tersengih Aaydan apabila kata katanya mendapat jelingan dari adik bongsunya. Sebenarnya dia sudah mengetahui tentang Camelia kerana adiknya telah memberitahunya terlebih dahulu.
"Boleh lah daddy, please...kesian adik sorang sorang, Camelia boleh teman adik kan kan" Nadhira mengatukan tangannya lalu letak dibawah dagu sambil mengelip matanya berkali kali dihadapan daddynya.
Tuan Nadzir menarik nafas panjang sebelum mengganguk. "Daddy izinkan" kemudian Tuan Nadzir mengalih pandangan kearah Camelia dan bertanya "Boleh uncle tahu nama kamu?".
Terkebil kebil Camelia mendengar suara tegas Tuan Nadzir. Suara pun dah garang apatah lagi mukanya kalau tengah serius. Dia berdehem menghilang rasa kekok dan gementar, "Nama saya Camelia Razqya uncle" tergagap dia menyebut namanya sendiri.
Tuan Nadzir, Puan Aydini dan Aaydan Nadhim mengangguk dan senyum mendengar suara dari gadis cantik ini. Bak kata Puan Aydini, Camelia mempunyai wajah persis seorang model. Akhirnya, Camelia diberi keizinan untuk tinggal di rumah mewah itu.
"Boleh saya jadi pembantu rumah tak?" soal Camelia secara tiba tiba. Soalan itu menimbul kening di dahi Nadhira, Aaydan dan mummynya.
Belum sempat mereka memberi jawapan, terus saja Camelia memotong "Saya boleh memasak, boleh mengemas rumah, cuci pakaian pun pandai".
Tuan Nadzir menarik nafas lalu mengangguk, dia juga kasihan melihat isterinya melakukan kerja rumah sendirian. "Okay uncle setuju, kamu boleh tolong aunty untuk buat kerja rumah" kata Tuan Nadzir.
Puan Aydini segera bangun lalu menuju kearah Camelia, dia memeluk dan merangkul bahu anak gadis itu. "Mulai hari ini, Camelia adalah pembantu mummy. Jangan panggil aunty tau, panggil mummy je".
YOU ARE READING
1 | Aayden's Amore [ C ]
Romance[ KARYA PERTAMA 💄] Aayden Nadhif x Camelia Razqya Mengisahkan tentang seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan ayahnya ketika berusia 8 tahun akibat nahas kemalangan. Kehidupannya yang sebelumnya ceria dan periang berubah menjadi seorang yang pe...