Keesokkan harinya, seawal 6 pagi Camelia bangun dan membersihkan diri, bersiap sedia untuk memulakan pekerjaannya sebagai pembantu rumah di rumah Tuan Nadzir.
Camelia keluar dari biliknya yang terletak di belakang dapur lalu menuju ke dapur. Kelihatan dapur masih gelap bermakna yang lain masih tidur kerana azan subuh baru sahaja berkumandang.
Camelia membuka peti ais untuk melihat bahan basah yang boleh dimasak pagi ini untuk sarapan.
Ada ayam dan ikan bilis! Okay kita masak nasi lemak sambal ayam dan sambal ikan bilis. Sudah lama dia tak menunjukkan bakatnya dalam memasak masakan kampung.
Sedang dia memotong bahan untuk di tumis, Camelia terfikir sesuatu. "Tapi diorang makan ke makanan kampung untuk sarapan?" fikir Camelia sambil matanya memandang sekeliling dapur.
Matanya terhenti di pancake pan, "Nasib baik pernah belajar buat pancake masa bengkel kemahiran hidup dulu, jadi harini kita masak dua jenis sarapan" semangat Camelia ingin menyediakan sarapan buat Tuan Nadzir sekeluarga.
Hampir 40 minit Camelia bertungkus lumus menyediakan hidangan nasi lemak sambal ayam dan sambal ikan bilis. Time to make pancakes! Setelah siap menguli adunan tepung, Camelia memasukkan adunan tersebut keatas pancake pan. Camelia menekan butang start tapi pan itu tidak berfungsi.
Berkerut keningnya bila berkali kali menekan pan itu tapi langsung tidak berfungsi. "Eh kenapa tak hidup pun pan ni, takkan rosak kot" dia menggaru kepala sambil membelek pan itu.
Aayden yang kebetulan masuk ke dapur untuk sarapan memberhentikan langkahnya di pintu dapur. Dia menyendeng badan di dinding sambil memerhati gadis polos itu.
"Kalau mummy cakap aku yang rosakkan macam mana? Kau ni cari masalah la Camelia" mengendur bahunya tatkala memikirkan nasibnya jika betul dia yang merosakkan pan itu.
Tersenyum senget Aayden bila Camelia tidak menyedari kehadirannya. Dia memasukkan tangan kedalam poket lalu dengan langkah perlahan dia menuju ke Camelia. Dia menyandarkan punggungnya pada sebelah Camelia di kabinet dapur. Tangannya naik memeluk tubuh.
"Kau dulu sekolah belajar tak habis eh?" terangkat kening dia memandang wajah polos gadis itu.
Makin berkerut kening Camelia apabila disoal begitu, "Saya belajar sampai habis la, saya pelajar 9A tau" Camelia mencekak pinggang. Aayden ketawa sambil menggeleng kepalanya, dia merapatkan diri dengan Camelia.
"Little pumpkin, lain kali on suis dulu, kalau kau tak on suis, sampai kita kahwin nanti pun pan ni tak hidup sayang" bisik Aayden lalu membuka suis pan tersebut. Aayden berlalu ke meja makan dan memberi peluang untuk Camelia bernafas.
"Cameliaaa...!! Kau ni memalukan betul la!" merah pipinya menahan malu walaupun Aayden sudah berlalu ke meja makan. Setelah bersilat dengan mesin itu, akhirnya pancakes siap untuk dhidang.
♾️🦋♾️
Jam menunjukkan pukul 7 pagi, Puan Aydini turun ke dapur untuk menyediakan sarapan seperti biasa, namun dia berhenti di depan meja makan dengan wajah yang tertanya tanya.
Aayden yang sedang menyemak emel dekat ipad mengangkat kepala memandang mummynya. "Kenapa mummy terkejut macam tu?" tanya dia lalu menyandarkan badan sambil memandang Puan Aydini.
"Siapa yang masak? Banyaknya makanan" terkebil kebil Puan Aydini memandang semua hidangan untuk sarapan harini. Aayden juga melihat hidangan di atas meja.
YOU ARE READING
1 | Aayden's Amore [ C ]
Romance[ KARYA PERTAMA 💄] Aayden Nadhif x Camelia Razqya Mengisahkan tentang seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan ayahnya ketika berusia 8 tahun akibat nahas kemalangan. Kehidupannya yang sebelumnya ceria dan periang berubah menjadi seorang yang pe...