BAB 6

122 15 1
                                    

Alhamdullilah, business kecil-kecilan yang diusahakan oleh Sara dan Suha mendapat sambutan. Sudah tiga minggu mereka memulakan perniagaan. Setiap minggu pasti ada sahaja yang menempah kek atau creampuff mereka.

"Sara, Cik Ina punya kek dah siap ke ?" Nasuha melangkah kedapur. Dia baru sahaja pulang daripada menghantar tempahan creampuff untuk majlis kahwin tadi.

"Tengah deco. Lepastu siap" Ujar Sara yang sedang deco kek.

Nasuha melangkah ke peti ais. Air mineral dituang ke cawan dan diteguk rakus.

"Alhamdullilah, business kita menjadi kan Sara?" Sara angguk.

"Aku harap sangat kita dapat move to another plan. Sewa kedai" Sara sudah memasang angan-angan. Jika mereka sudah ada kedai, mereka sudah ada dapur mereka sendiri jadi tidak perlu meminjam dapur opah lagi.

"Betul! Sebulan dua lagi bolehlah kita sewa kedai kalau business kita lancar" Ujar Nasuha. Bahu Sara dipeluk dari tepi.

Kakinya melangkah ke meja makan. Punggung dihenyak ke kerusi. Kepalanya ditongkat menggunakan tangan.

"Nasib baiklah kau expert deco kek. Kalau nak mengharapkan aku memang satu kek dua jam aku deco" Ujar Nasuha dengan gelak tawa.

Mudah sahaja melihat Sara deco kek tapi apabila diri sendiri yang buat susah betul nak menjadi. Apa yang dirujuk lain dengan apa yang di deco. Nasuha boleh membakar kek tetapi untuk menghias kek memang dia surrender awal-awal.

Sara hanya senyum mendengar kata-kata Nasuha. Kek dimasukkan ke dalam kotak.

"Pesanan akhir untuk hari ini siap" Sara menghulurkan kotak kek tersebut ke arah Nasuha. Nasuha senyum. Kotak kek disambut.

"Aku pergi hantar dulu" Nasuha terus melangkah keluar semula.

Sara memandang sisa creampuff yang tinggal.  Sebahagian creampuff tersebut diletakkan di dalam bekas dan ditutup rapi. Sara melangkah kebilik dan menyarung tudung. Bekas tersebut diambil dan dia melangkah ke rumah Nek Som. Memang menjadi kebiasaan mereka apabila ada creampuff lebih akan diberikan kepada Nek Som.

"Assalamualaikum"

Tidak sampai beberapa saat pintu rumah neksom terbuka. Selalu Nek Som yang buka pintu tetapi hari ini cucu Nek Som yang buka. Sara terus memandang garaj kereta Nek Som, baru perasan range rover milik Harraz terletak elok di bawah garaj.

"Waalaikumsalam. Ada apa ?" Tanya Harraz. Tangan naik memeluk tubuh.

"Saya nak bagi ni" Sara menunjukkan tangannya yang terdapat bekas makanan.

"Benda apa tu ?"

"Creampuff" Jawab Sara.

Belum sempat Harraz mengambil bekas di tangan Sara, Puan Nabila sudah mengambil dulu. Entah bila Puan Nabila keluar pun tidak tahu.

"Susah-susah je kamu ni. Selalu Makcik dengar nek Som bercerita kamu selalu bagi creampuff harini memang langkah kanan lah makcik dapat rasa creampuff kamu buat" Ujar Makcik Nabila. Sara senyum.

"Meh sini masuk dulu. Lama makcik tak jumpa kamu" Makcik Nabila menarik lengan Sara. Tidak dapat Sara mahu membantah jika sudah ditarik sehingga masuk ke dalam rumah.

Harraz mengikut langkah mamanya dan Sara yang sudah masuk ke dalam rumah.

"Ehh Sara" Nek Som yang baru keluar dari dapur menyapa Sara. Sara mendekati Nek Som dan menyalam Nek Som. Sara turut menyalam Mak Cik Nabila. Tak sempat dia mahu menyalam disebabkan Makcik Nabila sudah menarik dia masuk ke dalam rumah.

HARRAZ'SWhere stories live. Discover now