Tengku Kaysan perlahan-lahan mencelikkan matanya. Dia merengus geram, bunyi tangisan seorang bayi mengganggu tidurnya. Tengku Kaysan turun dari sofa, perlahan-lahan dia melangkah ke pintu utama rumahnya.
Tombol pintu dipulas perlahan. Dia terkejut melihat seorang bayi perempuan di hadapan pintu rumahnya. Dia melihat sekeliling untuk melihat sama ada sesiapa berada berhampiran rumahnya.
Siapa berani buang anak depan rumahnya? Buat anak pandai, jaga tak reti. Inilah manusia zaman sekarang tahu buang anak sahaja. Kalau sudah tahu diri itu tidak mampu. jangan sekali-kali menyerahkan diri kepada lelaki yang tidak berguna.
Tengku Kaysan menggendong bayi perempuan itu masuk ke dalam rumahnya, dia menepuk perlahan belakang badan bayi kecil itu. Badannya digerak-gerakkan ke kiri dan ke kanan dia cuba menidurkan bayi itu. Tengku Kaysan melihat jam yang tergantung di dinding. Baru pukul lima pagi. Tengku Kaysan membaringkan badannya di atas sofa, dia meletakkan bayi itu di atas dadanya.
"Shh... Sleep tight, baby," Tengku Kaysan membetulkan sedikit kedudukan badan kecil bayi itu di dadanya. Tangannya tidak henti-henti menepuk lembut belakang badan bayi itu, dia mengucup lembut dahi kecil itu. Tidak lama selepas itu kedua-duanya tertidur.
"Allahuakbar... Allahuakbar..."
Bunyi azan subuh berkumandang menyentak mereka berdua, Tengku Kaysan merengus perlahan, dia baru sahaja mahu menyambung tidur.
Bayi itu tersentak apabila mendengar bunyi yang sangat kuat, dia menangis semahu-mahunya tanpa henti. Tengku Kaysan pantas mengangkat bayi itu dan menenangkannya, dia menepuk perlahan belakang badan bayi itu.
"Shh... don't be scared, baby sugar. I'm here with you," ujar Tengku Kaysan dengan nada lembut, dia terus mengusap belakang badan bayi kecil itu. Dia perlu melakukan sesuatu, Tengku Kaysan pantas mengambil telefon dan mendail nombor telefon mommynya.
Tengku Kaysan sabar menunggu panggilan telefon diangkat. Jantung Tengku Kaysan berdegup kencang, nafasnya tidak teratur. Hatinya berdebar-debar menunggu panggilan telefon disambungkan. Tengku Kaysan bergerak ke kiri dan ke kanan, dia menepuk lembut belakang badan bayi itu.
"Assalamualaikum, hello?" Ujar Puan Sri Hayla yang berada di corong telefon pintarnya. Tengku Kaysan berdebar-debar tidak tentu arah. Peluh dingin perlahan-lahan mengalir di dahinya, dia menggelabah tidak tentu hala. Otaknya ligat memikirkan cara untuk memberitahu perkara sebenar kepada mommynya.
"Wa'alaikummussalam, mommy. Mommy sibuk ke?" Kata Tengku Kaysan dengan nada mendatar, matanya merenung tajam wajah comel bayi dalam dakapannya. Dia mencium lembut pipi bayi yang tembam dan kemerah-merahan itu. Dia dapat merasakan bahawa dia telah jatuh sayang dengan bayi itu.
"Tak, sayang. Kenapa ada apa-apa ke?"
Puan Sri Hayla menutup komputer ribanya, dia hanya menumpukan perhatian kepada anak tunggalnya yang sedang menelefon. Puan Sri Hayla mengambil begnya dan terus melangkah keluar menuju ke lif, Puan Sri Hayla terdiam menunggu balasan daripada anaknya. Dia tahu ada sesuatu yang anaknya mahukan daripadanya.
"Eh, sebenarnya Kay nak minta tolong mommy. Boleh mommy datang sini?" Tanya Tengku Kaysan dengan nada lembut, matanya tajam merenung wajah comel bayi yang berada di atas sofa dengan bantal peluk sebagai penghalang.
Dia mundar-mandir di hadapan televisyen. Apa yang perlu dia beritahu mamanya? Nanti mommy mesti salah faham dan memarahinya. Tengku Kaysan mengambil beg hitam yang ditinggalkan di luar bersama dengan bayi itu.
Tengku Kaysan menekan butang pembesar suara pada telefon pintarnya. Tangannya pantas membuka zip beg. Terkejut dia apabila melihat isi beg itu hanya ada sepucuk surat dan sehelai kain putih. Tengku Kaysan membaca surat itu dengan teliti. Tangannya menggigil menahan amarah yang membuak-buak.
Dia tidak sangka bayi sekecil dan comel itu dibuang begitu sahaja. Tengku Kaysan membelai lembut pipi tembam bayi itu. Dia tahu dia seorang ketua mafia yang kejam dan digeruni.
Namun, dia tidaklah terlalu kejam sehinggakan dia mahu membunuh dan membuang bayi kecil ini yang merupakan darah dagingnya sendiri. Jika mereka tidak mahu menjaga bayi ini, biarlah dia menjaga dan membesarkan bayi ini sendiri.
Dia akan memberikan semua kasih sayang, perhatian dan seluruh dunia yang dia ada kepada bayi itu. Dia akan memastikan bayi itu mendapat apa yang sepatutnya diterima oleh seorang bayi. Dia tidak kisah jika dia terpaksa berkorban nyawa untuk bayi itu, dia sanggup melakukan apa sahaja.
"Tengku Kaysan Raees Aryan! Anak siapa kamu ambil tu, hah?!" Jerit Puan Sri Hayla dengan nada sangat kuat. Terbeliak matanya apabila melihat seorang bayi sedang tidur di atas sofa. Nafasnya turun naik menahan amarah yang membuak-buak. Matanya tajam merenung wajah terkejut anak tunggalnya itu. Jadi, inilah sebab Tengku Kaysan agak gementar apabila bercakap dengannya melalui telefon tadi.
"Mommy, relax. I can explain," ujar Tengku Kaysan dengan nada lembut, matanya tajam merenung wajah cantik mommynya yang kelihatan sangat tegang. Tengku Kaysan dan Puan Sri Hayla tersentak apabila mendengar tangisan bayi di atas sofa. Tangisan itu sangat kuat dan membingitkan telinga, Tengku Kaysan pantas mengangkat bayi kecil itu.
Dia menepuk perlahan belakang badan bayi itu, badannya bergerak ke kiri dan ke kanan. Tengku Kaysan mengusap lembut kepala bayi kecil itu, dia menjeling sekilas ke arah mommynya. Puan Sri Hayla hanya mampu tersenyum tidak bersalah. Dia tahu dia salah, dia tidak sepatutnya tiba-tiba menjerit sebegitu dan membuatkan bayi itu terbangun dari tidur.
"Shh, daddy here. No need to cry, I'm truly sorry," ujar Tengku Kaysan dengan nada lembut dan perlahan, dia mencium lembut dahi bayi itu. Tangannya tidak henti-henti mengusap belakang badan bayi itu. Puan Sri Hayla kagum melihat sifat kebapaan anak tunggalnya itu.
"Adopted her," kata Puan Sri Hayla tiba-tiba. Dia melangkah menghampiri anaknya yang sedang menenangkan bayi itu. Terkejut Tengku Kaysan mendengar kata-kata mommynya sebentar tadi. Biar betul mommy dia ni? Bahaya tahu tak? Tapi idea mommy bagus juga, sekurang-kurangnya nyawa dan keselamatan bayi itu terjamin ketika di bawah jagaannya.
"Tengku Kassandra Raeesa Aryana," ujar Tengku Kaysan dengan nada perlahan sambil tersenyum nipis. Dia mengucup lembut dahi bayi kecil itu. Puan Sri Hayla tersenyum manis mendengar nama yang diberikan anaknya kepada bayi itu.
Dia tidak kisah jika anaknya mahu mengambil bayi itu sebagai anak angkat. Dia lagi suka, sekurang-kurangnya hidup Tengku Kaysan terisi dengan kehadiran bayi itu. Puan Sri Hayla mengusap lembut kepala Tengku Kassandra yang sedang nyenyak tidur di bahu Tengku Kaysan. Nampaknya bayi itu sangat selesa dalam dakapan anaknya.
Tengku Kaysan mengucup lembut dahi Tengku Kassandra buat kali kedua. Dia sangat menyayangi bayi itu seperti nyawanya sendiri. Semoga Allah SWT menjaga dan melindungi kesucian anaknya serta kasih sayang yang akan diberikan kepada anaknya, Tengku Kassandra Raeesa Aryana. Satu-satunya anak yang dia ada dan cahaya di dalam hidupnya.
YOU ARE READING
My Secret Admirer Mr. Hacker
ActionTengku Kaysan Raees Aryan Seorang lelaki yang sangat dingin dan kejam. Satu-satunya tujuan hidupnya adalah untuk memusnahkan sesiapa sahaja yang ingin menyakiti keluarganya. Kehidupannya tersasar jauh dari landasan yang sepatunya dia berada. Dia sud...