ZERO sikat rapi rambut Aero yang hanya diam menatap kosong ke arah cermin itu. Remaja itu benar-benar berubah sejak kejadian kala itu.
"Aero, kenapa kau tak cuba bagitahu aku lebih awal?" soal Zero. Bukan berniat mahu menambah luka, hanya saja dia bingung. Disaat ada kesempatan, mengapa Aero tak bersuara?
Melihat Aero yang diam itu buatkan dia tarik kerusi dan duduk di sebelah lelaki itu. Dia pegang bahu Aero dan pusingkan agar lelaki itu memandangnya.
"Aero, walk away from the pain. Aku tahu susah. Ta-"
"Kau tak tahu..." Potong Aero. Zero diam dan mengemam bibirnya. Suara Aero kedengaran amat serak dan perlahan.
Mata sembab adiknya itu ditatap. Aero memang banyak menangis dan mengamuk saja.
"Bang... Waktu aku- waktu tu aku minta balik. Apa salahnya kalau kau setuju? Kalau kau setuju, mungkin kau akan tahu lebih awal..." ucap Aero. Air mata ikut jatuh tanpa amaran.
"Aku cuma tak nak kau hidup susah dengan aku. Aku tak nak kau kelaparan sorang-sorang dekat rumah, Aer," jawab Zero. Aero menggeleng.
"Tak... Kau tahu, aku lebih rela macam tu. Daripada hidup aku hancur macam sekarang. Tadi kau tanya... Bang, mangsa buli, siapa pun dia... Mesti akan susah untuk bagitahu sesiapa." Aero menunduk memainkan jari-jarinya.
"Aku cuba. Aku pernah cuba bagitahu warden. Aku pernah cuba bagitahu cikgu. Pengawas sekolah, untuk minta bantuan. Pernah... Aku pernah cuba. Tapi diorang tak kisah."
"Kau tahu diorang cakap apa? Diorang cakap gurauan. Nak berkawan, cuma gurauan kecil." Aero gigit bibir bawahnya. Tangannya naik menyentuh leher sendiri.
"Cikgu pun cuma nasihat, kenakalan biasa, benda remeh je. Buat macam benda tu normal. Aku dah tak larat. Aku dah tak sanggup nak tengok reaksi sama. Lebih lagi dari kau." Kata-kata Aero benar-benar buatkan Zero membisu. Adakah bakal sama saja jika Aero memberitahunya?
"Tapi kau boleh cakap kau diganggu dekat asrama dengan teruk."
"Kau nak aku cakap apa dengan diorang?" balas Aero dengan soalan. Dia angkat wajah memandang abang kembarnya itu.
"Nak aku bagitahu aku kena cabul dalam toilet? Kena cium? Nak aku bagitahu yang aku jadi mainan nafsu diorang?" soal Aero dengan suara yang bergetar dan tubuh yang kembali menggigil.
"Kau nak aku bagitahu macam tu? Jijik! Jijik, bang! Diorang takkan peduli! Diorang takkan pandang orang miskin! Diorang takkan buat apa-apa!" Aero mula berdiri memukul dadanya.
"Ni! Sini yang sakit! Hari-hari macam neraka! Aku tak buat salah, bang! Aku tak buat salah! Diorang yang sial! Diorang yang jijik! Aku tak dipedulikan! Orang macam aku tak dipedulikan!"
"Tempat tu asrama! Tempat tu sekolah! Tempat tu berpendidikan tinggi! Luarnya berdisiplin, dalamnya liar! Budak-budak? Gurauan? Benda biasa? Bohong! Bohong! Ada ke? Ada ke bang?! Ada ke benda biasa yang aku alami? Ada ke aku buat cerita?! Ada ke aku yang perbesarkan masalah?!"
Brak!
Tubuh Aero jatuh. Dia teresak kuat dan menepis kasar tangan Zero. Dengan tubuh yang bergetar hebat, dia berusaha berdiri kembali.
"Lelaki cium lelaki... Benda tu normal ke? Orang asing sentuh kemaluan orang lain tanpa izin, itu normal ke? Orang paksa cium bibir, itu normal? Itu gurauan? Bagi aku tak... Semua tu tak normal! Semua tu bukan gurauan!"
"Orang ucap kata-kata yang kotor, yang jijik pada kau bukan benda yang normal. Bukan... Kena pukul, kena hina, kena caci depan orang ramai, tu semua bukan benda normal!"
"Aer-"
"Apa?! Kau nak cakap aku besarkan masalah? Hm? AKU BENCI SEMUA ORANG! KAU TAK RASA MACAM MANA JADI AKU! KAU TAK RASA APA YANG AKU RASA!" Potong Aero cepat. Dia semakin menggila. Kepalanya dipegang. Sakit. Telinganya berdengung bising.
"KAU TAK TAHU BETAPA GILANYA DIORANG SEMUA! Kau... Kau tak tahu betapa gilanya aku bila kena hadap semua ni..." Aero mencengkam lengan Zero kuat.
"Kau percaya aku kan? Percaya aku kan, bang?" soal Aero lirih. Zero mengangguk. Matanya berkaca-kaca melihat Aero yang kembali 'gila' itu.
"Habistu kenapa? KENAPA KAU TOLAK PERMINTAAN AKU, ZERO?!! KENAPA?! AKU CUMA NAK BALIK! AKU NAK BALIK, ZER! SAKIT! SAKIT, ZER! SAKIT!" Pertahanan Zero runtuh. Air mata dibiarkan mengalir.
"Aku minta maaf... Aku minta maaf sebab lam-"
Plak!
Tangan Zero yang mahu memeluknya ditepis kasar. Aero menatap abang kembarnya tajam dengan mata yang masih mengalirkan air.
"JANGAN SENTUH AKU! SEMUA ORANG SAMA! SAMA!! AKU DAH NAK GILA DEKAT SANA! AKU TAKUT SETENGAH MATI DEKAT SANA..." Nafasnya mula tidak teratur.
"Aku... Hah... Aku kena buli mental dan fizikal! Hah... Hah... Hah... Aku tak boleh cakap dengan sesiapa! Hah... Dior- ergh! Diorang buli aku secara fizikal, mental dan seksual... Hah... Hah... Aku tak boleh bagitahu sesiapa... Aku takut... Aku... Aku tak boleh..."
"Diorang... Ada... Ada ambil gambar dan video... Wak-tu... Waktu aku mandi... Waktu diorang buat benda jijik tu dekat aku... Diorang nak sebar... Aku takut! Aku takut... Arghhh! Aku nak balik!"
Zero teresak sambil menutup mulutnya sendiri bagi menahan suaranya. Aero terus-terusan mengamuk dan berkata 'nak balik'.
Zero sakit melihat adiknya begini. Zero benar-benar terlambat. Dia tahu bagaimana sukarnya mahu menyuarakan tindak pembulian pada orang. Dia tahu. Tapi yang Aero dapatkan lebih dari sekadar bulian umum. Aero juga mendapatkan bulian secara seksual.
Zero yakin itulah yang buatkan Aero hampir hilang akal seperti sekarang. Dia tak mampu bayangkan bagaimana kehidupan Aero sebelumnya. Rasa gagal kembali menghantui.
"NAK BALIK! AKU NAK BALIK!!! AKU BENCI DEKAT SINI! PANGGIL ABANG! PANGGIL ABANG! AKU NAK BALIK! SEMUA ORANG SENTUH AKU! SEMUA ORANG DEKAT SINI JIJIK! ARGHHH! ZERO! ZERO!! NAK BALIK! AKU NAK BALIK, ZERO!"
Zero memejam erat matanya. Dia berusaha menulikan pendengarannya namun dia tak mampu.
"ARGHHH!" Zero menjerit. Laju dia menghampiri Aero yang sudah berkali-kali hantuk kepala ke dinding itu.
"Aku minta maaf! Aku minta maaf, Aer! Aku minta maaf! Jangan macam ni... Aku minta maaf! Aku salah... Aku salah, Aero! Aku minta maaf!"
"Abang... Nak balik... Dekat sini jijik... Nak balik, bang... Aku nak balik rumah... Daddy... Aer nak daddy.... Nak balik..."
YOU ARE READING
[C] ZERO AND AERO
Random[C O M P L E T E] Zero dan Aero yang mempunyai sikap berlawan meskipun sebagai kembar. Mereka tak seiras. Bahkan, boleh diberi umpama Aero mempunyai perangai yang mengalahkan setan bak kata Zero. "Kau berdendam lagi ke dengan aku? Bang... Kembar ta...