Camelia hanya mendiamkan diri di pondok bersebelahan kolam renang di rumah Tuan Nadzir. Dia merasa agak canggung kerana tidak mengenali tetamu-tetamu pada malam itu.Aayden dan Aaydan rancak berbual dengan rakan rakan baiknya, Haris Mateen dan Arash Fiqri.
Sedang mereka saling bertukar cerita, mata Aayden terpandang Camelia yang sedang termenung di pondok.Perasaan risau bercampur cemburu apabila anak lelaki sahabat mummy daddynya sering memerhati Camelia. Terus saja dia bangun dan menuju ke arah Nadhira yang sedang berborak.
"Adik, ikut along kejap" pinta Aayden.
Nadhira menoleh memandang abangnya dan mengganguk. Dia menoleh kembali memandang rakan rakanya, "Makan dulu, nanti aku datang balik" sejurus itu dia bangun dan mengikuti abangnya.
Aayden menarik lengan Nadhira membawa adiknya jauh sedikit dari meja rakan rakan mereka. Dia berpeluh tubuh memandang adiknya.
"Kenapa biarkan Camelian sendirian? Dia dah makan ke belum?" Aayden sedaya upaya mengawal wajahnya agak tidak nampak terlalu risau di mata Nadhira.
"Adik dah ajak dia join adik sekali tadi, tapi dia taknak. Dia cakap dia malu sebab dia tak kenal sesiapa kat sini. Adik pun taktahu dia dah makan ke belum" jelas Nadhira sambil memandang Camelia yang bersendirian itu.
Aayden mengeluh lalu bertanya, "Dia makan kek dan pasta tak?".
Nadhira mengganguk, "Makan sebab adik ada bawa dia pergi cafe abang Arash minggu lepas, dia makan ja yang adik belikan" jelas Nadhira lagi. Dia merasa sesuatu yang pelik terhadap abangnya saat itu.
"Along ni risau betul dekat Camelia, dah jatuh cinta pandang pertama ke? Hihi kena bagitahu angah ni" bisik hati sambil memerhati riak kerisauan yang terpancar dia wajah abangnya.
"Okay then" Aayden terus menuju ke arah bahagian makanan. Dia mengambil sedikit pasta dan sepotong kek untuk Camelia.
Camelia yang ralit memintal hujung tudungnya terkejut melihat Aayden yang selamba mengambil tempat disebelahnya.
"Tuan Aayden buat apa dekat sini?" tanya Camelia sambil memerhatikan makanan yang dibawa oleh Aayden.
"Saja nak jumpa buah hati. Nah makan ni, aku tahu kau belum makan kan?" Aayden menolak sedikit pinggan ke arah Camelia.
Tersenyum Camelia saat itu, "Terima kasih tuan Aayden, tahu tahu je saya tengah tahan lapar" sengih Camelia sambil menggaru belakang kepalanya.
"Not a big deal pun, aku tahu kau malu nak ambil makanan sebab ramai tetamu yang kau takkenal" Aayden melihat Camelia yang sedang makan pasta itu dengan senyuman nipis sebelum kembali dengan riak wajah kosongnya. "Kenapa aku cuma boleh bercakap dengan kau ja, Camelia. Sedangkan dengan perempuan lain aku beku, apa maksudnya ni?" bisik hati Aayden.
♾️🦋♾️
Nadhira begitu teruja membuka sampul surat keputusan permohonannya untuk melanjutkan pelajaran setelah dua bulan menunggu surat itu sampai. Ternganga lalu menjerit Nadhira apabila melihat dia di terima masuk ke Help University yang berhampiran rumahnya.
Camelia yang kebetulan sedang menyapu lantai di hadapan bilik Nadhira terus mengangkat kepalanya tatkala mendengar jeritan dari dalam bilik Nadhira. Dah kenapa dia menjerit? Ada lipas ke?
Dia mengetuk pintu bilik Nadhira, "Ira, kau okey tak?" tanya Camelia.
Nadhira yang sedang melompat keriangan segera membuka pintu lalu memeluk Camelia. Dia menggoyangkan badan mereka berdua.
YOU ARE READING
1 | Aayden's Amore [ C ]
Romance[ KARYA PERTAMA 💄] Aayden Nadhif x Camelia Razqya Mengisahkan tentang seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan ayahnya ketika berusia 8 tahun akibat nahas kemalangan. Kehidupannya yang sebelumnya ceria dan periang berubah menjadi seorang yang pe...