Mata pekerja disitu tidak berkelip memandang si dia yang berjalan dengan penuh lenggok. Dengan memakai baju dress berwarna hitam paras peha yang sangat ketat dan menjolok mata serta cermin mata hitam. Rambut berwarna ash grey dan kasut tumit tinggi. Dia menuju ke kaunter pertanyaan .
"I nak jumpa Eriq. Dia ada dekat office kan?" tanya si dia.
"Ada. Cik ada buat appointment dengan Encik Eriq?" soal pekerja itu pula.
"Kenapa nak kena buat appointment dengan tunang sendiri?" cermin mata dibuka dan diletakkan di atas kepala. Mata memincing ke tag nama pekerja tersebut.
"Suraya?" dia menyebut nama tersebut. Pekerja tersebut angguk sahaja.
"I will make sure my fiancé pecat you and now tell me office tunang I tingkat berapa?" ujarnya.
"Tingkat 30 , cik" jawabnya.
"Kan senang bagitahu terus tak payah aku nak kena ugut baru nak cakap. Bodoh" tempik perempuan tersebut.
Perempuan tersebut memakai semula spek mata dan beredar dari situ dengan muka yang sangat angkuh dan sombong.
"Siapa tu?" soal kawan disebelahnya. Suraya mengjongket bahu dan terus menyambung kerja.
Terganggu konsentrasi Eriq apabila mendengar kekecohan di depan pejabatnya. Tiba tiba pintu dibuka kasar.
"Tepi lah I nak masuk jumpa tunang I" marah si dia.
"Saya minta maaf Encik Eriq, saya dah cuba halang dia berkeras ingin masuk juga" kata Emelyn. Eriq terkejut melihat si dia yang muncul secara tiba tiba.
"Awak boleh keluar dan sambung kerja" ucap Eriq. Emelyn angguk faham dan menutup pintu.
"Bodoh punya betina" maki Emelyn.
"What do you want" tanya Eriq dingin. Mata fokus memandang kertas kerja.
"You" jawab Camelia.
"Get your ass out from here" halau Eriq. Camelia tidak hiraukan arahan tersebut malah mendekati Eriq.
"I miss you anje" dia mengusap lembut bahu Eriq. Dia duduk di atas pemegang kerusi.
"Apa ni Camelia! Keluar aku cakap!" dia menolak kuat tubuh wanita itu.
Camelia kembali berdiri lalu menhentak kaki.
"I rindu you Eriq... kenapa you dah lama tak contact I. You dah lupakan I ke?" Camelia berkata dengan suara gedik manja.
"You are no one. What should I" Eriq membalas. Dia masih lagi fokus pada kerja.
"Eriq! Pandang lah I, penat tau I datang dari Amsterdam semata mata nak jumpa you. You tak kesian dekat I ke?" kaki dihentakkan berkali kali. Dia ingin kan perhatian Eriq sekarang ini.
Sanggup dia menaiki kapal terbang untuk ke Malaysia semata mata ingin berjumpa buah hatinya. Tapi ini yang dia dapat.
"Ada aku suruh kau datang sini lepastu tayang muka kau dengan pakai baju macam orang miskin takde duit nak beli kain? Ada ke? Takde kan so sekarang kau keluar dari sini sebelum aku panggil security heret kau keluar" katanya lalu interkom ditekan.
"Ya Encik Eriq?"
"Panggil security heret perempuan bodoh ni keluar"
"Okey"
"Tapi baby... I rindu you. I nak kita macam dulu spend time sama sama dan I rindu pelukan hangat you. I tak boleh tidur kalau you tak peluk I macam dulu. Please baby..." katanya meleret.
Dia mendekati Eriq sekali lagi lalu mengusap dada lelaki itu.
Dengan pantas Eriq bangun dan melempang muka perempuan tersebut. Terjelupuk Camelia ke lantai seraya mengusap pipinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kau Aku Kita [C]
RomanceSiri Kita - 1 ERIQ ISKANDAR X PUTERI HASYA "Aku janji, kau dan aku akan menjadi kita" - Eriq Iskandar Ini kisah aku dan dia. Seorang gadis yang cantik telah membuat hati seorang jejaka tidak keruan dengan sifatnya yang sangat periang. Pada mu...