Baru sahaja aku melelapkan mata, sudah terlena pun didalam mimpi.. Telefon aku berbunyi, mengacau tidurku. Tanpa aku sedar, sudah 23 missed call dari Carlo. Lantas aku menjawab panggilannya
"Abang..?" Suara aku yang lembut, kerana diri pun sudah mengantuk, kalau diikutkan rasanya mahu sahaja aku tidur!
"Sayang. Kenapa tak jawab panggilan abang dari tadi? Buat apa hah?"
"Sayang tidur.."
Dengar nafasnya dihela. "Tak bagitahu? Tak inform? Kenapa? Lupa dah fasal abang? Kenapa? Ada lelaki lain dah?" Makin dia push. Semakin serabut otak aku. Dah lah baru bangun. "Abang.. Tak ada lah.. Kenapa? Dah tak percaya sayang ke?"
"Sayang jauh dari abang. Susah abang mahu percaya kan sayang seratus peratus." Aku putuskan sahaja talian aku. Sudah serabut aku dibuatnya.
"Sayang? Sayang!" Dia perasan panggilannya terputus. "Sayang? Berani sayang?" Tangannya menghempas pada meja.
PANG!
"Elryna Sapphira.. Nasib baik lah kita berjauhan.. Kalau tidak memang sudah aku gomol engkau puas puas! Perangai!"
"Tunggu.. Sayang tunggu.. Sampai sahaja sayang kepangkuan abang, emang akan digomol teruk!" Gambar isterinya dipegang. Ditenung.
"Mummy.." Pada 3 pagi dia mengejutku.. "Kenapa driell..?" Dia mula menangis "driell nak tengok muka daddy.. Call lah" dia mula merengek kecil. Aku sudahlah baru habis bertekak dengan Carlo.. Mahu call begitu sahaja? 3 pagi pula tu.. Entah entah sudah terbuai didalam mimpi.
Aku tunaikan permintaan Driell. Nombor Carlo didial dan dihubungi.
CALL CONNECTED
Terkejut, itu menarik perhatianku. Baru sahaja hubungi nombornya, memang terus disambungkan.. Apa dia tidak tidur? "Ha? Kenapa, sayang?" Tona suaranya tampak tidak gembira..
"Ermm.. Driell rindu abang" muka Carlo yang terpapar diskrin telefon ku menampakkan bahawa Carlo menjeling. Aku sudah buat silap besar kerana telah memutuskan panggilan kami awal tadi..
"Driell?" Laju sahaja Driell masuk kearah kamera "hai daddy!!!" Tapi Carlo senyum! Apa ni? Mood dia ini memang semacam wanita kah? Mood swings? Sekarang siapa perempuan siapa pula lelaki ni?
"Haii Driell.. Kenapa?"
"Driell rindu daddy" carlo gelak. "Hm? Tapi mummy tak rindu pun daddy.. Mummy tak sayang daddy ke? Tanya mummy" aku mula menyampuk : "ish sayang lah! Kalau tak mesti sudah bercerai kita ini, abang!"
Tergelak.
Jeda.
Selepas beberapa minit.. Aku mahu memutuskan semula panggilan kerana iya lah, mahu tidur kan sudah 4 pagi, rosak jadual tidurku! Baru sahaja aku mahu menekan butang END..
"Sayang, tak perlu end." Aku terkejut.. Buang tebiat ke Carlo ni? "Tapi.."
"Kita sleepcall." Aku menghela nafas "nanti bateri sayang habis"
"Cas phone sayang itu buat malam ini." Aku menyelit semula "meletup nanti macam mana? Tak bahaya ke?" Nampak mukanya mencebik. "Dengar cakap abang."
Aku menghela nafas "iye lah abang" telefon aku dicas dan pada mula nya aku mahu letak nya pada meja dan kameranya dihala ke bahagian siling. "Hala kamera dekat muka sayang" makin lama makin kuat dia mengarah.
Kamera diarahkan pada muka aku. Carlo nampak pada skrinnya, driell sudah tertidur. Aku baring. "Good night, abang"
"Iraa, bangun" mataku terbuka dengan perlahan, wajah ayah sedang tersenyum dihadapanku "oh.. Ayah.. Selamat pagi" aku tersenyum. "Bangun lah, ayah ada masak sikit ni, nasi lemak" wah! Terliur! "Okay, Iraa mandi dulu ya?"
YOU ARE READING
𝐇𝐞𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐄𝐧𝐞𝐦𝐲 : 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧
RomanceWhat's mine will forever be mine 𝐇𝐞𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐄𝐧𝐞𝐦𝐲 𝐬𝟏 : 𝐨𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐯𝐞 IN EDITING SEBAB PEMBAHASAAN TERUK.