AERO mengalirkan air mata merenung keluar ke arah balkoni yang terpasang grill di luar pintu. Hal itu terjadi kerana Aero pernah berusaha terjun ke dalam kolam kosong yang berada di bawah.
"Kenapa... Kenapa semua orang pandang remeh? Kenapa semua buat tak endah?" soal Aero. Zero hanya diam mendengar setiap tutur kata Aero itu.
"Dari awal... Dari awal semua ni takkan jadi kalau semua orang ada empati. Kalau semua orang faham... Semua ni takkan jadi."
Lagi-lagi Aero berkata begitu. Zero tak mampu membalas lagi. Aero sentiasa menyalahkan orang lain yang tak membantu.
"Sekarang... Semua orang cakap aku mental. Aku gila... Kau tahu tak, kalau korang semua ambil tindakan, semua ni takkan jadi... Takkan..."
"Siapa kau nak tentukan ia akan jadi atau tidak, Aaero Wesley? Kau bukan tuhan," balas Zero. Aero angkat wajah memandang Zero yang bersandar pada rak buku.
"Berhenti. Cukup menyalahkan orang lain, Aero. Selama ni, bukan cuma kau yang sakit. Bukan cuma kau yang rasa," ucap Zero lagi. Aero bangun dan mencengkam kolar baju Zero.
"Apa hak kau nak cakap macam tu?!" soal Aero berang.
"Aku pun pernah dibuli, Aero. Berhentilah bersikap macam ni. Berhenti."
"Wow! Senangnya cakap!"
Bugh!
Zero meringis kecil saat tubuhnya menghantam rak buku. Aero menatap tajam abangnya itu.
"Kau pernah rasa ke macam mana sakitnya? Kau pernah rasa ke hidup dalam rasa takut? Kau pernah rasa kena cap gila dengan orang ramai sebab halusinasi?! Pernah?!" Tengking Aero.
"Tak pernah. Kau dengan diorang semua sama! Sama-sama meremehkan mental seseorang! Hiks... Bang... berapa ramai orang dekat luar sana bunuh diri? Berapa ramai orang dekat luar sana jadi gila? Berapa ramai, bang?"
"Berapa banyak bantuan? Tak ada... Tak ada sebab orang anggap apa sahaja jenis masalah mental ialah gila! Bila mati, bunuh diri, tak ada yang membela! Diorang malah makin keruhkan keadaan!"
"Berapa banyak remaja mati bunuh diri, bang? Berapa banyak orang pilih mati sebab kena buli? Berapa banyak?"
"Tak ada orang yang peduli pun selama diorang dibuli. Tak ada yang peduli malah makin mengeruhkan keadaan. Bila mental dia sakit, makin teruk perlakuan yang dia dapat... gila, gila, gila, perkataan tu yang diorang dapat! Lemah! Tak ada yang cuba faham apa yang buatkan diorang jadi macam ni! Tak ada!"
Aero mencapai gelas kaca dan memecahkannya. Pecahan kaca tajam digenggam.
"Jangan dekat!" Zero menggeleng.
"Jangan buat gila, Aero!"
"Aku atau korang semua yang gila?! Mana hati nurani korang semua?!! Bila kami semua hampir mati dibuli, separuh gila dibuli, mana semua orang? Mana?" soal Aero kuat. Esakan semakin kuat. Air mata semakin laju mengalir.
Zero terpaksa menjaga jarak dengan Aero. Bukan takut dirinya yang terluka, tapi takut andai Aero mengamuk dan berusaha mati lagi.
"Tak ada orang yang peduli! Bila kami letih, mental kami sakit, orang keji! Maki! Macam-macam hinaan! Gila! Tak bertuhan! Otak hilang! Macam-macam! Sedangkan diantara kami semua, banyak yang taat pada agama! Tapi korang tak pernah berfikir dalam berkata-kata!"
"Bila kami cederakan diri, korang marah, hentam kami semua dengan banyaknya hinaan, ceramah panjang yang tak berguna... Sedangkan waktu tu kami cuma perlukan pelukan... Bukan kata-kata yang tak ada guna dan pukulan yang makin memperparah..." Aero menatap kaca dan tangannya yang mengalirkan darah.
"Bila kami berusaha untuk mati, hinaan lagi, pukulan lagi yang kami dapat! Bila kami berjaya mati, doa yang tak baik kami dapatkan. Hinaan dan makian... Sedangkan jauh sebelum tu... kami semua dah berjuang untuk pertahankan kewarasan kami supaya tak mati dekat tangan sendiri..."
"Tak pernah ada seorang pun yang tanya keadaan kami, yang pedulikan kami... Tak ada. Tapi kenapa bila semua tu jadi, semua orang seolah paling kenal kami dan lontarkan hinaan?! Waktu kami perlu, mana korang semua?! Mana?!!"
"Aero... Jangan..."
"Bagi kau, aku pun sama kan? Perbesar masalah, mengungkit, tak berotak, tak bertuhan, kan?" soal Aero. Zero menggeleng laju.
"Tak... Tak, Aero. Kau tak macam tu... Letak benda tu, bahaya. Please..." pujuk Zero. Aero ketawa.
"Nampak? Tadi kau cakap apa, sekarang kau cakap apa? Aku muak! Aku muak, Zero! MUAK!!" Serta-merta, darah menyembur. Aero tersenyum dan ketawa sebelum rebah ke lantai dengan darah. Zero bergegas dapatkan adiknya.
"Aero! Aero!!" Mata Zero melilau mencari kain untuk menutup luka di pergelangan tangan Aero itu.
"Aero, please! Buka mata! Buka mata, Aer!"
Zero dihuni rasa cemas. Rasa serba-salah juga turut hadir. Sekali lagi dia gagal. Kerana mulutnya, Aero lagi-lagi kritikal.
- End -
YOU ARE READING
[C] ZERO AND AERO
Random[C O M P L E T E] Zero dan Aero yang mempunyai sikap berlawan meskipun sebagai kembar. Mereka tak seiras. Bahkan, boleh diberi umpama Aero mempunyai perangai yang mengalahkan setan bak kata Zero. "Kau berdendam lagi ke dengan aku? Bang... Kembar ta...