prolog

1.9K 39 1
                                    

"Ishh! susah nya paper exam kali ni!" rungut Fakhrul yang masih tenung kertas peperiksaan pertengahan tahun itu. Dia memandang ke arah Ramy untuk mendapatkan jawapan.

"Pst.. pst.. my!" Ramy yang perasan nama nya di panggil langsung menoleh ke belakang dan melihat Fakhrul tersengih seperti kerang busuk. Fakhrul membuat isyarat nombor tiga puluh empat menggunakan tangan.
"Baiklah murid murid! masa tinggal lagi 15 minit! sila semak semula kertas kalau awak semua dah siap!" ujar Cikgu Fawwaz, dia mengerling ke arah jam nya semula lalu jalan ke lorong lorong di meja itu.

"Fakhrul! Ramy! awak berdua buat apa tu ha! tiru la tu! haishh, tak habis habis nak buat masalah!" marah Cikgu Fawwaz yang melihat mereka berdua sedang berbisik bisik tadi. Terdiam mereka berdua apabila di tegur oleh cikgu disiplin itu.

Apabila masa rehat para pemain bola keranjang berkumpul untuk sesi latihan.

"Baiklah awak semua akan ada pelatih baru. Azrael, kamu boleh perkenalkan diri kamu" ujar juru latih lama yang akan berpindah tak lama lagi.

"Saya Azrael Damien, boleh panggil Cikgu Azrael dan umur saya 27 tahun. Jika ada sebarang masalah boleh berjumpa dengan saya" terpinga pinga pelajar perempuan yang lalu kawasan bola keranjang itu. Yelah cikgu baru tu handsome wehh! siapa je yang tak suka!.

"Macam lah kacak sangat cikgu baru tu, biasa je aku tengok" Isabella menyampah melihat pelajar perempuan yang terpinga pinga melihat ke arah cikgu baru itu. Lebih baik dia balik rumah dan melayan k-pop. Aryana menjeling wajah Isabella itu.
"Kau kata tak kacak? Handsome la tu matt! nak bezakan dengan si Zaquan kau tu? boleh bla lahh" dijeling sahabatnya itu, tak habis habis nak bandingkan teman lelakinya dengan orang lain. Bercakap tentang Zaquan, sudah lama dia tidak bertemu dengan teman lelakinya itu. Entah hidup entah mati, wallahualam...

"AAAAA!" terdengar suara pelajar perempuan menjerit selepas melihat Azrael bermain bola keranjang menentang juru latih lama itu. Dia mengelap peluh menggunakan hujung bajunya, aww seksi!!! nampak perut nya yang ada enam ketul itu. Apa lagi pelajar perempuan pun melt apabila melihat itu. Lagi lagi kumpulan musuh Isabella itu.

'star, star, star! star!!! okane kasegu orera wa star! okane kasegu watashi wa star! star! star! star! star!! kirakira! WATASHI WA STAR!'

telefon Isabella berbunyi dengan lantas dia menoleh ke telefonnya, Zaquan. Lelaki itu, dia amat rindu dengan lelaki itu. Dia mengambil telefonnya lalu meletakkan di sebelah telinga nya.
"Hai awak!" sapa Isabella kepada Zaquan yang di corong telefon itu.

"Hi, awak dah masuk sekolah ke?" soal Zaquan kepada Isabella semula, semalam Isabella tidak hadir ke sekolah hari ini pula dia. Alasan nya hanya satu, kakak Zaquan hari ini akan berkahwin pada jam dua suku.

"Dah! hari ni kan ada cikgu baru masuk sekolah, semua kata dia hensem padahal tak pun" sindir nya pada cikgu baru itu. Zaquan yang di sana sedang menggosok lehernya yang tidak gatal itu. Penat dengan perangai tak semenggah teman wanita miliknya itu. Sikit sikit sindir orang.. haih, penat nak nasihat.

"Berapa kali saya nak kena bagitahu awak..? jangan sindir orang, saya tak suka" ya. Dia suka menasihati kekasihnya itu. Dia amat tak suka apabila seseorang itu merendahkan orang lain. Tak sopan.

‧˚₊•┈┈┈┈୨୧┈┈┈┈•‧₊˚⊹

"Weh! kerja sekolah yang Cikgu Alliane tu kau dah siap?" gelisah, apabila dia belum memulakan apa apa perenggan lagi. Tiada cadangan di otak nya sekarang. Hanya satu sahaja jalan. Ponteng kelas Cikgu Alliane. Itu sahaja satu satu nya jalan.

"Dah, kenapa? kau belum siap ehhh" usik Isabella kepada sahabatnya itu.
"Ayokk! dah lah tujuh perenggan yang dia nak, tepat. Grammar pun dia nak betul. Macam lah kau tak kenal dia" teringat cikgu itu marah dan menyuruh mereka bersihkan kawasan kaki lima apabila tidak siap kerja yang dia beri. Serupa macam harimau.

"Bangun kelas" pandangan Isabella jatuh kepada seorang guru lelaki yang segak memakai baju kemeja. 
"Selamat pagi Cikgu Azrael" dia menganggukkan kepala nya lalu berkata.

"Hari ni cikgu korang tak ada jadi saya yang ganti masa dia, jadi jangan bising!" amaran keluar dari mulut Azrael dengan nada yang tegas. Dia memandang satu persatu pelajar dan kelas. Semuanya kemas. Cantik. Teratur. Bagus budak budak ini menjaga kelas, kipas pun laju berpusing di atasnya.

"Berdiri semua, saya nak awak kenal kan diri awak mula dari belakang" arah nya tanpa membuang masa. Dan dia menunding jari kearah budak lelaki yang dilakang sana. Menyuruhnya memulakan dahulu.

"Saya, Harriz Daniel bin Syazwan" bermula dari Harriz sehingga tiba giliran Isabella.

"Saya, Ammara Isabella binti Airil Khalid" dia memperkenalkan diri di hadapan guru itu. Pandangan dingin diberikan oleh Isabella.
"Ammara Isabella.. okay, next!" tegasnya tanpa melengahkan masa yang ada. Dia melihat pada jam di tangan.

Aryana bangun untuk memperkenalkan diri kepada Azrael.
"Saya, Aryana Khaleesha binti Syahrul Imran" terangguk angguk Azrael mendengar nama pelajar pelajar itu. Dia pandang meja yang kosong di sebelah Ramy. Terangkat kening nya sekolah olah menanyakan 'meja siapa' kepada mereka semua. Ramy yang faham soalan itu menjawab.

"Meja Danielle Zamia cik-"

'kringggggg!' loceng berbunyi. Tetapi loceng kali ini amat panjang seperti tiada penghujung. Lantas Azrael bangun lalu pergi ke tingkap kelas. Dia memandang satu persatu orang yang berlari di tingkat bawah.

"Beratur semua! Terus pergi ke padang sekolah!" arah Azrael kepada semua pelajar. Bergegas mereka beratur lalu jalan ke padang. Azrael mengambil Iphone miliknya lalu diselup kedalam kocek. Dia hendak jalan tetapi dia ternampak Isabella sedang menutup telinga menggunakan tangan dan menutup mata juga.

"Siapa tu?" perlahan lahan dia berjalan ke Isabella. Wanita itu kelihatan gelisah dan.. trauma? dia berlutut di hadapan Isabella lalu memanggil nama wanita itu. Isabella mula membuka mata dan menggigil matanya melihat figura lelaki itu, sama seperti pada waktu itu.

"Dad..? Ayah?" dia memeluk Azrael seperti tiada hari esok, dia dapat lihat bayangan bapanya yang meninggal 4 tahun lepas. Hari jadinya yang ke-14.


...

Wait for chapter 1

The GirlWhere stories live. Discover now