Bab 16

471 32 5
                                    

London, United Kingdom.

SEGALA-GALANYA telah tersedia buat Suri Hawani. Sebaik saja dia diterbangkan ke kota London ini, Raid terus membawanya berjumpa dengan Dr. Suzan Peterson yang merupakan doktor pakar kosmestik bertauliah di London. Dr. Susan Peterson juga merupakan kawan universiti Raid semasa mereka sama-sama study di University of Cambridge dahulu.

"Everything is ready, Raid," maklum Dr. Susan.

"Good, and I believe that I can let my woman safe in your hands, right?"

Dr. Suzan tersenyum mengangguk.

"Yes, of course. Don't worry, nothing bad will be with your future bride. After the surgery, she just need to be rest for few weeks and later, she can do whatever she wants."

Raid memandang Suri. Dia tersenyum puas hati dengan jaminan Dr. Suzan berikan.

"Oh yeah, what's the name that I should fill in this form? I need all the details of your woman."

Raid memandang Suri.

"Ada nama yang you suka? Itu juga boleh jadi sebagai identiti baru you nanti."

Suri menggeleng. "Tak ada. It's up to you," katanya.

Raid memandang Dr. Suzan.

"Anggun Alessa Mohd Aris. That's her new name."

"Ok, DOB? POB?" soal Dr. Suzan.

"5th February 1988. The place of birth... let's make it here. London, UK."

Dr. Suzan menulis apa yang Raid katakan tadi. Usai itu, dia sudah bersedia untuk membawa Suri ke wadnya.

"Let's go, miss. Tomorrow will be the day of the surgery so tonight you need to be here."

Suri memandang Raid dan Raid mengangguk.

"It's ok. Let me bring her to her room."

Dr. Suzan memahami. Dia membiarkan saja Raid membawa Suri ke dalam wad yang sudah disediakan olehnya.

~~~

KEESOKKAN harinya, pembedahan plastik yang dilakukan ke atas Suri Hawani pun bermula. Raid setia menunggu dirinya di luar dewan pembedahan yang mengambil masa selama empat jam.

Apabila selesai, Suri dibawa kembali ke wad ditemani doktor dan Raid sendiri.

"The surgery is successfully done. Now, let her rest for a day. If there's nothing bad, I'll unwrap her face tomorrow." maklum Dr. Suzan.

"Alright, thank you Suzan."

Dr. Suzan dan jururawat keluar dari wad itu bagi memberikan privasi pada Suri dan Raid.

"Raid..." panggil Suri.

"Yes, I'm here," jawab Raid yang menghampiri Suri.

"Semuanya dah selesai ke? Macam mana dengan muka saya?"

"Ya, semua dah selesai. Muka you masih berbalut lagi tapi esok Dr. Suzan akan buka balutan tu. You tak payah risau ya? You akan ok aje."

"Anggun Alessa? Kenapa pilih nama tu?"

"Sebab nama tu nampak sesuai dengan diri you. Maksud Anggun adalah cantik, indah, menawan. Maksud Alessa pula pertahanan, pelindung. So, I rasa dua gabungan nama tu sesuai untuk diri you yang serba baru ni."

Raid duduk di hadapan Suri yang hanya kelihatan matanya saja.

"Mulai sekarang, you bukan lagi Suri Hawani binti Abdul Majid. Sekarang, you adalah Anggun Aleesa binti Mohd Aris. You adalah anak tunggal kepada sepasang suami isteri yang sudah lama tinggal di London iaitu Mohd Aris dan Nurul Aini. Parents you datang sini sebab arwah ayah you bekerja sebagai artikek dan you dilahirkan, dibesarkan di London sampailah parents you meninggal dunia. You tak pernah balik Malaysia dan tak ada saudara mara di Malaysia. Hidup mati you hanya di London saja."

"Tapi bila you dah berkahwin dengan I... I akan beritahu satu Malaysia yang kita berkenalan semasa I datang bercuti dekat sini dan you sambung study dekat sini. Itu ajelah yang you perlu beritahu kalau ada sesiapa tanya pasal you bila kita dah balik Malaysia nanti."

"Pasal kahwin ni... you serius ke? I tak nak you kahwin dengan I sebab kesiankan I aje."

Pertama kali Anggun berbahasakan dirinya sebagai I dan you pada Raid.

"Kenapa? You takut ke nak jadi Puan Sri Anggun Alessa?"

"I takut nak pegang status isteri tu lagi. I masih trauma..."

"Don't be scared, Anggun. You can be happy again and I will make sure that."

Raid tersenyum.

"Ok? I ada... I akan ada untuk you. Lepas you keluar hospital dan semua butiran diri you sebagai Anggun Alessa dah selesai, kita akan kahwin dekat sini. Akad nikah di London Central Mosque aje tapi I janji... bila kita dah balik Malaysia nanti, I akan bagi you majlis perkahwinan yang istimewa."

Anggun mengangguk.

"Mulai sekarang you adalah Anggun Alessa," ujar Raid.

"I adalah Anggun Alessa," kata Anggun.

Keesokkan harinya...

Balutan wajah berjaya dibuka apabila tiada luka mahupun parut kelihatan selepas pembedahan itu. Wajah baharu Suri Hawani sebagai Anggun Alessa muncul sempurna sebaik saja dia membuka mata dan melihat wajahnya di cermin.

"Welcome, Miss Anggun Alessa," ucap Dr. Suzan Peterson.

"This is my face? It looks... unreal. I never imaging that I can different like this."

Anggun Aleesa terkaku tidak percaya melihat wajah sendiri.

"This is the new you now, dear. It looks so perfect on you," puji Raid sambil tersenyum lebar.

Anggun tersenyum suka sambil menyentuh wajahnya. Kemudian dia berterima kasih kepada Dr. Suzan Peterson.

"Thank you so much, doctor. Thank you so much!"

"Most welcome, Mrs. Raid to-be. Ok, if it's nothing else... this evening, you may allowed to discharged from the hospital."

Usai doktor itu beredar keluar, Raid dan Anggun tersenyum sama-sama dan kerana terlalu gembira, Anggun terpeluk Raid.

"Terima kasih, Raid. Terima kasih sebab dah tolong I sampai ke tahap ini."

Raid tergamam dan Anggun berasa malu. Dia terus meleraikan pelukan itu.

"Maaf... I tak sengaja," kata Anggun.

Raid mengangguk.

"Tak apa, tak perlu terima kasih pun. So... kita jadi kahwin kan?"

Anggun tersenyum malu sambil mengangguk. Raid lega.

~~~

DUA minggu kemudian, sebaik saja butiran diri Anggun Alessa berjaya disiapkan dengan cara yang sah dari segi undang-undang di United Kingdom, mereka terus berkahwin di London Central Mosque yang berwalikan imam masjid itu.

"I accept the marriage of Anggun Alessa, the daughter of Mohd Aris with the dowry as one thousand pounds in cash,"

Raid melafazkan lafaz akad nikah itu terhadap Anggun Alessa dan mereka secara sah sudah bergelar suami isteri di sisi agama. Selepas berkahwin, Raid membawa pula Anggun pulang ke rumahnya.

Melihat isterinya duduk termenung di hadapan penghadang api itu, Raid terus memeluk bahu Anggun.

"Fikir apa tu? Rasa sayang nak tinggalkan London dan tak nak balik Malaysia?" soalnya.

"Cepat sangat masa berlalu. Enam bulan lepas I adalah Suri Hawani yang baru saja diceraikan Emir Hadi tapi enam bulan selepas tu which is today, I adalah Anggun Alessa yang baru saja berkahwin dengan Tan Sri Iskandar Raid. Wajah dan suara pun berubah beza. I rasa tak percaya... rasa macam semua ni khayalan semata."

"Ini semua nyata, dear. You're my wife. My Puan Sri forever and ever. Jangan ingatlah hidup you yang lama tu. Lupakan saja."

Raid senyum pada Anggun dan Anggun membalas senyuman itu dengan menyentuh tangan Raid.

"Thank you, Raid."

"Anything for my dear wifey," balas Raid.

The Revival of Love (Completed)Where stories live. Discover now