~30~

513 17 3
                                    

"Kenapa kau ada dekat sini bukan ke hawwas ada rumah sendiri?" Soal haiman.

"Sebab my husband dah pergi kerja so saya datang sini sebab rumah husband saya terlalu besar untuk duduk sorang-sorang dekat sana." Jawab hayfa mulutnya penuh makanan.

"Makan biar habis dulu baru cakap." Haiman jentik dahi aku lalu dia naik ke tingkat atas.

Aku mengerut dahi. Haiman ni suka hati dia je nak jentik dahi orang. Baru separuh hari hawwas tiada sudah rindu mula muncul.

"Kau termenung apa tu? Makan bagi habis aku tak nak nanti husband kau balik tengok isteri dia kurus macam tak cukup makan."

"Aku fikir suami aku dia dah selamat sampai ke dekat sana? Dia dah makan ke? Dia buat apa sekarang? Itu yang terlintas dalam otak aku." Tiba-tiba aku rasa sebak tidak tahu kenapa tapi rindu tu makin membuak-buak.

"Eh! Hayfa kenapa pulak kau nanggis ni? Janganlah nanggis tak pandailah nak pujuk-pujuk ni." Lia sudah buntu nak pujuk macam mana.

"Kau kenapa hayfa okay ke tak? Kau rindu hawwas eh?"  Haiman meneka hayfa dengar haiman kata begitu lagi banyak air mata aku mengalir.

"Dah jangan nanggis nanti hawwas balik sekejap je tu dia pergi." Pujuk haiman sambil menepuk-menepuk belakang badan hayfa.

Aku lap air mata lalu sambung makan di sebabkan tidak mahu membazir makanan. Aku perasan haiman sudah tukar pakaian mesti dia nak keluar ni.

"Abang haiman nak pergi mana?"

"Aku nak keluar ambil angin malam." Aku mengangguk kepala patutlah wangi semacam nak keluar rupanya.

Seminggu yang lepas hanis datang kl untuk release tantion. Kali ni haiman pula datang dengan alasan ada urusan dekat kuala lumpur.

"Morning hayfa, lepas breakfast aku nak pergi kerja.Kau duduk sorang-sorang dekat rumah ni tak bosan ke?" Lia menyedok nasi goreng yang di masak oleh hayfa.

"Aku lupa nak bagi tahu dekat kau yang aku kena masuk kerja hari ni."

"Kalau macam tu kita pergi kerja sekali aku malas nak bawak kereta kau tolong hantarkan boleh? Lagi pun kita satu jalan." Sampuk bella yang sedang menjamu selera masakan hayfa.

Sampai di tempat kerja bella aku pandang pelik sejak bila dia kerja sini bukan sepatutnya dia guru ke?

"Bila masa kau kerja sini? Bukan kau kerja dekat..." belum sempat hayfa habis cakap bella terlebih dahulu potong ucapan hayfa.

"Yang tu aku kerja sampingan je. Ni tempat kerja aku yang sebenar. Bye hayfa take care." Bella beri aku flying kiss lalu dia melambai tangan.

Tersenyum aku dengan kelakuan bella. Sampai di office aku di sambut penuh dengan ucapan 'selamat pengantin baru'.

"Selamat pengantin baru hayfa. Makin berseri awak sejak dah bersuami ni. Sorry sebab ganggu masa kamu bercuti." Ucap puan laily.

"Terima kasih. Tak apa puan laily lagi pun husband saya dah masuk kerja." Kalau aku duduk di rumah tak ada kerja mahu di buat lebih baik luang masa dengan kerja.

"Aku minta maaf hayfa tak dapat hadir majlis kau tapi aku dapat tengok gambar sanding kau. Cantik sungguh sepadan dengan pengantin lelaki bagai pinang di belah dua." Ucap mirza rakan sekerja aku.

KAPTAIN ITU SUAMI AKU {OG}Where stories live. Discover now