𝑆𝑤𝑒𝑒𝑡𝑖𝑒♡'3

90 2 1
                                    

Disudut yang lain seorang gadis bernama Hanizz Adriana menatap wajahnya di cermin meja solek sambil terngiang wajah tampan jejaka di cafe, memiliki anak mata koko keemasan yang unik, memiliki bibir merah bak delima yang mengukir senyuman manis, memiliki kening yang cantik terbentuk dan memiliki tubuh badan yang sempurna siapa sahaja yang lihat pasti terpegun.

𝑝𝑒𝑟𝑓𝑒𝑐𝑡 itu yang mampu ia katakan.

Memiliki ketampanan yang tersendiri, walaupun muka dingin macam kutub utara tapi macho, sesuai dengan perwatakan. Yang lagi buat Hanizz Adriana tersenyum lebar bila mana teringat coklat Ferrero Roche pemberian jejaka itu.

Ingat ka dingin tak sweet, rupanya dia silap

Pertama kali dia bersua muka dengan jejaka itu buat nafasnya tidak teratur seperti kejadian 6 tahun lalu di 'mana dia membaca sebaris nama seorang jejaka dikulit al-quran'

Han. Nama jejaka dicafe itu serta merta mengingatkan dia kepada seorang.

حان خليف خايدر بن حديد الخليد

Ya. Dialah lelaki yang berjaya menarik minat Hanizz Adriana hanya kerana sebaris nama yang cantik. Nama jejaka itu juga selalu terngiang-ngiang di pikiran Hanizz Adriana tidak kira waktu dan tidak pernah disangka akan wujudnya perasaan cinta pandang pertama hanya disebabkan sebaris nama.

Mustahil?

Tapi itulah yang berlaku. Mencintai seorang jejaka selama 6 tahun tanpa tahu rupa paras, keperibadian, kehidupan jejaka itu kerana keadaan yang tidak mengizinkan nya.

Sakit? sudah semestinya

Tak adil? Ya. kenapa hidup dia tidak bebas seperti orang lain? kenapa kewujudan dia harus dirahsiakan?

tapi dia tiada pilihan lain

Lebih memilih untuk menyembunyikan perasaan

Lebih memilih untuk mencintai dalam diam

Lebih memilih untuk percaya pada takdir

'Jika benar jodohmu pergilah sejauh mana pun pasti akan bersatu'

Tetapi munculnya lelaki bernama Han itu buat hati tergugat. Entah yang mana dia harus memilih diantara Han atau lelaki itu. Sungguh dia tidak mampu memilih, tetapi dia juga rasa seperti tamak.

'ting 'ting

Bunyi notification mesej masuk, menyedarkan Hanizz Adriana dari terus mengelamun. iphone 14 pro max berwarna ungu gelap dicapai. Pesanan whatsapp dari sepupunya ANISYA ZUFIRA menjadi tumpuan.

ℤ𝕦𝕗𝕚🤍
-kau ikut tak?
-kalau kau ikut baru aku ikut

kau ikut tak? kalau kau ikut baru aku ikut?

Ini tak lain tak bukan pasti pasal ride. Sudah tahu aku akan pergi dia tanya lagi. Kacau betul la minah ni. Habis hilang segala angan indahku tadi

Yang minah Zufi ni pun satu pasal dia pikir aku tak tahu ka pertanyaan dia tu semata-mata untuk alihkan perhatian aku. Ingat aku kenal dia sehari dua? Buat-buat tanya, padahal kalau aku tak pergi, mesti dia akan paksa. Yelah dia tu kalau tak ada aku tak boleh hidup katakan. alasan! panjang lebar Hanizz Adriana membebel sendiri. Ni kalau depan-depan mesti lagi teruk Hanizz bebelkan

𝕄𝔼;
-kau tak payah mengada sangat
-kau ingat aku tak tahu? yang kau dah daftar nama aku awal² lagi kan? lepastu kau saja tanya aku pi ka tak
-lakonan kau ni dah lapuk tahu lah Zufi

ℤ𝕦𝕗𝕚🤍
-sampai hati kau kata lakonan aku lapok🥺
-aku cuma nakkan perhatian kau
-salah ka?😭

Ha! merajuk la tu, tak boleh nak bergurau kasar sikit. Mengada betul minah ni

 HQQ: It's Mine SweetieWhere stories live. Discover now