"Kau pergi tumpang tido kat rumah orang lagi ke?" Tanya Malik mendatar berbaur marah.
Zaki terdiam, dia buat-buat tidak tahu dengan hanya melayan kerenah Adib yang sedang berada di dalam pelukannya.
"Aku tanya ni jawablah." Malik bengang.
"Taklah." Kata Zaki.
"Jangan nak tipu aku."
"Papa! Nak nasi lemak satu." Panggilan Adib membatalkan niat Malik untuk bertekak dengan Zaki.
Dia berpaling memandang Izzat yang seperti sedang melihat drama pukul 7 pagi.
"Nak satu ye Izzat." Kata Malik mesra.
Izzat mengangguk lalu memberikan sebungkus nasi lemak yang diletakkan di dalam plastik dan kemudiannya duit not 5 ringgit bertukar tangan.
"Keep the change." Malik memberikan senyuman tawar. Moodnya hari ni tidak berapa baik.
"Papa, kelas dah nak mula." Adib sempat mencium tangan Zaki sebelum menghampiri papanya.
"Meh papa hantar ke pintu pagar." Malik memaut lembut tangan kecil Adib.
"Bye uncle! Janji tau malam ni tidur dengan Adib!"
"Uncle janji." Zaki tersenyum lebar dan akhirnya Malik dan Adib hilang dari pandangan Izzat.
Izzat amati wajah Zaki dari sisi yang kini berubah. Senyuman yang dipamerkan tadi hanyalah topeng sahaja. Selepas Malik dan Adib pergi, wajah Zaki serta merta berubah. Ibarat dia sudah letih untuk senyum.
Semakin kuat keluhan Zaki kedengaran. Izzat menggosok belakang tubuh Zaki dan wajah Zaki hanya menunduk seperti sedang menyembunyikan wajah pilunya.
Beberapa saat sahaja, Malik kembali bersama wajah yang berkerut. Anak matanya merenung tajam ke arah Zaki.
"Sorry ye Izzat. Susahkan Izzat." Kata Malik pada Izzat.
Izzat mengangkat kedua belah tangan pada paras dada menandakan 'eh tak ada apalah'
"Zaki. Balik."
"Kejap lagi aku balik."
"Aku kata balik tu baliklah!"
Suasana hingar bingar dengan pelajar lalu lalang disitu dirasakan agak sunyi untuk beberapa saat. Zaki menunduk. Malik bengang lalu dia menarik tangan Zaki sehingga dia terpaksa berjalan secara paksa menjauhi Izzat.
Izzat terpinga-pinga memandang mereka berdua. Dia merasa kesian kat Zaki, tapi apakan daya. Dia bukannya sesiapa untuk campur tangan. Dia sempat melihat jari jemari Zaki tidak sempat untuk memaut lengannya.
Zaki dan Malik bertekak, apa yang diperkatakan mereka tidak dapat dihadam oleh Izzat. Akhirnya kehadiran mereka berdua hilang dari pandangan.
___________________________________________
Pergelangan tangannya terasa pedih dek genggaman tangan Malik yang semakin kuat. Dahinya berkerut menahan sakit. Tubuhnya berjalan secara paksa sehingga tiba di rumah.
Tanpa berkata apa-apa, Malik menarik tangan Zaki secara kasar sehingga masuk ke dalam bilik. Zaki hampir tersadung akibat lepasan tangan Malik.
"Duduk dalam bilik ni diam-diam. Tak payah duk sibuk merayau lagi. Penat aku nak jaga." Tegas Malik, mata merenung tepat pada wajah Zaki yang dipandang ke sebelah kiri.
"Aku nak jalan-jalan je. Macam orang lain." Kedengaran suara Zaki agak sayu.
"Kau tu buta. OKU. Nak jalan keluar sorang2 susah. Kalau kena langgar macam mana? Ha? Aku pulak yang kena hadap."
YOU ARE READING
Cinta OKU
RandomMengisahkan tentang pertemuan 2 orang lelaki OKU. Sorang bisu dan sorang lagi buta. Disebabkan masing-masing mempunyai masalah percakapan dan penglihatan, kekurangan mereka berdualah yang membuatkan mereka saling akrab kerena mereka tahu antara mere...