Haris termenung memikirkan sesuatu yang sudah agak lama dia mencari jawapan tetapi masih belum menemuinya. Kekadang dia mengeluh tatkala dia merasakan peluang untuk mendapat jawapan itu agak mustahil.Aayden, Aaydan dan Arash hanya memerhati sahaja gelagat Haris yang agak lain bagi mereka. Biasanya Haris seorang yang periang dan suka menghiburkan orang, tetapi malam ini dia hanya termenung seperti memikirkan sesuatu.
"Woi Haris!" kejut Aaydan dengan menepuk meja sehingga menarik pelanggan yang sedang menikmati makanan di cafe itu.
"Bongok lah kau ni, panggil molek sikit tak boleh ke? Kalau lari pelanggan aku macam mana? Kau nak bayar ke?" marah Arash. Selamba dia menolak kepala Aaydan.
Haris yang terkejut itu terus sahaja menarik rambut Aaydan kerana geram. "Kalau aku ada sakit jantung, tak pasal pasal aku collapse dekat sini tahu tak!" marah Haris sambil sengaja menarik kuat rambut Aaydan.
"Sakit la sial! Botak rambut aku nanti!" segera dia menjauhkan diri dari Haris. Dia mengambil tempat di sebelah abangnya. Niat ingin meminta simpati tetapi selepas melihat wajah kosong abangnya, terus saja dia mematikan niat itu.
Aayden hanya menjeling Aaydan di sebelahnya yang sedang menggosok & membetulkan rambutnya. Dia bersandar dan berpeluk tubuh memandang Haris ketika ini. "Kau ada masalah ke ris?" tanya Aayden prihatin.
Haris menggaru kepala dan menayang sengihan sahaja. "Tak ada masalah pun, aku fikir pasal kerja je" bohong Haris. Dia bukan tidak mahu menceritakan tentang ini kepada rakan rakannya tetapi dia belum bersedia.
Arash menepuk bahu rakannya untuk memberi semangat. Dia jugak tidak suka melihat Haris begitu, baginya Haris dan Aaydan sudah terbiasa dengan sikap periang mereka. "Kalau kau ada masalah ke apa ke, kau cerita dengan kitorang, Inshaallah kitorang boleh tolong" kata Arash Fiqri.
Mengganguk sahaja Haris lalu meneguk minuman kegemarannya, Iced Latte. Dia akan cuba mencari jawapannya sendiri, dia tidak gemar menyusahkan mereka kerana baginya mereka juga ada masalah sendiri yang harus di selesaikan. Go haris go jawapan lambat lagi nak datang.
♾️🦋♾️
Aayden berjalan dengan gaya machonya melalui kawasan lobi syarikat pada pagi itu. Dia menunggu lift yang sememangnya khas untuk dia dan keluarganya sahaja.
Setelah pintu lift terbuka, terus sahaja dia meloloskan diri ke dalam lift. Dia menekan butang tingkat 20 di mana officenya berada. Setibanya di tingkat itu, dia melangkah keluar dari lift dan menuju ke meja PAnya, Diana.
"Diana, aku ada meeting ke harini?" tanya Aayden dengan riak bekunya. Dia memang lebih menggunakan panggilan aku jika berkomunikasi dengan staff-staff nya.
Diana yang sedang menyemak fail segera bangun dari duduk dan menunduk hormat kepada boss besarnya.
"Saya check dulu tuan Aayden" kata Diana sambil membuka buku nota yang digunakan untuk mencatit jadual tuannya dan segalanya tentang syarikat."Harini tuan tak ada meeting, lusa baru ada meeting tuan" balas Diana sambil menghadiahkan senyuman buat tuannya walaupun dia tahu senyumannya takkan pernah dibalas.
"Alright, aku taknak sesiapa pun ganggu aku harini faham?" arah Aayden. Banyak kerja dia nak buat, jangan ada yang ganggu kalau taknak kena jerkah siang siang hari.
"Tapi tuan, tadi sepupu tuan ada call cakap dia nak jumpa tuan harini. Dan dia dah dalam perjalanan ke sini" ujar Diana tergagap gagap melihat wajah beku Aayden yang agak menyeramkan harini.
YOU ARE READING
1 | Aayden's Amore [ C ]
Romance[ KARYA PERTAMA 💄] Aayden Nadhif x Camelia Razqya Mengisahkan tentang seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan ayahnya ketika berusia 8 tahun akibat nahas kemalangan. Kehidupannya yang sebelumnya ceria dan periang berubah menjadi seorang yang pe...