Bab 7 🔥

9.2K 321 20
                                    


Hari ini Camelia menolong Puan Aydini menanam bunga di taman bunga rose. Begitu seronok Camelia kerana Puan Aydini dan Tuan Nadzir melayannya seperti anak mereka sendiri. Setiap kali solat, Camelia sering memberitahu kepada ibu dan ayahnya, jangan risau pasalnya dekat sini, ada yang sudi menjaganya seperti ibu dan ayah.

"Mummy selalu menanam bunga dengan daddy ke? Camelia tengok banyak bunga yang dah tumbuh, jadi cantik taman bunga rose mummy" senyum Camelia memandang wajah mummy.

"Selalu juga, sebab sekarang daddy dah jarang pergi office, Aayden yang uruskan semua hal syarikat. So daddy selalu tolong mummy menanam bunga, siram bunga dan lain lain lagi. Bersihkan taman bunga rose mummy pun daddy yang buat tau" bangga Puan Aydini bercerita tentang kerajinan suaminya.

Camelia meletakkan pasu bunga rose yang sudah siap ditanam di tepinya. "Wah rajinnya daddy. Untung mummy, pandai mummy cari suami hihi" ketawa Camelia melihat wajah malu malu mummy.

Puan Aydini ketawa sambil menutup mulutnya bila mendengar pujian dari bakal menantunya. Eh? Bakal menantu?

"Aayden pun rajin juga tau, kalau daddy tak sihat, dia lah yang bersihkan taman mummy waktu dia cuti. Cuma menanam bunga je dia belum pandai, nanti Camelia tolong ajarkan Aayden ye?" sengaja dia mengusik anaknya yang satu ini. Dia tahu Aayden menyimpan perasaan terhadap gadis ini tetapi biasalah, lelaki dengan ego mana boleh dipisahkan.

Camelia sedaya upaya menahan wajahnya daripada menunjukkan reaksi malu. Dia dapat merasakan pipinya dah merah macam tomato. Camelia sayang, pantang sebut nama Aayden terus merah pipi ye.

"Mummy la ajarkan tuan Aayden, Camelia takpandai lagi la mummy" dia mengemam bibir menahan malu.

Belum sempat mummy menjawab, ada suara seseorang yang menyampuk di belakang.

"Aku nak kau yang ajarkan aku, boleh?" tenang saja suara Aayden yang santai dengan seluar track dan tshirt adidasnya. Lagaknya seperti baru habis jogging.

Terus saja mummy dan Camelia pusing dan memandang kebelakang. "Kebetulan pula, tepat pada waktunya Aayden datang. Hari itu Aayden cakap nak belajar menanam bunga kan? Meh sini Camelia ajarkan" semangat mummy ingin merapatkan si beku dan si polos ini.

Camelia yang melihat mummy sudah bangun itu mula gelabah. "Eh mummy nak pergi mana?" terkebil kebil saja matanya.

"Mummy nak pergi tengok suami mummy la, mummy pun nak dating juga tau, bye lovebirds" sengaja mummy mengusik sebelum meloloskan diri kedalam rumah.

♾️🦋♾️

Camelia memulakan proses mengajar cara menanam bunga kepada Aayden. Fokus sahaja mukanya memandang bunga yang ditanamnya sekarang. Manakala Aayden? Aayden hanya merenung wajah Camelia sahaja. Apa yang di ajar hanya masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Camelia mengangkat wajah apabila soalannya sepi dibiar tiada jawapan. Terkebil kebil dia melihat Aayden yang sedang memandangnya tidak lepas. Dia melambai lambai tangan di hadapan Aayden.

"Tuan Aayden, hello? Dengar tak saya tanya tadi?" kata Camelia sambil mencucuk cucuk bahu Aayden menggunakan jari telunjuk.

Tersedar Aayden apabila merasakan bahunya dicucuk. Cis mati mati aku ingat kena cucuk dengan doktor tadi.

"Ehem, hm apa yang kau cakap tadi? Aku takdengar la" dia berdehem menghilangkan malu merenung anak dara orang begitu hihi. Dia menggaru kepalanya yang tak gatal.

1 | Aayden's Amore [ C ]Where stories live. Discover now