"Aku ajak dia dinner kat sini malam ni." Malik mengambil tempat duduk di hadapan.
"Kenapa tiba2 ni?" Tanya Zaki.
"Dia kan dah 2 kali tolong kau. Jadi tak salahlah kalau aku ajak dia makan kat rumah."
Zaki menggerakkan tangannya, mencari lengan Izzat untuk disentuh. Perasan dengan jarak Zaki yang semakin mendekat dengannya, Izzat seperti biasa akan bermain dengan tapak tangan milik Zaki.
"Abang okay?"
"Hehe okay je." Zaki tersenyum manis.
"Kau cakap dengan sape Zaki?" Tanya Malik hairan.
Izzat memandang wajah Zaki, Zaki pula memandang tepat pada bahu Izzat yang disangkakan itu adalah wajah Izzat.
"Takde sape." Kata Zaki sepatah.
"Jemput makan ye." Maznah menuangkan air sirap di dalam beberapa gelas sebelum meletakkan di hadapan Izzat, Zaki dan juga suaminya, Malik.
Menu malam ni adalah nasi arab yang beraneka lauk seperti ayam dan juga daging. Semuanya bersaiz besar belaka seperti mereka betul-betul berada di negara Arab sekarang.
Untung sungguh Malik berkahwin dengan Maznah. Memasak adalah minat Maznah dari dulu. Cakap je nak makan apa, isterinya boleh masakkan. Tidak lupa dengan kerajinan Maznah dalam membersihkan rumah setiap hari. Itulah peranan suri rumah yang sebenar. Rumah pun tidak pernah bersepah.
"Dah jom makan." Ajak Malik.
Izzat membalas dengan senyuman. Dia ralit memandang Zaki yang berada di sebelah. Dia melihat pinggan milik Zaki sudah tersedia nasi dan lauk. Hanya tinggal dia menggaul sahaja makanan itu dan makan. Jadi, tidak perlu bersusah payah untuk Zaki terkial-kial mengambil lauk apa yang dia sendiri tidak tahu lauk apa yang berada di hadapannya.
Jika dia ingin menambah, Maznah akan membantu menambahkan nasi dan juga lauk. Untung juga Zaki tinggal di rumah ini, dia akan dilayan seperti raja. Walaupun Maznah banyak bersungut, dia tetap patuh pada arahan suaminya.
"Malam ni Izzat tido kat sini ke?" Tanya Zaki memecah kesunyian.
"Boleh juga." Balas Malik tanpa melihat reaksi Izzat.
"Tidur dengan abang nak? Katil abang saiz king memang muat untuk dua orang." Ajak Zaki.
Mata Izzat berkelip-kelip, tidak tahu untuk balas apa. Mungkin dia sendiri terkejut dengan last minute plan ni. Ingatkan dijemput makan malam sahaja, rupanya dijemput bermalam di sini juga.
"Alaaa... Uncle janji nak tidur dengan Adib kan. Tak baik tau mungkir janji." Adib mencelah.
"Ha mehlah Adib tidur sekali. Kita tidur 3 orang atas katil."
"Taknak! Adib nak tidur berdua je dengan Uncle!" Adib memuncungkan bibir sambil memeluk tubuhnya.
"Tak payah. Tidur dalam bilik kamu sendirilah. Kan Adib ada bilik sendiri." Malik menggosok rambut anak lelakinya.
"Adib taknak tido sorang."
"Okay, kalau camtu papa teman."
"Taknak! Papa dengkur kuat sangat." Kata Adib lagi.
"Betul ke ni sayang?" Malik berpaling melihat Maznah.
"Betul." Maznah gelak.
Dan mereka semua turut bergelak ketawa dengan lawak hambar. Walaupun hambar, dapat memeriahkan seisi rumah itu.
"Kalau macam tu biar mama yang teman Adib tidur." Kata Maznah pula.
"Betul ni? Yeay!" Adib mengangkat kedua belah tangan ke atas, tanda setuju dengan cadangan mamanya. Malik pula mencebik.
Izzat dan Zaki hanya gelak dan jari jemari Izzat tidak berganjak dalam menyentuh tapak tangan Zaki. Mereka senyap-senyap melakukan komunikasi tanpa pengetahuan orang lain. Hanya Zaki dan Izzat sahaja yang tahu. Apa yang Izzat tulis di tapak tapak tangan, hanya Zaki sahaja yang faham. Jika dia mahu membalas, dia sempat berbisik di telinga Izzat. Begitulah perbualan mereka berdua di meja makan.
Selesai makan malam, mereka akan kembali ke bilik. Manakala Maznah akan mengemas meja dan membasuh pinggan. Adib pula sudah tersengguk kerana sudah mengantuk. Malik mendukung Adib sehingga ke biliknya.
Izzat melangkah masuk ke dalam bilik milik Zaki lalu dia menutup pintu itu. Dia memandang tubuh Zaki dari atas ke bawah. Senyumannya sangat lebar apabila Zaki masih memakai jersey yang diberinya pagi tadi.
"Ijat nak mandi dulu ke?" Tanya Zaki.
Izzat menolak lembut bahu Zaki, isyarat agar Zaki mandi terlebih dahulu. Faham dengan isyarat itu, Zaki mengambil giliran dahulu untuk menggunakan bilik mandi.
Sementara menunggu, Izzat berbaring di atas katil mengadap siling. Inilah kali pertama dia dapat berbaring di atas tilam yang sangat lembut. Selimut pun sangat tebal.
Kalau tilam di rumahnya, ibarat berbaring di atas lantai dan selimut sangat nipis. Setiap malam dia akan menghadapi kesukaran untuk tidur kerana suhu di dalam rumahnya sangat sejuk pada waktu malam. Tapi sangat panas di siang hari.
Izzat sempat terlena yang berbekalkan selimut menutupi bahagian pinggang sehingga ke hujung kakinya. Beberapa minit berlalu, badannya ditepuk lembut oleh seseorang.
Izzat membuka kelopak matanya dan melihat Zaki sedang merenung tepat pada wajahnya. Walaupun Zaki tidak dapat melihat, tapi dia sangat yakin yang Zaki sedang merenungnya.
Jantungnya mula berdegup laju saat dia melihat Zaki hanya bertuala. Ini bukan kali pertama dia melihat Zaki separuh bogel, tapi malam ni rasa lain macam dari sebelum ini. Ditambah pula air menitis dari hujung rambut Zaki dan wajahnya yang lembap menampakkan wajah Zaki lebih menarik.
"Ijat taknak mandi ke?" Pertanyaan Zaki memberi refleksi pada tubuh Izzat untuk segera bangun.
Dia memandang ke bawah, Zaki menghulurkan tuala kelabu yang dilipat elok. Tanpa sebarang balasan, Izzat mengambilnya dan segera meluru ke dalam bilik air.
Di dalam sana, lama juga Izzat termenung di hadapan cermin. Dadanya digosok beberapa kali. Macam mana agaknya lelaki lain yang tinggal sebilik dengan Zaki. Adakah mereka merasakan perasaan yang sama dengan apa yang dia rasa?
Setelah selesai mandi, Izzat hanya mengenakan short pants nya sahaja. Lebih selesa tidur tidak berbaju walaupun suhu sejuk seperti di negara luar sekalipun.
Izzat menjenguh kepalanya, lampu bilik sudah ditutup. Hanya lampu tidur sahaja yang menyala. Lampu tidur itu berbentuk bulan sabit dan bintang-bintang yang berselerak. Warna lampu itu berubah2 perlahan dan adakalanya berkelip-kelip banyak kali. Sangat cantik.
Hairan bagi Izzat, kenapa Zaki mahu memasang lampu tidur sedangkan dia sendiri pun tidak nampak? Mungkin itu adalah tabiat Zaki dari dulu lagi. Kata Izzat dalam hati.
Dia keluar dari bilik mandi dan melihat Zaki sedang baring mengiring mengadapnya. Zaki tersenyum sebelum menepuk-nepuk bantal di sisinya, mengajak untuk tidur bersama.
Izzat menelan air liur pahit dan dia mendekati katil. Dia mengalihkan selimut sebelum baring lalu menyelimuti tubuhnya sehingga ke paras dada.
Dia membetulkan kedudukannya mengiring untuk mengadap Zaki. Manakala Zaki menyelimuti tubuhnya sehingga ke pangkal leher.
Agak lama dia mengamati wajah itu sebelum dia sendiri jatuh dengan senyuman dan renungan itu.
"Jom tido." Ajak Zaki.
"Ijat tak ngantok lagi." Kata Izzat ketika dia menyentuh tapak tangan milik Zaki.
"Ke nak borak?"
"Boleh jugak."
YOU ARE READING
Cinta OKU
RandomMengisahkan tentang pertemuan 2 orang lelaki OKU. Sorang bisu dan sorang lagi buta. Disebabkan masing-masing mempunyai masalah percakapan dan penglihatan, kekurangan mereka berdualah yang membuatkan mereka saling akrab kerena mereka tahu antara mere...