Bab 8 🔥

8.7K 323 26
                                    


Seperti biasa, setiap hari isnin Camelia dan Puan Aydini akan pergi membeli belah di pasaraya bersama sama pengawal yang diupah oleh Tuan Nadzir untuk menjaga mereka. Sejak Nadhira sudah melanjutkan pelajaran, Camelia sahaja yang sering menemani mummynya membeli barang dapur dan keperluan asas mereka. Harini mereka bercadang untuk memasak makanan kegemaran keluarga mereka iaitu rendang daging dan ketupat palas.

Puan Aydini membahagikan tugas antara dia dan Camelia. Tugasnya memilih dan membeli bahan basah seperti daging, ayam dan juga makanan laut. Manakala Camelia pula ditugaskan untuk mencari bahan kering seperti serbuk perencah, gula,garam dan lain lain lagi. Sedang Camelia memilih serbuk lada hitam, dia tersentak apabila tangannya ditarik seseorang.

"Eh apa ni?" marah Camelia sambil cuba menarik kembali tangannya. Lelaki itu membawanya menuju ke arah laluan kosong dihujung pasaraya itu. Sampai sahaja disitu, terus lelaki tersebut melepaskan pegangan pada tangannya.

Camelia mengusap pergelangan tangan yang mula menunjukkan kesan merah dan lebam akibat di cengkam kuat oleh lelaki tadi. Terus dia mengangkat pandangannya memandang seorang wanita yang mungkin tua lima atau enam tahun darinya. Sakit mata aku tengok baju dia ni. Nampak macam kaya tapi kenapa pakai baju takcukup kain eh? Takcukup duit ke?

"You jangan nak pandang I atas bawah macam tu ye!" marah wanita itu sambil mengibas rambutnya kebelakang. Camelia menjulingkan matanya. Ingat aku ni songsang ke nak usya atas bawah? Tch.

"Cik ni siapa? Kenapa cik suruh lelaki badan ketak ketak tu heret saya datang sini? Saya tengah pilih barang tahu tak" marah Camelia sambil mencekak pinggangnya. Dia harus kelihatan berani dihadapan perempuan ni.

Dia menanggalkan kaca mata hitamnya lalu berjalan menghampiri gadis pendek itu. "Nama I Inara Sophia, cousin Aayden Nadhif" bisik Inara sambil membongkokkan sedikit badannya untuk menyamai paras ketinggian Camelia. Apasal pendek sangat budak ni? Ke sebab aku pakai heels?

Camelia menggecilkan mata memandang Inara, mengingati nama yang disebut tadi. Inara Sophia? Macam pernah dengar nama tu tapi dekat mana ye? Dia memandang atas lalu mengetuk dagunya sambil berfikir.

Inara dan pengawalnya, Ikram menggaru kepala melihat gelagat si gadis cantik ini. Ikram juga memandang atas sekilas untuk melihat apa yang si budak ni pandang. Inara menjuling matanya lalu memetik jari di depan muka Camelia.

"Hello? I bercakap dengan you tahu tak sekarang ni?" sebal Inara melayan budak ni.

"Ye saya dengar la, saya tak pekak lagi pun tch. Kalau cik ni cousin Aayden pun, kenapanya? Saya kena gelabah ke?" terkebil kebil mata Camelia memandang perubahan raut wajah Inara.

What the? Budak ni pandai menjawab rupanya. Nampak ja muka polos tapi mulut takda insurans! Bentak geram hati Inara.

"I nak bagi you amaran untuk jauhkan diri dari Aayden, faham? Dia milik I dan I tahu you cuba nak goda dia kan?" tanya Inara sambil berpeluk tubuh.

Camelia menutup mulutnya cuba menahan ketawa tetapi terlepas juga. Dia ketawa sambil memegang perutnya. Go baby go!

"HAHAHAHA kelakar lah cik ni, apa tadi nama? Inara kan? Saya ada baca satu ayat ni tau, cik Inara nak dengar tak?" Camelia mengangkat keningnya berkali kali sambil memeluk tubuh.

"Hm ayat apa?" balas Inara.

"Cinta tak semestinya dimiliki, jadi cik Inara boleh berhenti bagi amaran dekat saya sebab saya takboleh tukar hati dan perasaan orang. Kalau betul tuan Aayden suka kan saya, alhamdulillah. Cik Inara pun untung boleh makan nasi minyak free kan? Hehe okay bye" sindir Camelia sambil memusingkan badan dan melambai ke arah Inara dengan senyum lebarnya.

1 | Aayden's Amore [ C ]Where stories live. Discover now