"Pemain bernombor 11 bijak mengawal bola dengan baik sekali!"
"Benar, Arman. Pemain ini sedang menjadi bualan saat ini kerana walaupun masih baru dalam pasukan, dia sangat lincah,"
"Dia berjaya menghalang pasukan lawan daripada merampas bola! Dan..."
"GOLLLL!!!"
"Jaringan ketujuh daripada The Speedy Syed untuk skuad hoki bawah 23 negara!!!!"
Cikgu Zul melompat kegirangan, meraikan kejayaan skuad hoki negara seorang diri di dalam bilik kaunseling.
Walaupun sudah 6 tahun berlalu, tidak banyak yang berubah di dalam bilik itu. Masih cat yang sama, mural yang sama, sofa yang sama, juga teman sebilik yang sama. Hanya yang berubah adalah gambar diatas meja cikgu Zul.
Jika dahulu cuma gambar dia seorang diri, namun kini sudah bertiga. Cikgu Zul, isterinya cikgu Hasniah dan juga anak lelaki mereka yang berumur 4 tahun.
Seorang lelaki berjalan menuruni tangga surau dengan langkah tenang. Dia sengaja mengambil masa menghayati suasana petang yang damai di sekolah itu. Walaupun kehidupan di sekolah ini banyak yang berubah, namun lelaki itu masih kelihatan sama.
Dia masih tinggal di rumah warden yang sama bersebelahan bilik dobi aspuri, walaupun telah dinaikkan pangkat menjadi ketua warden. Dia masih setia menemani cikgu Zul di bilik kaunseling, meskipun bangunan bilik guru yang baru telah lama siap dibina. Dan dia juga tetap kekal di sekolah ini, biarpun berpuluh surat tawaran telah memenuhi mejanya.
Mungkin sesetengah orang menyangka, lelaki itu seorang yang jumud. Namun hakikatnya adalah sebaliknya, dia suka begini. Bukan tidak mahukan perubahan tetapi setiap inci sekolah ini punya kenangan tersendiri. Begitulah cara dia bertahan, selama 6 tahun ini.
Pintu bilik kaunseling terkuak, cikgu Zul yang sedang terkinja kinja kelam kabut duduk di mejanya. Wajah lesu Izdiey terpacul di depan pintu. Ustaz itu melangkah masuk lalu melepek keletihan di kerusi. Tali leher yang mencekik segera dilonggarkan.
"Diey, kau dah check belum kertas kerja Program Alumni tu?" Tegur cikgu Zul dari bilik sebelah.
"Apesal? Kau jangan cuba mintak bajet tambahan ye. Aku dah kata kan, tak boleh," tegas Izdiey. Cikgu Zul mengejek guru itu dengan muncungnya. Kerek nau ketua warden ni.
"Kau check je la dulu, Grr!"
Izdiey mengeluh malas. Tangannya mencapai lembaran kertas kerja yang diletakkan cikgu Zul diatas meja, lalu mula menilik helaian demi helaian.
"Cuba kau check last pages tu, betul tak," suara guru kaunseling itu kedengaran lagi. Izdiey membulatkan mata, geram. Ada je la dia ni.
Halaman terakhir diselak. Senarai nama Alumni yang terlibat?
Nama yang tentera diteliti satu demi satu sehinggalah matanya kejap pada satu garis nama yang sangat tidak asing. Zinnirah binti Zaid.
"Zinnirah?! Zinnirah pun ada?!" Teriak lelaki itu terkejut. Cikgu Zul terkekek seorang diri, puas melihat reaksi Izdiey.
"Tapi kan dia masih kat UK? Program tu hujung minggu ni kan?" Soal Izdiey kurang pasti.
"Betul. Tapi dia cakap, InsyaAllah dia balik sehari sebelum program tu," sahut cikgu Zul, matanya masih melayan perlawanan hoki bawah 23 di telefon bimbit.
Izdiey tidak memberi reaksi. Hatinya tiba tiba berdebar. Tidak pasti samada dia bersedia atau tidak untuk bertemu dengan gadis itu kembali.
Zinnirah dah nak balik. Lelaki itu tersenyum sendirian.
YOU ARE READING
MUHAFIZ [COMPLETE]
Teen FictionSorang panas baran. Sorang lagi annoying. Bila jumpa kalau tak bergaduh tak sah. Kalau ada orang beritahu yang diorang dulu rapat, confirm takda sapa pun percaya. "Geram betul aku! Ada ke patut dia sidai aku kat bilik disiplin? Sejam aku tunggu!" ...