"Tiga jam aku siapkan jambak bunga ni!" Juliette dengan bangga mengangkay jambangan bunganya tinggi-tinggi. Jambangan bungan yang kelihatan sangat hodoh dimata sesiapa pun namun melihatkan senyuman polos dia buat Emely tersengih.
"Letak bom eh dalam tu?" Sindir Emily.
"Weyh, jahatnya!" Juliette berkerut, cuba untuk menerkam Emily. Emilya hanya ketawa terbahak-bahak. Dia suka kenakan Juliette sebab dia sangat polos walaupun dia kasar agak kelelakian sedikit pakaiannya. Itu masih tidak menutup keperempuanan dia.
"Di- diam sikit. Kita dekat hospital ni nanti ganggu pesakit lain." Pujuk Meya apabila sudah nampak jelingan jururawat lain. Malah dicerlung tajam ke arah mereka berdua. Risau pila dihalau keluar.
Mereka berdua terus tutup mulut. Meya buka pintu wad. Senyuman mereka bertiga lebar melihat kearah dua orang rakan sekelas mereka yang masuk hospital sebab jatuh tangga. "Morning!"
"Ouh, hai. Eh weyhhh thank you datanggg!" Quintessa senyum lebar. Ditangannya terdapat buku majalah fesyen popular dikalangan remaja iaitu Teanager.
"Nahh!" Juliette menghulurkan sejambak bunga hodohnya kepada Zalea dan Quintessa. Mereka berdua senyum lebar pada mulanya sehinggalah mereka perasan akan bertapa hodohnya jambangan bunga itu namun dengan bangga Juliette senyum.
"Hehe, penat tau buat ni."
"Te- terima kasih. It looks...urm, unique..."
"Anyway, okey ke harini?" Tanya Meya lalu duduk diatas kerusi. Zalea dan Quintessa angguk serentak.
"Ya, doktor cakap lagi beberapa hari dah boleh balik dah." Balas Zalea.
"Sorry tau sebab dah menyusahkan? Thanks bawakan nota dan kerja sekolah." Ujar Quintessa serba-salah. Dia ni baik je orangnya. Sama macam Zalea. Cuma mereka berdua terikut-ikut Sophea yang perangainya mengalahkan syaitan.
"Welcome." Emily duduk diatas katil Quintessa. Buku diletakkan atas meja.
"Dekat hospital pun kena belajar. Huh." Zalea mengeluh.
"Masa korang takde, Cikgu Delara pun takde." Kata Juliette.
"Huh, kenapa?" Soal Quintessa hairan.
"Nola cakap sebab Cikgu Delara demam." Terang Meya. Quintessa berkerut dahi. Demam je?
"Lamanya demam. Yeke demam?" Soal Quintessa hairan. Kalau daripada Nola ni kena ragu-ragu sikit. Dia bukannya suka menipu sangat pun. Dia cuma jenis malas nak terang panjang-panjang.
"Wait, dia dah takde-"
"Don't think it like that." Emily sentuh bahu Meya. Meya ni overthinking betul. Hanya dia boleh sampai pemikiran di langit ketujuh. Yang lain masih dekat langit sebelum nombor 1.
"Kejadian ni macam bertimba-timba. Mula-mula korang jatuh tangga lepastu Cikgu Delara pula kena."
"Bertimpa-timpa." Tegur Emily, menegur ayat Juliette yang salah. Juliette ada disleksia jadi kadang-kadang dia susah nak ingat satu perkataan. Lagi-lagi yang panjang macamtu. "Pergi periksa otak tu dulu. Alang-alang kita dekat sini dah."
"Sampai hati!" Juliette mencebik. "Taknak kawan Emily~"
"Macamlah aku kisah."
"Aaaa Emily~"
"It's better if we go first. Kitaorang nak pergi mall ni nak tengok movie. Movie pukul 2 nanti. Hehe, bye." Meya melambai kearah Zalea dan Quintessa. Mereka berdua senyum serentak sebelum saling melambai.
"Okay, bye~"
Emily berpaling kearah Juliette. "Welp, sorry sebab terkasar."
Juliette mencebik. "...nak kek strawberi dulu."
"Okey, nanti aku beli." Emily mengusap kepala Juliette. Bersinar-sinar mata Juliette. Dengan Meya turut senyum lebar melihat Emily dengan mudah menerima permintaan Juliette. Juliette peluk Emily erat, menggosok pipinya dengan pipi Emily.
"Oh my God, Emily! I love you so much!"
"...ew."
"Kalau you boyish sikit macam Adell maybe I akan suka you juga!" Tambah Meya yang membuatkan pipi Emily terus merah macam tomato.
"H- hey! Korang ni kenapa? Nak ejek aku ke? Ish!"
"No, no! Kitaorang cakap betul ni!"
"No, no! You guys have gone beyond limit! No!" Emily masih dengan egonya. Dia berpeluk tubuh dan pandang kearah lain untuk menyembunyikan rasa malunya. Juliette dan Meya hanya ketawa. Comel je bila Emily malu macamtu.
"Hehe, muka you merah~" usik Meya.
Juliette pandang ke tepi apabila dia terasa seperti ternampak kelibat seseorang yang dia kenal. Matanya terbeliak luasa. "WHAT IN THE WORLD?!"
Terkejut beruk nenek dibelakangnya yang sedang jalan dalam kelajuan 2KM/J. Meya terus lari kearah nenek itu bagi meminta maaf. Mujurlah nenek itu okey saja dan memuji Juliette kerana semangat.
Semangat orang muda.
"Eh, diamlah! Apa yang bising-bising ni? Kena halau kang!" Marah Emily. Muka Emily terus digenggam lalu dipusingkan menghadap satu arah. Mujur tak patah leher dia!
"Tengok tu, tengok!"
"ADOI!"
Mereka bertiga terdiam apabila melihat Cikgu Delara. Lebih tepat lagi, Cikgu Delara bersama Chef Isabelle!
"...what in the..."
YOU ARE READING
Friends With Benefits
RomanceBermula dengan menyaksikan sendiri percintaan antara Cikgu Delara dan Chef Isabelle di hospital, Meya, Juliette dan Emely kini terpaksa menyaksikan percintaan antara Raye dan Eleana yang kantoi mempunyai hubungan sulit. . Mereka cuma tidak mahu masu...