Bab 9 🔥

8.5K 308 10
                                    

Keesokkan harinya, seperti biasa Camelia akan bangun seawal 6 pagi untuk menyediakan sarapan. Setelah 40 minit bersilat di dapur dengan masakannya, jam 6:40 pagi hidangan untuk sarapan siap terhidang di atas meja makan.

Camelia membuka pintu belakang dapur dan mengambil udara segar di awal pagi. Dia berjalan menuju ke taman bunga rose mummynya. Dia mengambil pencakar rumput untuk membersihkan serpihan daun daun kering yang luruh.

Sedang dia membersihkan rumput di sekeliling taman rose itu, dia terdengar deheman seseorang. Terus dia menoleh ke belakang. Berkerut keningnya melihat jejaka yang tidak dikenali itu. Tapi rumah daddy ada sistem keselamatan, macam mana dia boleh masuk awal pagi macam ni?.

"Er awak siapa ya? Tukang kebun daddy ke?" tanya Camelia sambil tangannya masih memegang batang pencakar itu. Terkebil kebil dia melihat lelaki berbadan sasa di hadapannya.

Terpinga pinga jejaka itu apabila dengan selamba dilabel tukang kebun. Sasa macam ni jadi tukang kebun je? Geram pula aku dengan budak pendek ni.

"Bukan lah, saya Haris, saya kawan Aayden dan Aaydan. Diorang ajak saya pergi jogging harini, sebab tu saya datang awal ni" balas Haris sambil duduk di kerusi yang terdapat di taman bunga itu.

Membulat mulut Camelia mengiyakan jawapan dari lelaki bernama Haris ini. "Tapi saya takpasti tuan Aayden dan tuan Aaydan dah bangun atau belum" kata Camelia sambil menyambung kerjanya.

Haris memerhati Camelia yang sedang sibuk membersihkan taman itu. "Saya nak tanya sikit boleh ke?" tanya Haris. Camelia yang sedang mengutip daun daun kering itu terus mengangkat kepalanya. "Boleh ja encik Haris, tanya lah" balas Camelia.

"Boleh saya tahu nama penuh awak?" tanya Haris takut takut.

Berkerut kening Camelia lalu bangun dan menepuk tangannya menghilang kotoran pasir dia telapak tangan. "Boleh encik Haris, nama penuh saya Camelia Razqya binti Rais" balasnya sambil mempamerkan senyum manis.

Baru sahaja Haris mahu membalas, terdengar suara annoying sesorang dari arah belakang. "Baby sayang dah sampai la!" jerit Aaydan sambil berlari menuju ke arah Haris. Haris menjuling matanya mendengar panggilan rakan sengalnya ini. Nasib dia pun ada juga panggilan untuk Aaydan.

"Usyuk asyam come here" ujar Haris sambil mendepakan tangannya. Aaydan yang baru sahaja mahu memeluk Haris terus mengaduh sakit apabila punggungnya di sepak dari belakang. Terus dia berpusing ke belakang ingin memarahi gerangan yang berani menyepak aset nya ini. Namun niatnya mati apabila penyepak itu ialah orang yang paling dia takut, abangnya sendiri.

"Korang dua ni kalau sehari ja serius, takboleh ke? Baby sayang la, usyuk asyam la, tak faham betul la aku, korang ni kunyit ke?" tanya Aayden sambil matanya mencuri pandang Camelia yang berada tidak jauh dari mereka.

"Hey kenapa sepak punggung usyuk asyam aku? Sepak lagi sekali boleh?" tergamam Aaydan mendengar lawak Haris yang nak minta kaki itu.

"Malas la aku layan korang ni, baik aku pergi jogging sekarang. Balik nak makan pumpkin aku masak, cau" terus Aayden meninggalkan mereka berdua. Malas dia nak layan dua bala ni, Arash dengan dia ja yang normal antara mereka berempat. Tetapi harini Arash takdapat join sekali kerana ada urusan di luar kota.

Camelia menggeleng sahaja kepalanya melihat gelagat dua lelaki dihadapannya. Seorang tengah merajuk, seorang tengah menguji kesabaran. Akibat geram dengan Aaydan, Haris terus menarik Aaydan keluar dari kawasan rumah untuk pergi jogging. Daripada buang masa, baik jogging cepat, aku dah lapar ni.

1 | Aayden's Amore [ C ]Where stories live. Discover now