Nadhira turun ke bawah lalu menuju ke ruang makan untuk bersarapan pada pagi ini. Eh silap tengahhari ini, biasa lah orang tengah cuti semester, mesti nak ganti balik tidur yang takcukup kerana mengulangkaji di saat saat akhir sebelum menghadapi peperiksaan akhir semester. Pelik dia melihat Aaydan sedang makan sambil menonton kartun kegemarannya, doraemon."Angah tak pergi showroom ke harini?" tanya Nadhira sambil mengambil tempat di hadapan Aaydan.
Aaydan yang ralit menonton kartun terus mengangkat kepala lalu menggeleng. "Angah malas nak keluar harini, banyak episode doraemon angah tertinggal. Nak kena marathon balik ni" balas Aaydan sambil menyapu jem strawberi pada roti lalu meletakkan diatas pinggan Nadhira. Nadhira menggeleng sahaja melihat abangnya yang obses dengan kartun doraemon itu. Dia merampas telefon Aaydan lalu menyimpan didalam poket seluarnya.
"Adik! Angah tengah tengok la, bagi balik" marah Aaydan sambil menghulur tangannya. Tetapi balasan Nadhira hanya lah menjelir lidahnya. Mengeluh Aaydan lalu memuncungkan bibirnya tanda protes dengan adiknya.
"Adik ada perkara nak bincang dengan angah ni, sementara yang lain tak ada dekat rumah. Senang la kita nak bincang pasal ni" kata Nadhira sambil menyuap roti kedalam mulut.
"Bincang pasal apa ni? Macam serius ja angah dengar, masalah negara ke?" tanya Aaydan yang tidak pernah serius.
Nadhirah menjuling matanya mendengar loyar buruk abangnya yang seorang ni. Pening la aku! seorang terlebih beku, seorang ni pula tak pernah nak serius kalau bercakap. Nasib dia dapat elaun bulanan daripada abang-abangnya, sebab tu sayang hihi.
"Bukan lah! Ni pasal along dengan Camelia" balas Nadhira.
"Pasal along dengan Camelia? Kenapa? Along dah bagitahu ke dia sukakan Camelia?" semangat Aaydan apabila mendengar nama pasangan sejoli itu.
"Adik dapat rasa yang along memang sukakan Camelia. Tapi angah pun tahu kan along takpernah bercinta, mesti dia taktahu macam mana nak luahkan perasaan dia dekat Camelia" Nadhira meletakkan roti di atas pinggan apabila topik hangat mula dibicarakan.
"Angah perasan tapi betul juga, along mana pernah bercinta. Perempuan dekat dengan dia pun semua kena sembur tapi Camelia ni tak pula kena sembur. Nampak sangat suka, buat kerja tak clean tch" Aaydan memberi sepenuh tumpuan untuk perbincangan mereka.
Nadhira mengusap dagunya sambil memikirkan cara untuk memaksa alongnya mengaku tentang perasaannya terhadap Camelia. Dia terus memetik jarinya saat idea yang bernas muncul di pikirannya. "Adik ada idea angah!" kata Nadhira.
"Hm apa ideanya?" balas Aaydan sambil menyuap roti kedalam mulut.
Nadhira hanya menayang senyuman yang penuh makna kepada Aaydan. Aaydan yang melihat itu terus sahaja menggeleng kepalanya. Apa lagi la rancangan si adik bongsu ini. Ada sahaja idea untuk abang-abangnya. Ikut jelah Aaydan kalau taknak kena piat telinga tu dengan si bongsu ni. Garang dia mengalahkan si beku Aayden.
♾️🦋♾️
Pada malam itu, Aaydan dan Aayden menghabiskan masa lapang mereka bermain video games di ruang tamu tingkat tiga. "Bosan lah kau ni ngah, asyik kalah ja. Nampak sangat tak pandai main" kata Aayden apabila masuk kali ke 10 dia menang.
"Eleh aku bagi peluang je pun. Nanti kau nangis pula kalau kalah dengan aku" tidak mahu kalah Aaydan membalas sambil mencuri keropok Aayden. "Long, aku ada benda nak tanya kau ni" Aaydan meletakkan controller di atas meja.
YOU ARE READING
1 | Aayden's Amore [ C ]
Romance[ KARYA PERTAMA 💄] Aayden Nadhif x Camelia Razqya Mengisahkan tentang seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan ayahnya ketika berusia 8 tahun akibat nahas kemalangan. Kehidupannya yang sebelumnya ceria dan periang berubah menjadi seorang yang pe...