Jeno memandang bangunan yang menjadi tempat dia menghabiskan banyak waktunya selama ini. Tempat yang dia rasa satu-satunya menjadi tempat paling aman dan menyenangkan buatnya. Tempat yang sejujurnya dia merasa dihargai. Tempat yang dia boleh bergantung pada orang lain.
Dia melangkah masuk dalam keadaan masih terpinga-pinga. Cuba mengingati apa sahaja dia lakukan sebelum ini pada tarikh yang sama. Beberapa rakan sekerja menyapanya dan dia hanya membalas dengan ramah. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Jika dia tidak salah, mesin kopi di bahagian pantri akan meletup. Jika benar dia pergi ke masa lalu, ia pasti akan terjadi.
Jeno meletakkan beg dan kotnya di atas kerusi sebelum berjalan dengan laju menuju ke pantri yang terletak bersebelahan dengan ruang pejabat mereka. Dia harus memastikan banyak hal untuk mengesahkan bahawa dia tidak gila atau bermimpi. Dia tahu dia telah mengalami setahun itu sebelum ini.
BOOM!!
Langkah Jeno terhenti. Matanya terbuka luas mendengar bunyi letupan dari dalam pantri itu. Kedengaran suara riuh rendah menjerit terkejut dari dalam dan beberapa orang mula berlari panik.
Memang sah! Dia kembali ke masa lalu.
"Yahh, Jeno!"
Jeno menoleh ketika seseorang menyikunya. Salah satu wajah yang paling dirinduinya berdiri di situ sambil cuba menjenguk ke pantri.
"Mesti mesin kopi tu meletup kan? Ujar lelaki itu. "Dah agak dah. Memang dah rosak benda tu."
Jeno masih lagi terdiam. Airmatanya bergenang kerana gembira melihat satu-satunya kawan baiknya ini. "Renjun..."
Renjun memandang Jeno kemudian berkerut. "Yahh! Awak ni dah kenapa? Lain macam betul."
Jeno hanya menggelengkan kepalanya. Berusaha untuk menahan airmatanya daripada jatuh. "Tak. Tak ada apa-apa."
Renjun pula terlalu polos untuk menangkap apa-apa yang pelik. Dia segera beredar sambil membawa fail di tangan disusuli oleh Jeno.
Masa berlalu seperti biasa. Jeno hampir dapat meneka segala-galanya yang berlaku pada hari itu. Malah, pembentangannya dalam mesyuarat yang seharusnya mendapat beberapa komen berjalan lebih lancar dan baik sehingga dia meraih pujian. Kawan-kawannya juga memujinya.
Jeno kini pasti dia benar-benar kembali ke masa lalu. Kerana tiada apa yang berubah selain banyak perkara yang diubahnya. Tarikh dia kembali ada tarikh yang sama dia dihukum mati setahun kemudian. Bagaimana ia berlaku dia masih belum mendapat jawapannya. Akan tetapi, jika ini adalah peluang yang diberikan padanya, dia tidak akan mensia-siakannya.
"Pantri ni dah macam tempat berperang." Komen Renjun ketika mereka masuk ke situ pada waktu rehat.
"Ini semua salah Gyuvin." Zhanghao, rakan sekerja mereka memberitahu. "Dia hidupkan mesin kopi tu guna suis yang padat. Dan akhirnya meletup."
Gyuvin yang berada di situ hanya ternganga kerana di marah sekali lagi. "Maaf lah. Saya dah bersihkan pun."
"Tak bersih." Ujar Renjun sambil menuangkan air panas ke dalam mi cawan segeranya. "Kalau bos nampak mesti dia marah."
"Nasib baik dia ada pantri sendiri." Zhanghao membuka bekal makanan yang dibawanya.
Jeno menyertai mereka selepas menuangkan air panas ke dalam mi cawan segera yang diberikan Renjun padanya. Mereka memutuskan untuk tidak keluar makan pada hari itu dan hanya melepak di pantri sahaja.
Mereka berenam adalah rakan sekerja sejak dahulu lagi. Renjun dan Jeno adalah senior dua tahun daripada mereka. Manakala, Gyuvin, Zhanghao dan seorang lagi rakan sekerja mereka Gunwook yang terpaksa bekerja di luar pula baru bekerja dua tahun yang lalu menjadikan Renjun dan Jeno bekerja di situ selama empat tahun.
YOU ARE READING
Rewrite Our Stars [NoHyuck] [BL]
De TodoJeno adalah pembunuh. Dia telah membunuh lebih dari seorang hanya dalam satu malam. Siapa sangka, lelaki sebaik dan sepolos Jeno berakhir di dalam penjara. Lelaki yang sentiasa tersenyum dan membantu orang tanpa menghiraukan lelahnya sendiri akan me...