Chapter 3

56 5 0
                                    

Jeno berjalan lemah menuju ke rumah yang seperti neraka buatnya. Dia benar-benar tidak menyangka dia akan bertahan hidup di situ selama bertahun-tahun. Entah apa kelebihan yang dia akan dapat dalam hidupnya. Dan entah bagaimana dia harus lari daripada kenyataan yang terlalu pahit itu.

Tiada siapa akan menyangka bahawa Lee Jeno, lelaki lemah lembut, bijak dan selalu tersenyum gembira itu menyimpan cerita yang pahit di balik tabir. Kehidupannya semasa dia melangkah keluar dari rumah neraka itu amat berbeza dengan ketika dia berada di dalamnya. Ini mungkin kerana dengan siapa dia bertemu.

"Kau dah balik?"

Jeno tidak menoleh ketika dia membuka kasutnya. Dia hanya membiarkan suara perempuan yang kedengaran jengkel itu.

"Kenapa kau tak bagi Junyeol duit?"

Jeno berjalan menuju ke ruang tamu. Dan sudah pasti dia tidak mempunyai pilihan selain memandang wajah seorang wanita yang kelihatan serabai dengan asap rokok beransur keluar dari mulut dan hidungnya. Dia duduk dengan kaki dinaikkan ke sofa dan memandang Jeno dengan pandangan menyampah.

"Saya bagi." Jeno menjawab dingin.

"Tapi tak cukup!"

"Apa yang saya bagi dia mencecah amaun belanja saya selama seminggu." Jeno membalas. "Apa yang tak cukup?"

Wanita itu tergelak menyeringai. "Kau ni memang budak yang tak sedar diri. Kau patut bersyukur aku masih kutip kau dan adik kau tu walaupun bapa kau dah mati."

Jeno menggenggam buku limanya. Dia masih ingat lagi bagaimana wanita itu berlakon sedih ketika ayahnya meninggal dunia. Dulu Jeno tidak tahu apa niatnya kerana dia masih berusia 17 tahun pada ketika itu. Dia hanya menyangka ibu tiri yang baru berkahwin selama dua tahun dengan ayahnya itu memang menganggapnya dan Suan sebagai anak kandung sendiri dan sanggup menjaganya.

Tapi ternyata yang diinginkan wanita bernama Heejin itu adalah harta peninggalan yang ditinggalkan pada Jeno dan Suan. Mungkin dia terlalu marah kerana dia ditinggalkan sehelai sepinggang, dia melampiaskannya dengan sering memukul Suan. Jeno pula dilayan seperti orang gaji yang mengurus seorang ibu tunggal serta dua adik-beradik tirinya.

Ya, Heejin adalah janda ketika dia berkahwin dengan ayah Jeno. Dia mempunyai dua orang anak hasil daripada perkahwinan sebelum ini. Anak sulungnya adalah lelaki bernama Min Minsoo yang tua tiga tahun daripada Jeno. Dan seorang lagi anak lelakinya bernama Min Jisoo yang muda lapan tahun daripada Jeno.

Hartanya yang tidak seberapa banyak dihabiskan oleh keluarga itu dengan membeli barang-barang tidak berguna sehingga mereka kehabisan dan dihalau dari rumah mereka. Ketika itu, mereka hampir merempat kerana tidak mempunyai wang.

Sehinggalah Heejin bertemu dengan seorang lelaki bernama Bang Sihyuk. Yang juga adalah duda dengan anak dua sama sepertinya. Mereka memutuskan untuk berkahwin sebulan selepas berkenalan. Mereka mula tinggal bersama di rumah tua milik Sihyuk dan kehidupan Jeno serta adiknya tidak berubah. Malah semakin teruk. Kedua-dua orang itu berperangai sama termasuk anak-anak mereka.

Kesemua nama mereka ditukar kepada Bang kecuali Jeno dan Suan yang masih menggunakan Lee kerana itu adalah nama asal mereka. Anak sulung Sihyuk adalah Bang Junyeol yang tua lima tahun daripada Jeno. Dan anak yang satu lagi adalah perempuan bernama Bang Somi yang muda empat tahun dari Jeno. Apa yang penting, kesemua orang itu tidak berguna dan bekerja. Hanya menghabiskan duit dan melakukan perkara-perkara tidak berguna dan bodoh.

"Lain kali..." Heejin memandang Jeno sambil menghirup asap rokoknya lagi. "Kalau dia minta duit kau bagi banyak. Kalau macam tu tak cukup. Faham?"

"Dia dah berumur 30 tahun." Jeno bersuara. "Sihat tubuh badan dan cukup kaki dan tangan. Dia boleh bekerja kalau dia nak duit."

"Kau kan ada?" selamba wanita serabai itu bersuara. "Kenapa kami nak kerja pula?"

Jeno hanya menarik nafas panjang. Memang benar. Semenjak Jeno mula bekerja, keluarga itu hanya mengikis duitnya.

"Kenapa?" Heejin mengangkat keningnya. "Nak halau kami?" wanita itu ketawa menyeringai. "Kalau kau halau kami, Suan akan ikut sama dihalau."

Itulah sebab kenapa Jeno masih menyimpan keluarga jahanam ini. Kerana Suan. Oleh kerana Suan masih belum cukup umur, dia harus ada penjaga. Dan Jeno pernah ingin mengambil alih hak penjagaan itu, tetapi kesemua adik-beradik tirinya bersaksi bahawa kononnya Jeno adalah kasar dan sering mabuk membuatkan ia gagal.

Atas sebab itu, Jeno terpaksa bertahan. Dia terpaksa membiarkan semua sampah-sampah itu tinggal di rumahnya dan menghabiskan duit. Semuanya demi Suan. Satu-satunya ahli keluarga yang dia ada.

"Jeno, Jeno..." Heejin mematikan puntung rokoknya kemudian bangun dari kerusi dan mendekati lelaki itu. "Ini memang takdir kau. Kau tak boleh hidup bahagia."

Wanita itu terus berlalu pergi meninggalkan ruangan yang malap itu. Untung sahaja bilik suami isteri itu berada di tingkat bawah. Pada ketika ini, Jeno mengimbas semula apa yang dilakukannya sebelum ini. Ini adalah salah satu sebab kenapa dia melakukan perkara buruk di masa hadapan. Dan dia tidak tahu kenapa dia masih dapat bertahan sejauh ini.

Kakinya melangkah berat menaiki tangga hanya untuk bertemu Suan yang sedang berdiri di anak tangga paling atas. Luluh hatinya melihat sang adik mengalirkan airmata sambil berdiri seperti patung. Sudah pasti dia mendengar apa yang mereka bualkan.

"Suan..." Jeno berusaha mengukir senyuman kemudian naik mendekati gadis kecil itu. "Kenapa tak tidur lagi? Esok kena sekolah."

Suan mengesat airmatanya kemudian mendongak. "Jadi semuanya sebab saya."

"Suan..."

Suan berundur sedikit ketika abangnya ingin menyentuh bahunya. "Abang bertahan tersiksa seperti ini sebab saya?"

"Suan..." Jeno menarik nafas panjang. Dia memejamkan matanya seketika. Dia ingat kejadian ini. Dia ingat bagaimana Suan menangis. Dan melihatnya kali kedua masih menyakitkan.

"Abang sepatutnya pergi dan mulakan hidup baru." Suan menangis. "Abang cakap abang nak kahwin. Kalau macam ni—"

"Suan..." Jeno melutut untuk memandang wajah sang adik. Dia memegang lembut bahu adiknya itu. "Abang akan betulkan semuanya kembali. Percaya pada abang."

Suan hanya menangis sayup-sayup. Dia tahu dia tidak boleh berbuat bising.

"Pergi tidur, okay?" Jeno mengusap kepala adiknya itu.

Suan mengangguk kemudian kembali masuk ke biliknya. Biasanya, Jeno akan menemani adiknya itu sehingga tertidur jika perkara sebegitu berlaku. Akan tetapi, kali ini dia tidak mampu. Terlalu banyak perkara yang bermain di mindanya.

Jeno berjalan masuk ke biliknya. Apa yang Renjun dan Zhanghao ceritakan di pejabat segera masuk ke dalam fikirannya. Jika ada perkara ajaib seperti itu berlaku maka jawapan kepada persoalannya kini terjawab. Akan tetapi, dia masih tidak tahu bagaimana hendak membetulkan semuanya. Dia tahu ada sesuatu yang berlaku sepanjang tahun itu harus diubah. Jika tidak, dia tetap akan berakhir sebagai pembunuh.

Entah kenapa, sesuatu menyusup masuk ke dalam fikirannya secara tiba-tiba. Sesuatu yang tiada di sepanjang tahun itu. Sesuatu yang tidak pernah berlaku atau ditemuinya sebelum semuanya berakhir.

"Saya harap saya jumpa awak setahun yang lalu."

Jeno memejamkan matanya mengingati ayat yang keluar dari mulutnya pada saat itu.

"Saya harap saya akan bertemu dengan awak lagi, Lee Haechan. Jika bukan di kehidupan ini... Mungkin di kehidupan seterusnya."

Lee Haechan.

Jeno harus mencari lelaki itu. Lelaki yang bernama Lee Haechan itu. Mungkin dengan bertemunya, sesuatu mungkin akan berubah.





To be continue.....

Sorry, eberibadeh. Tahap busy aku kebelakangan ni macam tak boleh nak brain dah. Jadi, asyik delay je nak sambung crita. Tapi jgn risau. Aku cuba seboleh mungkin utk sambung. Anyway, nak lagi? Kena vote dan comment.

xoxo, M

Rewrite Our Stars [NoHyuck] [BL]Where stories live. Discover now