𝑃𝑅𝑂𝐿𝑂𝐺♡

60 2 0
                                    

"Teruntuk bakal permaisuri saya yang cantik lagi mempersona, disini kesayangan awak ingin meminta maaf sebab sentuh awak tanpa izin, saya tahu awak tak suka tapi saya 'still' buat, sebab macam ada tarikan bila dekat dengan awak, maaf ya kesayanganku. Saya juga nak awak tahu setiap detik setiap saat disisi awak saya amat-amat gembira. Memori yang tidak dapat saya lupakan. Jikalau satu hari nanti saya tidak dapat berikan penjelasan disaat awak meragui cinta saya, saya nak awak tahu setiap sudut didalam hati saya hanya terisi dengan nama awak kesayangan ku, segala tentang awak, senyuman manis, suara manja, saya suka semuanya berkaitan awak. Fikiran saya juga tidak pernah lupa tentang awak. I love you so much MyHanizz Adriana. Tunggu masa yang sesuai saya datang halalkan awak sayang. Mungkin 3 bulan akan datang kita bertemu lagi. Saya tak akan pernah mungkir janji. Saya nak minta satu dengan awak, jangan pernah berhenti tunggu kepulangan saya"

Tidak lekang senyuman dibibir Hanizz Adriana ketika membaca ayat romantis ditulis pada kad yang terselit pada bunga rose pemberian Han.

Hanya dengan kata 'teruntuk bakal permaisuri saya' sudah buat rama-rama di perut Hanizz berterbangan.

Pandai sungguh Han karang ayat cinta-cinta ni. Manis sangat ayat pun sampai boleh potong kaki.

Muka Hanizz sudah merah, terlalu hadam dengan ayat cinta Han. Senang hati sampai lupa ada sesuatu yang perlu dia pastikan dari Han sendiri.

3 bulan akan datang kita akan bertemu lagi?

Apa maksud Han?

Tinggalkan dia?

Tapi Han sendiri janji akan setia disisinya walau apapun yang berlaku.

Hilang senyum manis dibibir Han bila riak wajah teruja Hanizz bertukar muram. Seakan mempunyai masalah. Sedangkan tadi senyum memanjang

Pelik

Wajah tampan Han dipandang penuh tanda tanya. Secebis rasa kecewa dihati mengenai Han.

Adakah Han buat surprise ini untuk tutup kesedihan yang bakal dia alami?

Berjauhan dengan Han selama 3 bulan bukan perkara mudah untuk diterima. Bukan itu yang dia mahukan

"kenapa 3 bulan baru kita jumpa lagi? awak nak tinggalkan saya,Han?" seakan tidak mahu keluar suara Hanizz, rasa sebak makin bertandang didada.

'Kenapa Han!! awak bagi kemanisan untuk tutup kepahitan yang akan berlaku' betak Hanizz di hati.

"hey sayang,calm down, kan saya dah janji tak akan tinggalkan awak" lunak suara Han memujuk Hanizz.

Luluh hati jika kesayangannya sedih disebabkan dia sendiri. Kalau tidak difikirkan Hanizz sudah lama dia dakap tubuh genit itu.

"tapi ni apa? awak nak bodohkan saya?" Kad ditolak kasar kearah Han. Sakit hati apabila Han masih nafikan perkara sebenar.

"saya tak tinggalkan awak, i'm just go to myjob sayang" tangan naik menggenggam tangan kecil diatas meja. Berharap gadis itu memahami tentang kerjanya.

Kalau boleh dia juga tidak mahu berjauhan tapi apakah daya bila orang disana memelukan khidmat nya. Terpaksa jugak la dia

"betul ni?"

"ye sayang, I work to make you my queen" tangan masih setia menggenggam tangan kecil itu sebelum ditampar manja oleh Hanizz.

Senyuman lebar terbentuk cantik dibibir merah bak delima itu tatkala setiap butiran penuh makna dari bibir sang jejaka itu menyentuh hatinya.

"Awak dah janji tak akan pegang saya tapi awak buat jugak, satu lagi! awak dah janji tak nak berjauhan dengan saya tapi awak tetap buat, awak jahat Han, awak mainkan saya.. awak dah tak sa..." mati kata-kata Hanizz bila jari Han berada dia tengah-tengah bibirnya.

 HQQ: It's Mine SweetieWhere stories live. Discover now