Bab 10

159 10 0
                                    

Izzat merentap kedua belah tangannya beberapa kali, sesekali menepuk. Dia tersenyum puas kerana berjaya mengemas bilik yang berhabuk ini dalam masa yang singkat.

Pakaiannya sudah dilipat cantik di dalam almari dan cadar juga tersarung kemas pada tilam. Mujur tilam ini bersaiz queen. Kalau bersaiz single, rasanya dia akan jatuh tergolek di atas lantai kerana saiz tubuhnya yang agak besar.

Selalunya kat rumah dia dulu, ukuran katilnya tidak cukup besar dengan saiz ketinggiannya. Setiap kali dia ingin tidur berlunjur kaki, mesti ia melebihi kaki katil. Kadang-kala terpaksa tidur meringkuk kerana saiz tubuhnya yang agak besar dari biasa.

Dia menilik jam di dinding, waktu hampir pukul 10 malam. Esok pagi, dia akan mulakan pekerjaannya di sini. Jadi, inilah saat dinantikan. Dia mahu mandi, menyegarkan tubuh dan membersihkan segala peluh dan bauan busuk di tubuhnya.

Izzat mengambil tuala di dalam almari lalu menuju ke dalam bilik air. Seusai dia membersihkan tubuhnya, dia melilit keliling pinggangnya dengan tuala lalu keluar dari bilik air.

Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Zaki sedang duduk bersila di atas lantai biliknya dan kepala didongak memandang televisyen yang menayangkan rancangan TV3.

Izzat menggaru kepala, kenapa nak tengok tv kalau tak boleh nampak? Dia mendekati almari lalu mengambil short pants nya. Sambil2 nemerhati Zaki, dia menyarungkan short pants nya.

Dia mula perasan ada satu bantal lebih di atas katilnya. Setahunya, hanya ada satu bantal dan selimut sahaja tadi ketika dia sedang mengemas. Kenapa ada lebih 1 bantal pula ni?

"Ijat mandi ke tadi?" Zaki bersuara tanpa berpaling ke arah Izzat. Mata kelabu itu masih memandang televisyen.

Izzat mencapai henfon pemberian Malik pada pagi tadi dan segera menaip sesuatu pada keyboard fon. Bibirnya tersenyum lebar, sangat teruja untuk menunjukkan benda ini pada Zaki.

"Ye bang. Ijat baru lepas mandi." Kedengaran voiceover membaca ayat2 itu secara mendatar.

"HAHAHAHA! Suara Ijat ke tu? Kenape suara macam perempuan? Bunyi macam robot pulak tu HAHAHA!" Zaki memegang perut menahan gelak.

Cemberut wajah Izzat dibuatnya. Dia expect Zaki akan gembira dengan kejutan ini, tapi ini dah terlebih gembira nampaknya.

"Tu iphone 11 ke?" Tanya Zaki.

Izzat garu kepala. Dia sendiri pun tak tahu model apakah fon seperti ini. Nampak macam iphone. Tapi tak tahu pula ni iphone 11.

"Cuba tengok belakang fon tu ada sticker ke?"

Izzat memalingkan fon itu lalu melihat sticker ala-ala ninja. Mungkin ini sticker naruto yang tertampal elok pada fon itu.

"Ada ke?" Tanya Zaki lagi saat merasakan persoalannya tidak dibalas.

Izzat mendekati Zaki lalu menyentuh tapak tangan Zaki.

"Ada bang."

Zaki tersenyum.

"Tak silap boleh setting tukar suara jadi laki. Macam pelik pula dengar suara Ijat macam perempuan." Sambung Zaki.

Izzat menggaru kepala sebelum dia memerhatikan screen telefon. Dengan teliti, dia melihat satu simbol gear berada di sudut kanan telefonnya. Dia menyentuh simbol itu dan membaca perkataan 'voice male' lalu ditekan perkataan itu.

Dia mencuba lagi sekali dengan menaip perkataan baru.

"Macam ni okay ke?"

Zaki tersengih. Suara itu bertukar menjadi suara lelaki. Walaupun kedengaran seperti robot, tetapi masih boleh diterima olehnya. Asalkan suara itu sama jantina dengan pemiliknya.

Cinta OKUWhere stories live. Discover now