Bab 11 🔥

8.6K 316 25
                                    


Aayden membelek cincin yang dibelinya semalam. Sengaja dia membeli sepasang cincin untuk lelaki dan perempuan. Baru lah tak ada yang datang mengorat lagi, dia rimas nak melayan walaupun hakikatnya memang dia taklayan pun. Kebanyakkannya dia menghalau sahaja mereka keluar dari pejabatnya kalau datang tanpa urusan penting.

Dia membawa kotak cincin itu ke meja kerja lalu duduk di kerusi empuknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia membawa kotak cincin itu ke meja kerja lalu duduk di kerusi empuknya. Dia menyarungkan cincin ke jari manisnya sambil tersenyum lebar. Tak sangka kau akan jatuh cinta juga Aayden, aku ingatkan kau ni hati batu. Dia mengambil sehelai kertas dan sebatang pen lalu menulis surat untuk sang pujaan hati.

"Camelia Razqya, waktu kau baca surat ni aku percaya muka kau mesti terkejut habis kan? Hahaha aku suka tengok muka terkejut kau, muka polos kau dan juga muka garang kau yang hm tak garang tu. Okay, sebenarnya aku tulis surat ni sebab aku malu nak melamar kau secara depan depan. Aku tak pernah bercinta dan takpernah jatuh cinta dekat mana mana perempuan. Sejujurnya, aku memang tak pernah terfikir untuk kahwin dengan kau, tapi makin lama makin susah untuk aku tipu diri sendiri yang aku memang sayangkan kau, my dear Razqya. Aku tak pernah rasa berdebar macam ni dengan perempuan lain tapi sejak kali pertama aku tengok kau dekat dapur malam tu, hati aku macam terusik Camelia. Aku asyik teringatkan kau. Aku cemburu tengok kau mesra dengan lelaki lain selain aku. Dengan Aaydan pun aku cemburu apatah lagi dengan lelaki luar dari rumah ni. Aku pendekkan cerita, lenguh tangan aku tulis panjang panjang.
Camelia Razqya Binti Rais, will you marry me my, sweety pumpkin?"
- Daripada Aayden Nadhif - ❤️

Aayden membaca kembali ayat yang ditulisnya. "Sweet juga aku ye, tapi untuk Camelia jela. Untuk yang lain lambert lagi" dia melipat kertas lalu diletakkan bersama kotak cincin. "Macam mana nak bagi dekat dia eh? Takkan nak minta tolong dengan Nadhira? Ish taknaklah, nanti malu lah" Aayden mengetuk jari di permukaan meja sambil berfikir.

"Okay jalan terakhir, letak depan pintu bilik dia" terus dia bangun lalu keluar dari biliknya dan menuju ke ruang dapur. Nasibnya baik kerana yang lain berada di dalam bilik masing masing. Tak ada siapa nampak hihi. Dia meletakkan surat dan kotak cincin di hadapan pintu bilik Camelia. Dia menarik nafas dan mengetuk pintu lalu dengan laju dia berlari ke arah kolam di luar rumah. Fuhh lega hati.

♾️🦋♾️

Camelia yang sedang termenung melihat syiling tersentak mendengar ketukan yang kuat dari luar biliknya. Di bangun dari katil lalu menuju ke pintu dan membuka pintu. Namun dia hairan kerana tiada siapa di depan pintu biliknya. Siapa yang ketuk? Baru sahaja dia mahu menutup pintu, dia terpandang sekotak cincin dan sekeping surat.

Dia mengambilnya lalu masuk ke dalam bilik dan menutup pintu. Sesudah punggungnya mendarat di atas tilam, terus sahaja dia membuka lipatan kertas itu dan membacanya. Terkelu, terkedu, tergamam dan semua seangkatannya. Aayden melamar aku?! Biar betul ni! Ke aku halusinasi! Terus dia menenyeh matanya untuk memastikan bahawa dia tidak bermimpi.

1 | Aayden's Amore [ C ]Where stories live. Discover now