Florence, Italy
SAINT LAURENT drapped sleevless dress, Opyum 110 heels, flap wallet Cartier dan juga perhiasan dari jenama mewah yang sama. Bukan itu sahaja, wajahnya juga disolek menggunakan solekkan mewah antarabangsa. Ditubuhnya kini, tersarung dan terhias dengan kemewahan yang menjadi igauan para wanita.
Malah, beberapa minit lagi dia akan ke lokasi idamannya. Dia akan menghadiri majlis bidaan lukisan dari karyawan dunia yang telah buat dia tak mampu tidur lena sejak lima malam lalu. Sejak dia diberitahu yang dia akan dibawa ke Florence, dia tidak berhenti teruja dengan hanya memikirkan apa yang akan berlaku dan dilihat di pameran lukisan itu nanti.
Seperti sedang hidup didalam impian terindah.
Dan semua impian yang bagai jadi kenyataan itu, semuanya diatur rapi oleh lelaki bernama Megat Daniel khas buat dia, Amanda Vierra. Semuanya. Termasuklah pakaian yang tersarung di tubuh Amanda kini. Amanda sendiri tak sangka sejauh ini persiapan Daniel sediakan buat dia.
Namun, sejak mereka jejakkan kaki di bumi Florence, tiada satu pun yang mengujakan Amanda lagi.
Jiwanya kosong.
Tiada rasa bahagia.
Walaupun ke pameran lukisan yang mereka hadiri semalam sehinggalan ke majlis bidaan lukisan internasional yang akan mereka hadiri sebentar lagi, tiada yang mampu mengembalikan emosinya yang telah hilang dua hari lalu. Dia pergi dan pulang dengan keadaan dirinya yang masih sama.
Kosong.
Kini, detik ini, tiada apa yang dia mahu lakukan selain daripada pulang dan bersendirian.
Dia tak mahu hadiri majlis malam ini, dia tak mahu berada di negara ini dan dia tak mahu berhadapan dengan Megat Daniel.
Hatinya sedang sakit. Dia rasa benci melihat wajah lelaki itu.
Fikirannya penuh dengan kata-kata Megat Darrius.
•••
SEPERTI yang dijanjikan, mereka tiba di sebuah dewan mewah untuk menghadiri majlis bidaan lukisan yang dianjurkan Uffizi Gallery.
Amanda tidak fokus dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. Tahu-tahu sahaja, dia sudah ditarik duduk oleh Daniel di salah sebuah kerusi khas buat mereka berdua.
Mata dia akhirnya meliar.
Tempat itu, sudah penuh dengan manusia dari pelbagai negara. Suasana diserikan dengan suara jazz dari alat muzik sexaphone.
Seketika, mereka dihidangkan dengan minuman dan dia kembali termenung.
"Sayang, are you okay?"
Amanda terus memandang kearah Daniel. Sejak dari mereka bertemu sehinggakan dia duduk sekarang. Baru kali ini Daniel berbicara dengannya. Di wajah lelaki itu terpamer riak risau. Keningnya berkerut dan matanya memandang dalam anak mata Amanda.
Amanda larikan pandangan kearah lain. Rahangnya diketap. Bencinya dia dengan sepasang mata itu. Dia betul-betul jelak berada di sebelah lelaki ini. Dia benci dengan rasa yang Daniel berikan padanya.
Bukan rasa dendam itu, bukan rasa benci itu malah sebaliknya.
Kenapa setiap kali benci yang dia mahu rasakan saat memandang Daniel, tetapi damai yang menyelusup ke hati?
Kenapa sepasang mata yang saling tak tumpang persis Megat Darrius itu, tak beri rasa dendam yang Amanda harapkan setiap kali memandang Daniel?
"You tak sedap badan?" Bersama soalan itu, bahu Amanda terasa diusap-usap.
YOU ARE READING
Seduction
RomanceMegat Daniel | Amanda Vierra Ya, hidup lelaki itu sempurna. Lahir dalam kemewahan, hidup sempurna bersama keluarga yang bahagia dan lengkap. Paras rupa yang menawan dan tentunya dapat menarik hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Dia punya segalanya...