🥀Bab 22🥀

8.6K 296 30
                                    

Zyan Rafael keluar dari bilik kerjanya yang terletak bersebelahan dengan bilik tidurnya.Setelah berjam-jam duduk di bilik kerjanya dia turun kebawah mahu membasahkan tekak.

Walaupun hari cuti,dia tetap membuat kerjanya.
Dia berjalan santai keruang dapur.Setelah sampai di ruang dapur dia melihat tubuh kecil isterinya sedang membersihkan bahan masakkan.

Dia menghampiri tubuh kecil itu sehingga tubuh nya sampai di belakang isterinya.

"Kau buat apa?" Soalnya sehingga isterinya terkejut akibat suaranya yang tiba-tiba.

"Tuan."Ucap Alya apabila rasa terkejutnya hilang.

"Kau buat apa?" Soal Zyan Rafael lagi.Kali ini kedua tangannya mengepung tubuh kecil isterinya tetapi masih ada jarak antara mereka.

"Saya masak tomyam dengan ayam goreng."Balas Alya.Walaupun ada sedikit gagap.

"Buat kan aku kopi."Arah Zyan Rafael setelah duduk di kerusi meja makan.

Alya tanpa banyak soal terus membuat kopi seperti yang di inginkan suaminya.Setelah selesai,dia meletak secawan kopi di depan suaminya lalu kembali menyambung kerjanya.

"Kenapa tak pakai baju baru kau?"Soal Zyan Rafael setelah melihat baju yang tersarung di tubuh isterinya.Masih guna baju lama.

"Sayang la tuan,lagipun baju lama saya masih okey."

"Pakai jeelah,aku beli bukan untuk hiasan.Lepas ni kau kena guna semua baju baru kau."

Alya mengangguk faham.Arahan mesti di patuhi jika tidak.Faham-faham lahhh.

"Aku nak belajar masak dengan kau."Bisik Zyan Rafael di tepi telinga isterinya. Dia kembali menghampiri tubuh kecil itu setelah lama mendiamkan diri di meja makan.

"Alya yang sedang memotong sayur terhenti apabila merasa tubuh tegap suaminya berdiri rapat di belakangnya.

"Boleh ke tak?"Soal Zyan Rafael lagi.

"Bo..leh.. Tuan."

"So apa aku kena buat ni.Aku kena kalahkan adik ipar kau tu.Dia ingat dia jee ke pandai buat kerja dapur." Bebel Zyan Rafael sambil membelek-belek tomato yang sudah di basuh oleh isterinya.

Alya tersenyum mendengar kata-kata suaminya.

"Tuan boleh ke potong bawang?"Soal Alya.

"Bawang?potong?Ouh mestilah boleh.Bak sini pisau tu."Balas Zyan Rafael.

"Tuan potong nipis-nipis jee."

"Okey."

Lima minit kemudian.

"Hiks hiks hiks."

"Tuan kenapa?" Soal Alya setelah melihat suaminya.Bawang serta pisau sudah di letak di atas meja.

"Apebenda kau bagi aku buat ni.Pedih tahu tak"

Alya yang mendengar jawapan suaminya hanya tersenyum.Lah.

"Memang macam tu tuan.Tapi tak lama pun."

"Huh ada yang lagi mudah ke dari potong bawang tu.Dah,aku taknak potong bawang lagi."

"Tuan nak tumbuk cili?"

"Cili?"

Alya mengangguk.

"Aku tahulah kau benci aku.Tak payahlah suruh aku buat kerja yang susah."

"Tak susah pun tuan.Cuma tumbuk jee.Tapi kalau tuan taknak takpelah.Saya boleh buat."

"No.Biar aku buat.Kejap aku nak ambil barang kejap."Ucap Zyan Rafael sambil bergerak kebiliknya.

Demi Bahagia MuWhere stories live. Discover now