Maria's prolog

12 4 0
                                    


              "Akak, balik dulu. Suis jangan lupa tutup semua. Make sure mangga betul-betul pintu. Takut ada perompak pula." Pesan Akak Rohaya, pemilik kedai dobi tempat dia bekerja.

Maria hanya tersenyum sambil mengangguk kepalanya. Matanya memerhatikan gerak-geri Rohaya. Sekejap ke sini dan sekejap ke sana. Perempuan itu memang kalut sikit orangnya.

"Lepas itu Maria tengok tong sampah dekat belakang itu dah buang ke belum? Kalau tak buang nanti esok pagi berulat, busuk pula susahkan orang pagi."

"Maria, dah buang semua sampah tadi. Depan dan belakang. Clean." Ujarnya. Dia menghampiri Akak Rohaya yang sedang berdiri di hadapan pintu.

"Baguslah kalau macam itu. Akak balik dulu. Kalau Maria nak guna payung akak ambil je." Pesannya sebelum perempuan lewat 30an itu membuka payung dan keluar menapak dari kedai.

Setiap langkah Akak Rohaya diperhatikan oleh  Maria sehingga bayang perempuan itu hilang ditelan gelapnya malam.

Malam itu hujan rintik-rintik turun tetapi tidaklah selebat seperti hari semalam. Semalam hujan lebat ditemani lagi dengan bunyi guruh, memang tidak berani Maria mahu pulang seorang diri hanya dibantu dengan sekaki payung.

Jadi terpaksalah Maria bertapa di kedai sampai hujan berhenti. Dalam pukul 3 pagi juga baru dia pulang ke rumah.

Maria kembali masuk ke dalam kedai. Sebaiknya dia tutup kedai secepat mungkin supaya dia dapat beransur pulang. Takut hujan lebat lagi malam ini.

Dia membuka langkah ke arah belakang kedai, tempat di mana terletaknya ruang rehat pekerja dan tandas. Bagnya yang tergantung di satu sudut Maria gapai dan dia meluru menutup suis lampu di kawasan tersebut.

Usai pastikan semuanya tertutup dan kemas seperti yang dipinta Akak Rohaya. Maria mula menapak ke pintu utama, suis elektrik di tepi pintu utama diketik.

Sekali lagi dia memerhatikan setiap ruang kedai dobi itu untuk pastikan semuanya dalam keadaan kemas. Takut pekerja yang buka kedai complain dan merungut macam-macam. Nanti yang disalahkan siapa lagi kalau bukan Maria, mesti dia juga yang dipersalahkan.

Dekat sini yang baik dengan Maria... Akak Rohaya saja.

Selesai siap mengunci pintu kedai dari luar. Maria mula mengorak langkah pulang ke rumah, seketika kemudian dia berhenti sekejap di tepi kedai. Rasanya ikut jalan lorong belakang lebih cepat sampai ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari sini.

Jadinya jalan lorong sunyi itu tidaklah seram mana seperti yang dikatakan rakan sekerjanya, Nadia.

Awalnya rentak kakinya perlahan menyelusuri lorong itu tetapi selepas mendengar derapan kaki seseorang. Maria mula menapak dengan laju. Tadi rasanya tiada orang di area kedai Akak Rohaya...

Tap Tap Tap

Rintik-rintik peluh mula mengalir di dahi Maria. Dia genggam payung dengan erat dan mula berlari apabila bunyi tapak kaki dibelakang semakin kuat. Agaknya orang dibelakang pun berlari.

"Aghh!" Nyaring Maria menjerit apabila bahunya ditarik dari belakang. Payung yang digunakan hampir saja melayang memukul gerangan itu, tetapi serta merta pergerakannya terhenti.

"Awak!"

"Kenapa kau lari, Maria?" soal lelaki itu. Maria berdecit dalam diam. Dia boleh tanya kenapa lari. Lelaki itu buta agaknya. Dalam keadaan gelap langsung tidak bercahaya, hanya ditemani satu lampu di hujung lorong. Mana mungkin Maria tidak lari.

"Saya ingatkan penculik tadi..." Habis katakan itu dia kembali memulakan langkahnya. Tiada masa dia mahu melayan.

Langkahnya diikuti lelaki tinggi lampai tadi. Sengaja Maria membuka langkah besar dan tidak mahu bersebelahan dengan lelaki itu. Bukan apa takut orang lain nampak dan fikir bukan-bukan.

"Awak ikut saya kenapa? Pergilah balik sana."

"Aku tak ikut kau. Aku baru balik lepak." Maria kerling Khal disebelah yang hanya bersahaja berjalan sambil memasukkan tangan di dalam poket seluar. Iya lah itu pergi lepak. Setahunya Khal tidak mempunyai kawan, nak tipu pun salah orang.

"Suka hati awaklah." Langkah lagi dicepatkan. Rasa jauh pula lorong ini. Selalunya pagi hari tiada lah panjang sebegini.

"Yang kau perempuan jalan seorang diri dekat tempat gelap kenapa? Dah berani sangat?" soal Khal.

"Suka hati sayalah!" Sejurus itu, Maria lantas berlari laju menuju ke pintu masuk apartment , tanpa menghiraukan Khal dibelakang.

Dah nak sampai, dah nak sampai.

Ketika melintasi pondok keselamatan sempat lagi tangannya diangkat pada Pak cik David. Lelaki tua berbangsa India. Lelaki itu sudah bekerja di sini sedari Maria kecil lagi sehingga kini.

"Woi, Maria. Balik lambat banyak. Kamu pergi mana hah?"

"Pergi kerja lah, uncle. Tak akan jumpa boyfriend pula." Selorohnya sepintas lalu.

"Hey, ini budak banyak main." Langkah Maria diperhatikan, sambil menggelengkan kepalanya. Sebelum bayang remaja perempuan itu hilang di sebalik dinding. Berlari tengah malam kena kejar dengan hantu agaknya.


          

                      Mempersembahkan Maria...


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 05 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MARIAWhere stories live. Discover now