Jantungnya terasa terhenti buat seketika. Dia jadi tidak tahu mahu beriak apa. Sedih dan kecewa sebab Zaki suka pada orang lain? Gembira sebab Zaki suka lelaki? Entahlah. Dia pun tak tahu. Yang penting sekarang dia sangat-sangat terkejut.
"Abang dah lama suka kat Malik."
Tangan Izzat bergetar menyentuh screen fon, ingin menaip sesuatu pada keyboard fon.
"Abang Malik tahu tak?"
"Tahu."
Dang! Jawapan itu kali kedua mengejutkan Izzat. Apa motif Malik sampai duduk serumah dengan Zaki? Tapi sudah ada anak bini dan tahu yang Zaki suka pada dia? Kenapa macam tu? Apa yang Malik nak sebenarnya?
Kalau boleh dia nak bertanya mengenai perkara itu. Tapi dia rasa kalau dia tanya lebih nanti Zaki akan cop dia busy body. Suka menyemak dalam hal orang lain. Jadi dia memilih untuk berdiam diri. Kendatipun dia sebenarnya sudah asli bisu.
"Abang rasa abang hanyalah bebanan Malik je. Abang hanya menumpang sahaja kat rumah ni. Dan banyak kali juga Malik gaduh dengan isteri dia pasal abang. Abang rasa bersalah sangat. Kadang-kala rasa diri ni tersisih."
Izzat merenung anak mata kelabu itu. Kening bertaut menahan rasa sedih di hati. Dia menggosok dahi putih milik Zaki.
"Sekarang ni Ijat dah ada kat sini. Abang dah tak perlu rasa macam tu lagi dah. Orang rumah ni mungkin akan sisihkan abang. Tapi Ijat tak. Ijat akan ada dengan abang. Dah, jangan sedih-sedih." Entah kenapa Izzat memeluk erat tubuh Zaki. Walaupun dia rasa agak keterlaluan bila buat macam tu, dia tetap nak peluk juga Zaki.
Dia merasakan Zaki hidup di dalam keadaan begini selama bertahun-tahun. Walaupun Zaki tiada masalah dari segi fizikal, tapi mentalnya tidak kuat menahan segala masalah yang ada di dalam rumah ini.
"Rasa macam janggal pula cakap pasal ni ye. Apakata cakap pasal Ijat pulak?" Zaki mendongak memandang tepat di wajah Izzat. Kendatipun dia tidak nampak wajah itu, dia yakin dia sedang menatap wajah Izzat.
Izzat meleraikan pelukannya lalu dia membetulkan kedudukannya menghadap siling. Dia mengambil masa yang agak lama sebelum dia menaip pada keyboard henfon.
"Mak dan ayah Ijat dah lama tak ada. Mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya. Masa tu Ijat baru habis diploma."
"Innalillah. Kemalangan kereta dengan kereta ye?"
"Tak. Motor dengan kereta. Masa tu mak ayah Ijat on the way ke majlis graduasi Ijat. Tapi kereta belakang langgar motor yang mak dan ayah naik."
Izzat berhenti disitu. Mengingati kembali detik2 kehilangan kedua ibubapanya sangat menyayat hati. Dia tak tahu betapa bencinya hati dia pada pemandu kereta itu. Makin lama, benci yang dia rasa memakan waktu sehingga benci itu semakin lama semakin hilang.
Tapi, dia masih tidak melupakan kejadian yang meragut nyawa kedua ibubapanya. Sakit masih terasa, tapi hatinya telah meredhai segalanya.
"Kesiannyaaaa... Driver tu macam mana ye. Kena hukuman tak?" Tanya Zaki dengan nada risau.
"Mestilah tak. Tapi driver tu teruk juga cedera. Saya dengar driver tu mengalami kecacatan."
Izzat terdiam lalu tersenyum kecil. Tidak tahu sama ada itu senyum lega atau senyum kesian. Bila ingat balik momen dia kehilangan mak dan ayahnya, dirinya semakin sakit hati pada pemandu yang melanggar moto mak dan ayahnya. Tapi entah kenapa dia lebih memilih untuk berdiam diri. Pemandu itu pun sudah mendapat balasan atas kecuaian sendiri. Tapi yang menanggung keperitan hidup itu adalah Izzat.
Orang cakap, memaafkan lebih baik daripada berdendam. Itulah yang dibuat oleh Izzat sekarang. Dia ingin memaafkan dengan melupakan segalanya. Dia tahu jika dia mengingati semula detik itu, hatinya membuak sakit dan membenci pemandu kereta itu.
"Banyak benda Ijat hadap dalam dunia ni. Tapi Ijat masih boleh bertahan. Abang bangga dengan Ijat." Kata Zaki senyum kecil.
"Inilah dunia bang. Dunia ini tidak adil. Ada yang sudah lahir hidup senang dan ada yang lahir hidup susah. Tapi Ijat tetap teruskan hidup Ijat walaupun banyak cabaran yang Ijat dapat dalam hidup ini. Ijat sanggup tidak sambung belajar untuk sara hidup Ijat yang sebatang kara ni."
"Ijat mesti pelajar cemerlang kan."
"Tak adalah. Ijat pelajar average je. Kalau nak belajar sampai master tu kira mampu lagilah. Cuma duit tak mengizinkan." Terang Izzat.
"Abang dulu kan kerja. Dapat duit pun dapat sara sendiri je. Kalau ada anak bini susah sebab kos sara hidup tinggi sekarang. Gaji pekerja pun tak tinggi sangat. Kadang2 gaji tu tak cukup."
"Abang kerja dengan abang Malik ke dulu?"
"Haah. Kami kerja satu company dulu. Sekarang Malik dah naik pangkat so gaji dia jadi berganda."
"Kenapa abang dah tak keje sekarang?"
"Hehe buta."
Izzat terdiam. Menyesal pula tanya.
"Tapi kan bang. Orang buta pun boleh je buat kerja. Saya pernah ada lecturer saya waktu diploma dulu, dia buta."
"Mungkin lecturer Ijat tu buta dari lahir. Sudah biasa dengan kerja. Abang tak. Abang masih tak biasa. Lagipun Malik tu overprotective sangat pasal abang. Abang buat tu tak boleh. Buat ni tak boleh. Alasan dia sebab abang buta."
"Sebab tu ke abang tinggal dengan dia? Sebab dia nak jaga abang?"
Zaki mengangguk, bibir senyum paksa.
"Banyak benda dah yang Malik korbankan untuk abang. Dia banyak berhabis duit untuk jaga abang. Dia sentiasa pastikan yang abang hidup selesa di rumahnya dengan segala kelengkapan untuk abang."
"Dia memang kawan yang setialah bang."
Zaki tersenyum kecil lalu dia menguis helaian rambut yang berada di celah telinga Izzat. Izzat agak terkedu dengan kelakuan Zaki. Entah mengapa dia merasakan tindakan Zaki itu mampu menggugat imannya.
"Ye. Dia kawan yang setia. Tapi dia tak bolehlah nak setia dengan kawan sampai bawak kawan tu duduk sebumbung dengan anak bini dia kan? Apa pendapat Ijat?"
"Betul juga tu bang. Anak dan isteri dia ada hak sendiri di dalam rumah ni. Tapi seorang isteri kena patuh arahan suami. Kalau abang Malik nak abang duduk sini, isteri terpaksa patuhlah."
"Tapi kalau memudaratkan mereka, mereka ada hak untuk bersuara."
"Abang rasa kehadiran abang menggugat kedudukan mereka di dalam rumah ni ke?"
"Entahlah abang pun tak tahu." Zaki mengeluh berat.
"Jangan risau. Kan Ijat dah ada kat rumah ni. Abang dah tak perlu rasa terbeban dan sunyi kat rumah ni. Ijat ada boleh teman abang."
"Abang tido kat sini tiap malam boleh?"
"Boleh bang. Nak kentut depan muka saya pun boleh juga bang. Saya tak kesah."
Zaki gelak sakan. Terhibur dengan kata-kata itu.
"Kelakarlah Ijat ni. Abang ngantuk. Jom tido." Ajak Zaki sambil memeluk tubuh Izzat. Lelaki itu terpinga-pinga lalu membalas pelukan itu.
Mereka akhirnya tidur lena di dalam pelukan masing-masing.
YOU ARE READING
Cinta OKU
РазноеMengisahkan tentang pertemuan 2 orang lelaki OKU. Sorang bisu dan sorang lagi buta. Disebabkan masing-masing mempunyai masalah percakapan dan penglihatan, kekurangan mereka berdualah yang membuatkan mereka saling akrab kerena mereka tahu antara mere...