Setiap pelakon diberikan bilik hotel. Ada yang kongsi dengan keluarga, ada yang kongsi dengan rakan dan Dream pernah kata dia mahu kongsi bilik dengan Davika supaya boleh eratkan lagi hubungan walaupun agak berisiko. Mujurlah Davika setuju saja. Malam semalam masa Dream datang sini dia tidak tahu nak kemana sebab dia datang lewat jadi dia sewa satu malam dengan Fern. Harini baru dia dapat sebilik dengan Davika.
Dream masuk kedalam bilik dengan beg galas dan dua buah bagasi miliknya. "Duduk hotel seminggu je. I don't know why am I carrying these whole bags. Apa entah function Fern."
"Fern is literally a girl too. It looks like you're bigger."
"Yeah. Not forcing anyway." Dream menempatkan beg dia disebelah almari. Katil mereka adalah katil super single dan berasingan. Dream pandang kearah Davika yang sedang baca skrip dengan hanya memakai bathrobe, menampakkan peha gebu dia. "Reading script again?"
"We have schedules tomorrow sampai pukul 8."
"You know, usually I'll read it when people are doing my hair or make-up. I buat kerja last minute."
"Yet you still perform."
"Actually there's a reason." Dream duduk atas katil Davika. "Masa mula-mula berlakon dulu dalam 8 Tahun lepas I tak reti membaca so I learned it with people talking to me. So since then I have my own way to remember the script. Most of my script is spontaneous."
"I see...ouh, patutlah I pelik kenapa skrip you takde dalam skrip tapi I teruskan je sebab orang lain tak kata apa!" Davika tepuk tangan dia. Dream tersengih. Dia merenung ke peha Davika.
"Yeah. Berapa lama agaknya nak tunggu untuk scene tu?"
"Tak lama pun. Sekejap je. Tak silap episod dua dah ada scene tukar baju."
"I see. I'm waiting!" Dream tepuk peha Davika. Davika ketawa. Dia lihat Dream bangun dan masuk kedalam tandas untuk mandi. Geleng lepala Davika tengok perangai dia. Itu yang dia tunggu? Alahai.
Dream keluar dari bilik air Davika dah tertidur. Lepas pakai baju, Dream terus baring atas katil main dengan telefon dia sampailah dia turut tertidur. Namun dia berpaling ke belakang apabila terasa bahunya disentuh. Terkejut beruk dia melihat satu entiti berambut panjang tutup muka. Davika selak rambutnya sambil menangis.
"Kenapa awak tutup lampu...? Saya takut..."
"Takut?"
"Lampu...buka...saya takut..." Davika menangis teresak-esak. Dia naik atas katil Dream dan tidur dibelakangnya, menempel macam cicak. Dia tersedu-sedu buat Dream terpinga-pinga. Mengigau ke?
***************
Lampu dibuka. Berkerut dahi Dream apabila merasakan masa depan yang sungguh cerah diatas siling. Pandangannya terarah kepada Davika yang baru siap mandi dan Fern yang sedang selongkar beg bajunya. "Mmh...pukul berapa dah?""4 pagi."
"Bukan start pukul 7 ke?"
"Tempat tu sejam dari sini." Balas Davika. Dicabut face mask dari mukanya dan dibiarkan kering dulu. Sementara tunggu kering, dia keringkan rambut dengan hair-dryer. "Baik you bangun. Ni belum sarapan lagi ni."
"I don't want to...cakap diorang esok je." Dream menarik selimut ke kepalanya. Fern keluarkan seluar dalam Avangers milik Dream.
"Ni semua Dream punya. Avengerz, Iron Man...tahu tak dia beli seluar dalam dekat Kid's Section bahagian lelaki?"
Davika tutup mulut tahan gelak. Terus Dream bangun. "Oi, diam! Ya, ya! Aku bangun! Oi!" Dream berlari ke seluar dalamnya dan ditolak masuk kedalam bagasi. Dia tersengih pada Davika. "Pretend you see nothing. Thank you so much."
"...okay. Anyway tadi Sam call. Dia kata kalau you lewat lagi macam semalam dia suruh you jalan itik depan semua crew."
"Ya, ya. Eh, tepilah!" Dream menolak tangan Fern dan diambil sehelai tuala. Davika hanya ketawa kecil melihat telatah Dream. Dia ada sisi macamni juga rupanya. Comel je.
Tidak mahu menunggu, pengurus Davika suruh gerak dulu sebab nak ikut Team A tunjuk jalan. Dia gerak dulu. Waktu dia sedang make-up, Dream baru keluar dari bilik air dengan bangganya. Terus dilempar seluar dalam Iron Man miliknya ke muka.
"Senyum apa? Cepatlah sikit! Kalau lambat aku yang kena nanti!"
"Uiii sabarlah! Ish kau ni!"
Davika hanya geleng kepala. Dia sentuh bahu Dream lembut. "Jumpa dekat set. Jangan lambat."
"...okey. Bye."
Davika senyum, melambai kearah Dream sebelum berlalu. Cepat-cepat Dream pakai baju apabila tengok jam sudah 5.30 pagi. Lama betul dia mandi! Langsung dia tak sedar!
"Spender Spider-Man aku mana? Spider-Man!"
"Pakai jelah Iron Man tu!"
"Eh, kau tak baca ke? Sunday! Iron Man tu Saturday! Today lah!" Marah Dream balik, menunjukkan tulisan Sunday diatas seluar dalam. Makin baran Fern jadinya. Dia ambil seluar dalam Iron Man itu dan seluk di kepala Dream.
"Nah, ambil kau Sunday! Cepatlah sikit!"
"Eeei! Jahat betul! Tolak gaji 100%!!"
"AKU REPORT DEKAT MAK KAU!"
YOU ARE READING
The Filmed School
Roman d'amourDream Jiang dan Davika Saphorne bekerja bersama-sama untuk sebuah drama bersiri (wlw) yang bakal ditayangkan tahun hadapan. Mereka berdua tidak pernah berlakon sebagai Lesbian sebelum ini jadi ini merupakan pengalaman baru buat mereka. Berlakon seba...