6

55 10 3
                                    

"Dah lain dah kau sekarang ek?" Ujar Aisyah sambil berpelukan dengan Irdina.

Sebenarnya, sebaik sahaja Aisyah keluar dari kereta, matanya tak lari dari melihat Irdina yang dulunya bertudung labuh tapi kini melepas kerudung.

Mengekori lenggang-lenggok Irdina yang memakai pakaian separuh seksi itu membuatkan Aisyah tersengih payau. Aisyah masih ingat, sewaktu di sekolah menengah dahulu, Irdina merupakan gadis yang berpenampilan sopan, ayu dan lembut.

Dan sekarang rakannya itu sudah berubah. Tiada lagi Irdina yang dulunya dilabel sebagai ustazah kerana tudung labuhnya. Aisyah sedar, dia tidak ada hak untuk menilai keputusan Irdina.

"Lain? Biasa je aku tengok," balas Irdina, membelek-belek pakaian yang dia pakai.

"Kau nampak wow gitu," kata Aisyah sebaik sahaja pelukan mereka renggang.

"Tak ada lah, ni outfit casual yang selalu aku pakai," pangkah Irdina.

"Casual-casual pun, kau nampak hot sekarang," kata Aisyah.

"Mesti kau terkejut tengok aku pakai macam ni kan? Sorry lah. Aku dah try cari baju yang lebih modest, tapi aku tak jumpa. Ni je lah yang aku dapat pakai hari ni," ujar Irdina.

"Tak apa lah, asalkan ada baju yang kau boleh pakai," pujuk Aisyah.

"Baju-baju aku yang lain semua tak cukup kain. So, ni je lah baju lengan panjang yang ada dalam almari," kata Irdina.

Aisyah sekadar tersenyum dan mengangguk perlahan. Dia masih sukar untuk percaya dengan apa yang dia lihat ketika ini. Perubahan Irdina sangat mendadak dan di luar jangkaan akalnya.

"Eh, jom masuk dalam. Lagi lama kita berdiri bawah cahaya matahari ni, boleh buat aku sunburn tau. Silap-silap, orang terkejut tengok aku sebabkan kulit jadi gelap semacam"

Mereka mula berjalan masuk ke dalam pusat membeli belah. Cadangnya, mereka akan ke pawagam dahulu untuk menonton filem.

Sebaik sahaja membeli tiket, mereka terus ke kaunter pengambilan makanan. Dua kotak bertih jagung berperisa karamel dipegang beserta dua cawan berisi air mocha latte dibawa masuk ke dalam pawagam.

"Lepas wayang, kita lepak kafe yang aku mention tadi," ujar Irdina.

"Alright," balas Aisyah sepatah.

Pawagam yang baru sahaja bermula membuatkan masing-masing khusyuk menonton. Mana kan tidak, masing-masing memang suka dengan pelakon Syafiq Kyle, mesti lah tak boleh terlepas dengan filem tersebut.

Bak kata Irdina, "Tengok Syafiq Kyle ni, buatkan rahim aku bergetar tau".

Dua jam 13 minit dihabiskan dengan menonton filem. Selesai sahaja filem ditamatkan, mereka mula bergerak keluar dari dalam bilik pawagam tersebut.

"Lama dah kita tak lepak kan?"

Mocha latte dihirup perlahan, meredakan tekak yang kering dari tadi.

"Ye we. Aku rasa macam dah setahun dua kita tak berjumpa," jawab Irdina.

"Mana tak nya, kau tu asyik busy dengan kolej lah, kerja lah. Aku pun sibuk dengan tadika," ujar Aisyah lagi.

Mereka yang baru sahaja keluar dari pawagam berjalan menuju ke Padini. Sudah lama rasanya Aisyah tidak membeli pakaian baharu. Sekali sekala, dia mahu juga melaram apabila keluar bersama-sama dengan Aathif.

"Aisyah, baju ni sesuai dengan kau. Pair kan dengan baggy jeans ni, pergh! Mantap," cadang Irdina.

Blouse bercorak bunga dengan sehelai seluar diberikan kepada Aisyah. Laju sahaja Aisyah menolak seluar yang diberikan.

"Lah, tak nak seluar ni?" Tanya Irdina.

"Aku tak pakai lah jenis seluar macam ni. Tak minat," jawab Aisyah.

"Aisyah.... Sekarang dah 21th century. Go with the flow. Tengah trend tau orang perempuan ootd with this baggy jeans," ujar Irdina.

"Tak mau lah. Kalau mak aku tengok, naya mat. Habis berleter je nanti," tolak Aisyah perlahan.

"Okay, okay. What about this? Sekali sekala pakai dress, lawa juga," kata Irdina.

"Lawa dress ni. Boleh lah. Eh, kau tak nak beli apa-apa ke?" Balas Aisyah.

Ye lah, Irdina pakai main ambil je untuk dia, sedangkan rakannya itu tak ada pegang apa-apa pun.

"Outfit aku ada dekat sana. Once you're done choosing yours, I'll pick something for myself," jawab Irdina.

"Aku nak ambil dress ni je. Tak ada apa-apa dah yang berkenan dekat mata aku ni," balas Aisyah.

"Okay lah kalau macam tu. Jom pergi sana," ajak Irdina sambil memeluk lengan Aisyah.

Sedang rakannya itu sibuk memilih baju jenis crop top, tergerak di hati Aisyah untuk mengambil tahu bagaimana rakannya itu berubah 180 darjah.

Aisyah menilik pakaian yang dia pakai, membandingkan pakaiannya dan pakaian Irdina. Penampilan yang nyata tak pernah berubah sejak dia meninggalkan sekolah.

Berbeza dengan Irdina. Wanita itu terlalu berpakaian mengikut trend sehinggakan ada mata-mata yang memandang mereka sedari tadi.

"We, Na. Aku nak tanya something ni," kata Aisyah.

"Ye? Apa?"

"Macam mana kau boleh start pakai pakaian macam ni?" Tanya Aisyah.

"Like this? Sejak aku keluar duduk dekat KL, aku rasa macam aku ni orang ketinggalan zaman. That's why aku start try something new. Mula-mula tu aku macam malu-malu sebab ye lah, aku ni ibarat rusa masuk kampung. Culture shock gitu. Lama-lama tu aku start clubbing, pergi sana sini. It's fun sebenarnya," jawab Irdina.

Matanya masih melirik ke satu-satu baju yang ada. Tangan laju menolak setiap pakaian yang dia tak minat.

Aisyah tersenyum kelat. Mungkin betul apa yang pernah dia dengar dahulu. Setiap orang berbeza-beza. Keputusan di tangan masing-masing. Dia hanya berharap suatu hari nanti, Allah akan jentik hati Irdina untuk berubah ke arah yang lebih baik.

"Tak semua orang pergi clubbing untuk mabuk dan buat maksiat. It just the way I want to have fun in my life. That's why I choose to be daring, bold in KL," pujuk Aisyah seraya mengusap-usap bahunya.

Aisyah diam. Tidak tahu hendak berkata apa.

"Aku rasa aku nak try ni dekat fitting room. Kau tolong pegang kan beg aku," ujar Irdina. Beg bimbit miliknya diberikan kepada Aisyah.

Sementara menunggu Irdina memilih pakaian, dia berjalan ke sana sini. Seketika, perasaan tidak sedap hati mula menerjah ke dalam diri.

Ini kali kedua dia merasa sesuatu. Pandangan dialihkan ke kiri dan kanan. Istighfar diucap seberapa banyak yang boleh.

Mesej daripada Aathif dibalas satu persatu sebaik sahaja dia menekan aplikasi WhatsApp. Seketika dia merasa tenang semula. Mesej-mesej daripada tunangnya itu sedikit sebanyak membuatkan dia merasa aman.

Mungkin perasaan itu hanya mainan syaitan yang ingin membuatkan dia berasa tidak selamat.

Mungkin ya.
Dan mungkin juga tidak.

[O.G] SAYANGKU, AISYAH Where stories live. Discover now